Tuesday, August 18, 2015

Kembara Ramadhan di Medan 1.0 : Ramadhan Fair

Assalamua'laikum...

Perjalanan bermula dari rumah Ablong selepas sahur. Dan-dan nak turun dari parking, Ablong dah tergores kereta Haji Abah sebab kereta yang panjang tak boleh nak bajet. Ditambah pulak kereta belakang yang tak menyabo duk horn kereta suruh cepat. Bunyi macam teruk gaklah. Konpem Ablong cuak giler. Nasib Haji Abah dan Hajjah Ibu bising sekejap jer dengan kecuaian Ablong. Adekah ini petanda permulaan perjalanan yang tidak baik. Awan gelap berarak beserta kilat sabung-menyabung. Over sangat effect aku kan. Banyak sangat baca komik.

Kitorang berhenti untuk sembahyang subuh di Masjid KLIA. It was first time aku bersolat kat situ. Cantik dan besar. Siap kain telekung disimpan dalam bilik persalinan khas. Proper gilerkan. Dalam tu siap ade vending machine. Sebab puasa punya pasal air dalam vending machine pon boleh tempting. Siap ade air Coway lagi di koridor. Banyak giler pahala orang yang infaq Coway dekat masjid nih. Yang lagi tak menahan siap ade kerusi mengurut yang masuk duit tu lagi. Btw, masjid tu sangat bersih dan cantik of which a good first impression considering bila orang touch down di airport, the first masjid yang akan di jumpa adalah Masjid KLIA.


Lepas subuh, Haji Abah dah usha kereta kesayangan dia dah. Pergh.. Boleh tahan jugak kerosakannya. Goresan panjang ditambah dengan kemek di bahagian pintu belah kiri yang menyebabkan pintu bila tutup tak level. What to do. Ujian pertama untuk kembara ramadhan.

Flight kitorang pukul 8.35 pagi. Naik-naik flight adik aku tak senonoh betul dah bukak menu in-flight meals. Tau dok bulan puasa nih. Aku dapat duduk di tepi tingkap which rarely happen. Perjalanan ke Medan ambik masa sejam. Dengan jurus halilintar aku berjaya menghentikan masa dan sampai di Kuala Namu Airport pukul 8.35 lagi jugak. Cuba bayangkan aku hentikan masa macam Sailor Moon menggunakan kuasa bulan. Okeh dah mengarut plak. Actually, Indonesia masanya lmbat sejam jadi, kitorang sampai di Medan sama masa dengan waktu kitorang bertolak.


Tidak seperti kebiasaan bila sesampai di airport luar negara, kena isi borang imigresen, kali ni tak perlu melainkan ade apa-apa untuk dideclare. Di ruangan ketibaan boleh nampak ade replika Masjid Raya Almaasoun. Kedai-kedai makan dalam airport semuanya dibuka seperti biasa macam bukan bulan puasa. Orang pon makan macam rilex jer. Susah sebenarnya nak recognize orang Islam ke idak sebab muka sama jer. Macam kat Malaysia, melayu adalah Islam walaupon Islam belum tentu melayu.

Kuala Namu International Airport nih airport baru. So, memang cantiklah.

Kitorang mencari surau untuk Haji Abah dan Hajjah Ibu menunaikan solat dhuha sebelum meneruskan perjalanan. Aku dengan adik aku si Ain, tunggu di luar surau sambil buat what I love to do, people watching. Sementara menunggu, aku di approach oleh seorang supir dan diberikan kad just in case kitorang need a supir to go to Kota Medan. Apa yang aku perasan sepanjang menjadi pemerhati bebas di pintu surau ataupon lebih dikenali sebagai musholla di Indon adalah orang memang tak berhenti keluar dari surau. Bagus gilerkan bulan-bulan poser perform dhuha.

Serious giler muka Haji Abah.

Trip kali nih memang totally pakai redah. Setelah Haji Abah dengan Hajjah Ibu selesai sembahyang, semua macam blur-blur nak naik apa. Aku dah senggol-senggol lengan si Ain, suruh tanya orang sebelah dia. Haram, tak nak. So, aku decide keluar airport untuk usha what available transport yang kitorang boleh redah.

Basically, banyak giler mode of transport untuk ke Medan. Ade train, teksi, prebet sapu, kereta sewa dan bas. Train awal-awal dah reject sebab mahal dan tak berbaloi sebab kalau kira per head rugi. Kereta sewa pun out sebab kitorang just nak ke Medan je. Usually orang amik kereta sewa untuk visit tempat-tempat yang jauh macam Berastagi dan Lake Toba. Kitorang tak pergi ke those places sebab jauh dan susah nak cari makanan halal. The place majority bukan islam, so, sah-sahlah takde surau nak sembahyang terawikh. Ko nak kena marah dengan Haji Abah kalau dia miss terawikh. Dahlah nak datang sini time puasa pon dia dah bising. Left with the other three. Prebet takut kena pakuk, entah dia bawak ke mana entah. Bas banyak sangat entah kat mana dan teksi takut mahal. So, nak naik apa gamaknya.

Replika Masjid Raya dalam airport.

At the end, kitorang memilih untuk naik yang paling murah sekali, iaitu bas. Hajjah Ibu tanya orang sebelah si Ain yang aku senggol suh tanya tadi. Si Ain nih bajet champion Indon dulu bawak geng dia turun naik angkot kat Bandung, aku suh tanya pun malu. Kenapa aku tak tanya? Aku kalau datang mood pemalu aku, aku memang tak tanya, sanggup figure out sendiri. Tu yang jadi sesat dengan konfiden tuh. Kitorang naik bas Damri yang berharga 20,000 rupiah sorang. Keluar dari airport, belok ke kiri dan akan nampak deretan bas. Naik bas yang tertulis Damri. End destination nya macam-macam. Tapi, boleh tanya dekat driver bas kat situ yang sangatlah membantu. Masa kitorang kat situ nak cari bas, banyak prebet sapu offer yang paling murah diorang kasi, 120,000 rupiah. Roughly untuk ke bandar Medan kalau naik teksi lingkungan 150,000 ke atas. Setelah ditanya, bas Damri memang tak lalu depan hotel kitorang so, kitorang naik bas yang laluannya paling hampir untuk ke hotel iaitu destinasinya ke Carefour. Dah inform awal-awal kat driver suruh berhenti paling dekat.

Bas Damri rupa semua sama. Just kena tanyalah heading ke mana.

Tiket bas 20,000 rupiah sajo.

Perjalanan dari Kuala Namu Airport ambik masa lebih kurang sejam. Kitorang diberhentikan seberang dengan makan pahlawan di tepi jalan. Driver bas kata, jalan jer straight sebab bas akan belok kiri menuju ke Carefour. Dengan beg tarik masing-masing, duk heret tepi jalan menuju ke hotel yang tak pasti lokasinye kat mana. Cuaca memang panas giler dengan berdebunya. Dahlah puasa. Cobaan giler. Tengok orang jual petrol dalam botol air tepi jalan pon boleh terliur. Dah jalan kaki half way, tetiba Hajjah Ibu tahan angkut. Kalau tau baik naik angkut je dari tadi. Dia caj 10,000 rupiah. Lebih kurang 200 meter dah boleh nampak Hotel Madani. Betul-betul berhadapan dengan Masjid Raya Al-Maasoun. Kitorang sampai agak awal sebenarnya. Tapi, memandangkan bilik dah available, jadi, dah boleh check-in. Hajjah Ibu request nak bilik betul-betul berhadapan dengan Masjid Raya. Unfortunately, tak ada. Tapi, oklah dapatlah yang view sipi-sipi Masjid Raya. Bersebelahan dengan Masjid Raya boleh nampak khemah-khemah jualan ala-ala bazar Ramadhan kalau kat Malaysia tapi diorang namakan sebagai Ramadhan Fair. Urban sangat nama. Letak nama bazar udah.

Hotel Madani yang antara hotel yang paling besar di kawasan ini.

Kitorang memang tiada actual plan. Jadi, cuma stay di bilik sementara menunggu waktu zohor masuk. Masuk je zohor Hajjah Ibu dan Haji Abah ke masjid. Jelas kedengaran azan dari bilik. Aku ngan Ain lagho duk ralit tengok citer Indon. Jamak takhir jelah jawabnya.  Dan-dan Hajjah Ibu jumpa member baru kat masjid. Pegi memana jer tak sah tak jumpa member baru. Dulu kat Australia pon sama gak. Jumpa geng waktu sembahyang raya haji kat Masjid di Perth. Pulak tuh orang Kelantan jugak. Siap ajak pegi rumah dia lagi nak pick-up. Tapi sebab kitorang ramai sangat satu family, Hajjah Ibu have to declined. Ni jumpa lagi member baru, makcik orang local. Dia siap pesan kena berhati-hati sikit dekat Medan nih sebabnya orangnya enggak jujur.

Masjid Raya yang gah.

Bersebelahan dengan hotel kitorang ada satu mall nama dia Yuki Plaza. Mall ni agak old school tapi siap ada Capcom yang agak besar jugak dekat tingkat atas sekali. Kitorang ke situ untuk beli sedikit makanan dan barang-barang yang tak bawak. Beli makanan nak buat moreh kekdahnya lepas terawikh nak mengunyap. Selain itu, kitorang beli simcard M3 kot namanya dengan harga 25,000 rupiah dengan 1G data dan dah ade pulsa 5,000 rupiah. Murah giler kau. Kalau untuk 2G 50,000 rupiah. Memandangkan hanya akan berada selama beberapa hari sahaja, cukuplah 1G jer. Kemudian kitorang balik ke hotel untuk prepare ke masjid untuk Asar.

Dah dengar azan tuh, kitorang pon terkedek-kedekla ke masjid yang cuma seberang jalan sahaja. Kedudukan masjid yang betul-betul depan hotel buatkan Haji Abah happy giler. Dah macam duk kat Mekah pulak sembahyang boleh jalan kaki jer semua waktu. Sesampai di depan masjid akan ade beberapa bebudak muda depan masjid yang akan suruh ko tinggal jer selipar ko dan dia akan berikan kertas kecil yang ada tulis nombor. Nanti selesai sembahyang ko boleh ambik selipar dengan menunjukkan nombor sebab dia dah susun baik punya dan sedeqahlah barang seribu dua kat diorang sebagai upah. Masuk jer dalam masjid, sumpah aku amazed giler. Walaupon Masjid Raya ni gah giler kelihatan dari luar tapi dalam nya kecik jer. Diorang masih mengekalkan seni bina asal masjid nih considering masjid ni dah lama giler dibina.


Kubah dia pon gempak giler. Mana aku tak jakun.

Corak-corak dekat dinding masjid nih bukan macam wallpaper tau ni semua ukiran.

Masjid Raya ni dibina since tahun 1906 lagi oleh Sultan Deli ketika itu iaitu Sultan Maa'mun. Sultan ni bina masjid ni sebab katanya pembinaan masjid ni lagi penting dari istana beliau. Tapi, kalau tengok masjid ni punya design memang tak ada unsur kemelayuan langsung lebih kepada ciri-ciri seni bina timur tengah. Tapi macam sayang jugaklah sebab compound di luar masjid ni tak properly maintained. Mungkin jugak sebab belah luar masjid ni berjubin putih, jadi memang tak dapat nak elak kekotoran itu. Macam sayanglah considering masjid nih adalah one of the main tourist spot di Medan.

Setelah selesai Asar kitorang round sekitar masjid. Di sebelah masjid ade khemah besar yang digunakan untuk menempatkan Ramadhan Fair of which port bukak puasa. Masa memula aku search pasal Medan di bulan puasa, memang keluar pasal Ramadhan Fair nih even tak banyak info. Ramadhan Fair nih memang tiap-tiap tahun bulan Ramadhan diorang buat as a way to attract tourist jugak. Waktu masih awal, gerai-gerai sekitar Ramadhan Fair pon masih belum beroperasi. Jadi, kitorang merayap sekitar kawasan sekeliling. Bersebelahan dengan Ramadhan Fair nih ada tasik yang mana seberang tasik nih ade pentas untuk konsert. Ape kejadahnya bebulan puasa nih duk buat konsert kan.

Kitorang decide untuk berbuka di Ramadhan Fair tetapi selepas terawikh. Jadi, beli air dan makanan yang patut untuk alas perut sebelum makan real food. Waktu nak ke masjid untuk maghrib, boleh nampak orang gerai dah standby di pintu masuk Ramadhan Fair dengan menu masing-masing untuk mengajak dan menggoda pelanggan ke gerai masing-masing. Memandangkan gerai memang berlembang, dan tahap kebersihan setiap satunya tidaklah dapat dipastikan, kebetulan Hajjah Ibu nampak orang duk mengangkut makanan ke gerai. It looks like agak bersih dari segi tukang jualnya dan barang-barang penyediaannya. So, Hajjah Ibu tanya jual makanan apa dan gerai nombor berapa, so that nanti boleh terus tuju je gerai nanti. Takde nanti confuse nak gi gerai mana. Dahlah diorang nih hardcore duk mengajak menjamu selera di gerai masing-masing. So, gerai 27 it is.


Punyalah besar gedabak stage nak konsertnya. Siap minggu sebelumnya, ada Zivillia buat konsert.

Untuk pengetahuan, di Medan tidak seperti bandar-bandar di Indonesia yang lain. Kitorang telah diingatkan oleh jiran kitorang yang juga berasal dari Medan berkenaan makanan halal dekat sini. Kalau kat Medan kena berhati-hati sikit berkenaan makanan sebab kebanyakannya restaurant owner adalah bukan islam, sama ada cina atau batak tetapi dia upah orang jawa untuk jadi pekerja dia. Janganlah makan sebarang-sebarang tepi jalan, boleh cirit-birit. Lagipon, diorang nih tak hygienic sangat. Jiran kitorang yang asal Medan pon boleh cirit-birit usahkan perut kita yang orang Malaysia nih. Kalau nak makan makanan yang diyakini orang Islam boleh cari masakan minang. Insyaallah orang islam.

Sebelah tuh Ramadhan Fair. Orang dah start membanjiri kawasan Ramadhan Fair untuk berbuka.

Di perkarangan masjid dah nampak ramai orang dah bersiap untuk berbuka. Kitorang terus masuk ke masjid sambil selipar tinggal di tangga sambil ambik nombor. Dah macam orang local kekdahnya. Kat sini, kalau habis azan ko baru nak terkedek-kedek pergi masjid, memang sah-sah kena masbuk. Usually dekat Malaysia kalau bulan puasakan bilal akan azan dan lepas tu akan ada sedikit ruang masa untuk berbuka dan kemudian baru sembahyang maghrib jemaah. Tapi, kat sini jangan harap. Sempat teguk air dan makan ringan-ringan jer. Azan, sembahyang sunat sebelum dan imam takde nak tunggu-tunggu makmum dah, terus start maghrib. Kalau nak hadap nasi sepinggan memang harapan jelah nak berjemaah dekat masjid.

Kitorang stay sehingga selesai terawikh tapi buat 8 jelah. Yang aku kagumnya kat sini, selesai je sembahyang 8 rakaat, lebih ramai yang stay untuk continue 20 rakaat dari yang keluar saf. Kalau kat Malaysia memang sah-sahlah yang keluar 8 lagi ramai dari yang stay untuk buat 20 rakaat. Yang pasti tahap kelajuan sembahyang terawikh adalah 100km/j. Surah memang baca ayat lazim jer. Tak dan nak baca surah lagi imam dah rukuk dah. Memang lajulah. Bayangkan kalau dekat surau rumah aku 8 habis dalam pukul 9.30 ke pukul 10. Yang ini pukul 9 camtuh dah selesai. Kalau orang tua ikut nih, memang boleh sakit lutut.The funniest thing is keesokan harinya dapat whatsapp video pasal orang sembahyang terawikh 20 rakaat dalam masa 7 minit. Ko raser? Memang kitorang bantai gelak giler. Dahlah dekat Medan jugak. Aku rasa orang aerobik pon tak selaju nih.


Selesai terawikh, dengan menggumpal-gumpal kain sembahyamg di tangan, kitorang menuju ke Ramadhan Fair untuk berbuka. Even waktu dah melepasi waktu berbuka, orang ramai giler. Masuk jer masing-masing dah memanggil-manggil untuk duduk makan dekat gerai diorang. Kalau tak ada hala tuju memang boleh confuse nak pergi gerai mana satu. Kitorang straight heading towards ramadhan fair ke gerai 27.

Sementara duk usha makanan apa yang ada, orang berebut-rebut mengajak ke gerai masing-masing tapi Hajjah Ibu masih stick to decision untuk ke gerai 27. Yang tak tahan tuh, siap orang tu cakap, "Ada apa sama gerai 27." Masalahnya, yang cakap tu yang suruh duduk di kawasan teritori gerai 27. So, kitorang orderlah apa yang patut untuk memenuhi kehendak sang perut. Apa yang aku perhatikan, masing-masing ade kawasan untuk dijaga, so, kalau ade customer yang duduk area meja diorang, orang lain tak boleh kacau. Kalau lalu jer family yang besar, maka berebutlah masing-masing sambil menguis-nguis untuk makan di area mereka. Serabut pon ade jugak. Kalau ko nak menikmati makanan dengan aman damai, ini bukanlah tempatnya.

Sesekali, datanglah peniaga meja ke meja menjual makanan dan kuih-muih mereka. Makanan akan ditinggalkan di atas meja dan diorang akan kembali untuk mengutip duit jika dimakan dan jika tidak mengutip makanan mereka. Macam-macam ada. Kerepek, kuih-muih dan siap jual hanger tudung lagi. Bila dah macam-macam peniaga letak barang makanan atas meja, memang confirm tak cam dah muka peniaga tersebut. Tetiba datang seorang budak dengan rambut perang dengan kerepek-kerepek dan tanya pasal kerepek atas meja, taknak beli ker. Dengan kuasa tangan, kitorang cakap tak nak. Budak tuh ambik kerepek atas meja dan chow.

Setelah beberapa ketika, datang sorang budak lelaki lingkungan darjah 4 ke darjah 5 datang. Datang-datang dah pelik, mana pergi kerepek dia yang dia letak atas meja tadi. Kitorang cakaplah dah ade budak dah ambik. Budak tu, Rangga punya reaction memang bengang campur frust. Ingatkan diorang ni sekali, jual secara berjemaah. Konon-kononla nama dia Rangga. Suka hati aku jer kasi nama dia Rangga. Rupa-rupanya masing-masing register kat SSM Enterprise. Ingat pulak tuh si Rangga tuh sebesor-besor tempat tuh kat mana dia letak kerepeknya. Kesian gakla kat dia. Menggagau dia dengan member dia mencari saper yang curi kerepek dia tuh. Kuang hajo betul si Sameon tuh bulan-bulan puasa mencuri.

Kemudian, si Rangga tersebut muncul lagik  (*baca dengan intonasi Tora datang lagi) untuk bertanyakan details description pasal si Sameon yang pergi kebas kerepek dia. Baju hitam, rambut perang, juga penjual kerepek jugak. Dia pon buat misi #opskerepek. Kitorang dah nampak dia dan kroni-kroni mencari si Sameon. Dari jauh kelihatan dia bawak seorang budak yang lebih muda darinya yang berbaju hitam dan tunjukkan ke arah kitorang. Kitorang menggelengkan kepala. Dia melepaskan budak yang tak bersalah dan meneruskan operasi #opskerepek. Dari meja kitorang boleh nampak ke hulu ke hilir mencari si Sameon. Kesian giler. Ko bayangkan hardwork ko telah dikebas orang. Memang boleh buat menyirap. Kesian sangat dengan si Rangga, Hajjah Ibu suruh panggil si Rangga dan kasi duit untuk compensate kerepek dia. Alhamdulillah ade jugak rezeki si Rangga. Kesusahan hidup di sini menyebabkan budak-budak sebaya si Rangga dan ade yang lebih muda sudah mula berkerja dan berbisnes. Bersyukur dengan kehidupan di Malaysia, budak-budak tak perlu fikir menda nih semua, cuma sibuk main Ipad sajo. Moga-moga si Rangga dapat menjadi tokeh kerepek berjaya bila besar nanti.

Nampak kerepek putih atas meja tuh, tulah kerepek si Rangga yang telah dikebas.
Makanan di camni jer. Sedap lagilah makanan kat Dewan Selera time kat asrama dulu.
Berkenaan dengan makanan yang dijual di sini, boleh dapat macam-macam jenis local delicacies. Dari ayam penyet, bakso, murtabak Indonesia, es teller dan es nangka. Macam-macamlah ada. Tapi, kebersihan tak berapa nak dijamin. If you are someone that is very particular about cleanliness, its better to avoid this place sebab di Indonesia ni diorang tak berapa nak ada kesedaran sangat pasal kebersihan. Aku order nasi goreng ayam dan yang lain order nasi putih dan sup, kuey teow goreng dan nasi goreng apa entah yang si Ain order. Makanan aku boleh katakan agak menghampakan. Nasi goreng yang aku dapat rasa bland giler dan sejuk of which dia dah siap-siap masak aku rasa. Ada ayam seketul dan beberpa keping keropok serta sos cili dalam paket. My expectation untuk rasa local delicacies yang sedap tak tercapai. makanan malam tuh memang potong hsbislah. Bukan makanan aku sorang, makanan yang lain pon sama. Ujian betul bulan-bulan poser nih.

Bila time nak bayar baru kitorang figure out kenapa diorang ni bersemangat waja sangat berebut customer untuk duduk di kawasan teritori diorang. Sebenarnya diorang nih bukanlah peniaga-peniaga yang menjual, cuma diorang nih petuga-petugas Ramadhan Fair yang telah diassigned kawasan masing-masing dan bertindak ala-ala salesgirl untuk mengajak ke tempat duduk yang diorang jaga. So, makanan yang diorder haruslah from the specific gerai jer. Tapi, kalau nak order menda lain dari gerai lain, diorang akan kowtim dengan salesgirl gerai lain. Apa yang membuat diorang berkobar-kobar sangat ialah diorang dapat komisen 1,000 rupiah atas setiap juadah yang diorder. So, kalau 10 juadah plus air, maksudnya kena tambah lah lagi 10,000 rupiah untuk diorang. Tapi, peniaga-peniaga syoklah sebab tak perlu susah-payah nak fikir cara menarik pelanggan, diorang nih ade untuk jalankan tugas marketing. Masuk situ dah macam aku pernah masuk satu foodcourt kat Klang. Masuk jer foodcourt terus semua gerai dah bising giler ajak pergi gerai diorang. Last sekali aku ngan kawan-kawan aku keluar sebab serabut sangat dan makan mamak.

Ni dah lepas waktu berbuka. Kalau time berbuka lagilah pack giler.
Selesai berbuka puasa, kitorang pergi ke tapak konsert religi katanya bersebelahan dengan Ramadhan Fair. Orang waktu tu dah start membanjiri di sekitar. Pergh, lagi ramai dari pergi terawikh nih. Kalau kat Malaysia nih confirm kena kondem kawkaw buat konsert religi bulan-bulan puasa. Kitorang stay sekejap sahaja. Kang ade tak bangun sahur kang duk mengadap konsert nih. Seriously, bersyukur berada di Malaysia. Bulan Ramadhan masih di preserve kesuciannya. Tiada sebarang konsert. In fact, kalau orang tak puasa pon, tak delah makan in public. Yelah, kang ade kena bawak tour naik van jenazah. Kat sini rilex je. Aku siap nampak mamat pakai kopiah tengah best hembus asap rokok in public sebelum berbuka tadi.Totally different atmosphere dengan negara kita dan aku prefer bazar ramadhan walaupon sepanjang Ramadhan sekali je aku pernah pergi even betul-betul depan office aku.

Astalavista. Wassalam.

Od

No comments:

Post a Comment