Wednesday, September 16, 2015

Kembara Ramadhan di Medan 2.0 : Pesantren Assundaniyah

Assalamua'laikum....

Pepagi lepas sahur di hotel, kitorang gerak ke masjid berhadapan hotel. Selesai subuh, dah boleh nampak peminta sedeqah yang mostly terdiri daripada orang tua duk bersila berbaris depan pintu utama masjid. Bapakla efficient diorang nih. Pepagi lagi dah start beroperasi dah. Aku bajet nih mesti sindiket. Kalau kerja nih, boleh jadi pekerja berdedikasi sebab tak pernah lewat pergi kerja.

Makcik-makcik sebelah kiri aku nih gigih bangun pagi mintak sedeqah. 

Memandangkan trip kali nih bukanlah seperti trip-trip sebelumnya. Misi hari nih adalah untuk melawat pesantren. Pelik giler kan datang Indon pergi pesantren. Basically, tujuan ke pesantren adalah sesaje nak visit sambil-sambil nak menyampaikan sumbangan. Sebenarnya, pesantren yang kitorang nak tuju nih dimiliki oleh seorang Ustaz from Medan yang pernah datang ke surau dekat rumah aku untuk mintak sumbangan dana untuk dia bangunkan pesantren nih. Kira pesantren nih yang privatelah, tak dapat bantuan dari kerajaan. Ustaz nih memang cari dana sendiri. Dia buat CD selawatlah untuk jual bagi menampung kos pesantren nih.



Yang paling best, kitorang ada nama jer pesantren tuh. Alamat semua tak ada. Selamber gamble. Cuba untuk menghubungi Ustaz Dahlan tapi tak berjaya. Nak pergi pagi nih baru nak call. Suka-suka hati jer. Nasib baik dengan bantuan Makcik Fitri, kawan baru Hajjah Ibu baru jumpa dekat masjid, dia dengan baik hati siap tolong google bagai untuk tolong cari pesantren tuh. Mostly orang yang ditanya memang tak tahu pon kewujudan pesantren tuh. Yelah, kalau orang tanya kat aku pasal sekolah agama ker madrasah kat Kuantan ni pon, tobat aku tak tahu. Tanya Teluk Chempedak ke tempat makan famous ke aku taulah. Kemudian, kitorang dapat info dari jiran aku yang from Medan tu mengatakan yang Ustaz Dahlan tak ada di Indonesia, ke Mekah jadi mutawwif untuk bawak jemaah buat umrah.

Dengan berbekalkan alamat, kitorang naik teksi dari depan hotel. Rezeki kitorang dapat driver melayu beragama islam, Abang Wan. The first question yang dia tanya Haji Abah bila mula-mula jumpa adalah, Muslim? Kitorang macam pelik jugaklah dengan soalan yang diajukan. Yerlah apa punya soalan nih. Kemudian, bila dia tau kitorang dari Malaysia, dia pun explain sebabnya dekat Medan nih, muka sama tapi belum tentu Islam sebab muka sama tapi berkemungkinan suku batak of which kristianlah. Tapi, katanya kalau melayu memang islamlah. Bila ditunjukkan alamatnya, dia pon tak sure tapi dia cuba beberapa kali call member-member dia dan berhenti tanya jalan. Boleh tahan jauh jugaklah. Ingatkan dalam bandar Medan sahaja.

Abang Wan ni ok jugaklah peramah dan banyak menda yang dia share berkenaan Medan. Dia pelik giler kitorang travel bulan puasa sebab selalunya orang Malaysia tak ada waktu bulan puasa dan kalau datang pon kebanyakannya menuju ke arah Berastagi dan Lake Toba. Jaranglah yang nak spent masa dekat kota Medan memandangkan tak ada ape sangat kat Medan. Usually orang pergi for nature yang outskirt sketlah. Medan nih lain dengan Malaysia sebabnya tiada enforcement dilakukan waktu bulan puasa. Jadi, ikut suka hati kolah nak puasa ke tak. Iman senipis kulit bawang memang ke lautlah puasanya. Dah macam duduk di perantauan negara bukan islam sedangkan Indonesia penduduk majoriti islam dalam dunia. Sekurang-kurangnya di Malaysia, even non-muslim pon respect dengan agama kita. Even colleagues aku yang chinese dulu nak minum air time aku poser pon boleh mintak kebenaran ataupon diorang akan makan sorok-sorok. Ko ingat aku tak bau ko sorok-sorok. Haha. Nak cakap hormatnya diorang kalau time poser.

Yang lebih mengejutkan adalah di Medan, perkahwinan sejenis adalah dibenarkan. *facepalm. Barat sangat weh. Kata abang Wan, itu di Medan sahajalah. Aku tak pasti how diorang punya judiciary and law making system works sampai ada perbezaan antara negeri. Yang lagi best petang tuh aku tengok cerita ala-ala 999 cerita pasal pemalsuan sijil nikah dengan sesuka hati mak nenek jer bernikah tanpa mengikut tatacara syarak yang betul.  Dah serupa Siam dah nih. Yang paling aku pelik ada salah seorang mangsa yang dicekup memalsukan sijil nikah tuh kawen first wife tak silap aku bukannya sebab nak kawen dua ker apa. Jadi, apa motifnya? Dunia... Dunia..

Setelah menggagau mencari madrasah, teksi memasuki lorong kecik untuk menuju ke destinasi yang dituju. Dalam bayangan aku, pesantren nih ala-ala macam pesantren cerita Ketika Cinta Bertasbih ke tak pon Sang Kiai. Kan besar bapak pesantren dia. Tapi, it was just a small madrasah yang dari luar seperti rumah kampung setingkat seperti rumah disekelilingnya. Nak cakap dhaif, tak dhaif tapi tulah macam kurang fasiliti. Nak dibandingkan madrasah adik aku di Malaysia memang jauhlah mewah adik aku punya. Belakang madrasah tu bersambung dengan rumah. Mungkin rumah kediaman ustaz sendiri. Setelah beri salam beberapa kali, namun tidak dijawab. Adekah diorang menyorok takut kitorang datang nak jual barang. Pintu tingkap segalanya tertutup rapat. It seems that mereka bercuti di bulan Ramadhan. Tak ada rezeki. Tapi kira oklah jumpa jugak madrasah nih kat ceruk bandar Medan. Kalau nak naik Angkut memang tak jumpalah jawabnya. Ada banner besar di luar madrasah nih dengan gambar Ustaz Dahlan terpampang besar mengconfirmkan yang kitorang tak salah tempat.

Depan Maahad Tahfizd Alquran Assundaniyah

Camni jer keadaan pesantren nih. 

Tertebeng muka ustaz nih besar bapok.



Then, sebelum balik ke hotel, Hajjah Ibu minta Abang Wan singgah di pajak ikan untuk shopping. Shopping jugak kekdahnya. Konon datang tak nak shopping. Basically, pajak ikan nih adalah port shopping di Medan yang jual macam-macam jenis kain dan baju dan kain sembahyang. Pajak Ikan nih kira port shopping, macam Pasar Baru di Bandung atau Pasar Ayer Kuning di Bukit Tinggi. Sempatlah shopping sikit. But then, the shop doesn't seems like Pasar. Bila ditanya kepada Abang Wan, katanya inilah dia cuma its Friday kedai banyak yang tutup. Yeke dok Abang Wan nih. Kalau dia tipu pon bukan kitorang tau pon.

Memandangkan waktu zohor dah menghampiri, kitorang menuju ke Masjid Gang Bengkok  untuk sembahyang Jumaat. Kenapa masjid nih, sebabnya jiran kitorang yang asalnya dari Medan suruh Hajjah Ibu ke sana sebabnya masjid itu dibina oleh nenek moyang dia dulu. Sah-sah Indon kaya sebabnya kalau zaman dulu siap boleh bina masjid konpem golongan berada. Even sekarang pon, orang kaya mampulah nak bina masjid. Kalau takat nak infaq barang seringgit dua, mampulah.

Masjid ni terletak di celahan bangunan kedai. Tiada apa keistimewaan pon tentang masjid nih. Tapi, boleh nampak yang masjid nih memang dah agak lama dibina. Tapi, mungkin tak selama Masjid Raya. Sesampainya di masjid, orang memang dah penuh dah atas masjid. Memandangkan kitorang perempuan, just tunggu di perkarangan masjid. Kalau nak buat kat Malaysia, duk tercongok depan pintu masjid waktu sembahyang jumaat, tobat aku tak buat. Segan kot. Tapi, ada beberapa perempuan lain jugak yang menunggu suami masing-masing sembahyang jumaat.  Siap jer sembahyang jumaat, sekumpulan peminta sedeqah wanita dengan budak-budak kecik yang memang dah tunggu depan masjid dah beratur depan masjid untuk mintak ihsan orang yang baru sudah sembahyang. Siap bergaduh-gaduh tak puas hati bila tak dapat duit. Kalau time ade yang orang yang bawak one stack of money untuk sedeqah memang kena kerumunlah kekdahnya sampai block laluan keluar. Habis segala kroni-kroni diorang dipanggil. It seems that macam sindiket. 

Makcik-makcik dah siap siaga beratur ala-ala menyambut kepulangan VVIP depan masjid.

Because its too freaking hot, kitorang ambik keputusan untuk balik ke hotel. Maka, plan ke Istana Maimon dipostpone. Actually, kitorang agak beruntung sebenarnya dapat driver Abang Wan sebab dia peramah dan banyak menda yang dia share tentang Medan dengan kitorang. Mak dia dah 20 tahun kerja di Malaysia since dia sekolah lagi. And planning this year untuk balik ke Malaysia for good sebab nak pergi haji. Aku just wonder macam manalah hidup berjauhan dengan parents of which ramai lagi pekerja asing di Malaysia mengalami perkara yang sama. Tinggal anak bini bertahun-tahun nak cari rezeki kat negara kita. Other things is don't underestimate people even orang tu cleaner ker driver teksi ker. Macam Abang Wan nih, dia actually university grad kot cuma tak berminat nak kerja dengan orang dan terikat dengan office hours. Jadi, dia memilih untuk kerja bawak teksi. No wonderlah the way dia bercerita dan info yang dia provide tuh nampaklah macam orang yang educated.

Untuk bukak puasa kali nih, tak nak dah mengulangi kesilapan hari sebelumnya dengan berbuka dekat Ramadhan Fair. Kebersihan diragui dan makanan tak sedap. Memandangkan Indonesia terkenal dengan Es Teller, jadi kitorang try googlelah cari lokasi Es Teller terdekat. Yelah Medankan bandar besar, takkanlah tak ada Es Teller. For those yang tak tahu, Es Teller nih adalah franchise fast food di Indon yang memang produk makanan Indonesia. Ala-ala McD dan KFC tapi makanan Indonesialah. Even di Malaysia ada satu franchise Es Teller one and only dekat Central Market. Itupon menyampah aku, kul 9 malam dah tutup. Kalau datang weekend petang pon banyak makanan dah habis. Mentang-mentang CM ramai Indonesian, cepat jer habis.

Location wise kitorang kena makesure jugak berdekatan dengan masjid supaya memudahkan untuk sembahyang maghrib dan kemudiannya terawikh. Tak adalah nanti terkejar-kejar. So, Tamrin Plaza it is. Reason wise di tingkat atas Tamrin Plaza ada masjid Al-Ikhlas. So, kitorang menaiki teksi dari depan hotel untuk ke Tamrin Plaza. Satu perkara di Medan adalah, teksi, kalau ko suruh orang hotel call, diorang akan caj minimum rate 25,000 rupiah. Tak kisahlah dekat mana sekalipon. Tapi, kalau ko tahan je dari depan hotel atau tepi jalan, diorang akan ikut meter. So, lebih untung sebenarnya. Memandangkan dah tahu berkenaan hal ini, kitorang tahan jelah teksi depan hotel. Kalau ikut meter pon baru jer dalam belas-belas ribu rupiah.

Tamrin Plaza ni mall kecik jer. Sesampai kitorang terus tuju ke Es Teller untuk order terus makanan sebab nak makan lepas maghrib supaya dapat menikmati makanan. Tak adalah tergesa-gesa nanti. So, aku tanyalah dekat akak kaunter tuh, makanan apa yang special kat sini. Dia cakap kat sini specialnya air, of which es teller dan minuman seangkatan dengannya. Makanan dia biasa-biasa jer. Dah nama kedai pon Es Teller kan, sah- sahlah specialty es teller.

Berdasarkan pemerhatian aku, kedai-kedai makanan di buka seperti biasa dengan customer seperti biasa macam bukan bulan puasa. Ko boleh nampak orang lelaki makan, satu family, geng-geng perempuan and even perempuan bertudung tengah syok duk menikmati makanan. Aku rasa memang rare giler. Kalau perempuan tak puasa, diorang tak perlu risau untuk nak menyorok nak makan kat mana. Wat lek wat peace jer makan in public.

Menghampiri waktu maghrib, kitorang menuju ke Masjid Al-Ikhlas yang terletak di tingkat atas. Macam gempak gilerkan dalam shopping mall ader masjid. Dahlah bukan shopping mall besar. Bila jumpa, actually it doesn't really looks like a masjid more like a surau dan sangat proper. Aku lupa nak tangkap gambar. Tapi, bila memikirkan keadaan surau di shopping mall di Malaysia, kiranya bolehlah dianggap sebagai masjid. Tempat agak spacious dan proper. Dan siap sediakan makanan untuk berbuka lagi. Maksudnya memang ada allocation untuk orang berbuka. Kitorang tak joinlah memandangkan nak berbuka kat Es Teller later. Masa kitorang sampai tuh, tak ramai pon lagi orang.

Bila nak sembahyang jer maghrib, macam familiar jer suara imam nih. Suara Haji Abah. Tapi, yang mengejutkan aku ketika sembahyang adalah bila habis jer al-fatihah, sekali tang amin tuh bergema masjid. Tak ku sangka ramai giler orang. Selesai jer masjid, kitorang duk jenguk ke bahagian lelaki, memang sah Haji Abah jadi imam dan memang full house surau, Dan lebih mengejutkan lagi bila pusing belakang pon, bahagian wanita juga full house dan kesemuanya mengikut imam.

Sumpah respek giler mereka nih. Kenapa aku katakan begitu adalah, first of all, dalam shopping mall yang kecik, diorang mampu sediakan masjid dengan ruang solat yang luas untuk kegunaan awam. Kalau compare kat Malaysia, sebesar-besar mall, surau yang disediakan kecik giler, tak padan dengan mall yang gah tu. Kalau peak hours maghrib plak, siap kena tunggu turn lagi. Secondly, mengejutkan aku adalah jemaah wanita yang kesemuanya mengikut imam. Usually, expecially di mall, takde maknanya perempuan nak ikut imam tapi sembahyang sendiri-sendiri jer. Ini berdasarkan pemerhatian aku sahajalah. Even aku pon 2x5 jugak. Tapi berbeza di sini. Yang pakai skirt pendek atas lutut pon, alhamdulillah sebelum masuk waktu lagi dah siap siaga menunggu imam untuk jemaah. Walaupon agak unfair untuk aku judge orang berdasarkan appearance tapi itulah hakikatnya.

Selesai solat, boleh nampak orang berpusu-pusu keluar. Ramai bhai. Bila nampak jer Haji Abah, kitorang dah gelak-gelak dah. Kemain jauh datang nak jadi imam kat Indon nih. Dalam punya ramai orang, Haji Abah yang jadi imam. Mentang-mentang pakai jubah. Haji Abah cerita, sebelum maghrib lagi orang kat situ dah kuis-kuis Haji Abah cop suruh jadi imam. Kebanyakan kedai dalam mall ditutup sementara untuk memberi laluan kepada staff untuk berbuka puasa.

Kitorang terus ke Es Teller selesai maghrib. Makanan dah siap sedia tersedia dah atas meja. Alahai.. Padahal dah pesan dah selepas maghrib kitorang datang. Tapi, the food is still good as compared to semalam punya makanan di Ramadhan Fair. Aku order ayam penyet. Memang mengancam giler tahap kepedasan dia. Memang boleh kebas lidahlah makan. Tapi, still sedap. Es teller, es nangka dan es apulkat memang terbaik. Buah memang banyak giler. Kalau kat Malaysia memang tak dapekla penuh buah camnih cuma yang slacknya ais dia dah mencair. Sangat berpuas hati dengan food berbuka. Harga hari nih dan semalam tak banyak sangat beza pon. So, food hari nih sangatlah berbaloi.

Sampai pijor mulut aku makan sambal ayam penyet pedas giler.

Untuk terawikh, kitorang decide untuk sembahyang di lokasi yang berbeza. Jadi, kitorang ke Masjid Agung, of which  masjid terbesar di kota Medan. Lokasinya betul-betul di tengah bandar Medan berdekatan dengan bangunan-bangunan pentadbiran kerajaan. Kali nih, driver teksi kitorang adalah seorang rakyat yang concern tentang nasib negara dia. Sepanjang perjalanan dari Tamrin Plaza sehinggalah sampai ke Masjid Agung dia duk mengeluh tentang negara dia. Dia sedih dengan ahli-ahli politik yang korup dengan ekonomi yang tak menentu. Yang paling tak leh blah kenyataan dia adalah, "Kalau udah dari pemimpinnya bodoh dah tentu sampai ke rakyatnya bodoh." Marah betul kat pemimpin diorang nih. Katanya lagi, mungkin lagi 10 ke 20 tahun lagi, barulah rakyat Indonesia nih ada kesedaran terhadap kehidupan mereka. Sekarang, masih ramai yang tak ada kesedaran dan berpelesaran tanpa pekerjaan. Rakyat diorang nih ramai sangat kot.


In front of Masjid Agung.

Sistem selipar nih, masjid agung pon ader, tapi lagi better diletaknya kotak untuk kita sedeqah seikhlas hati. Tersusun baik punya selipar, nampak sikit proper selipar kat masjid.

Sampai di Masjid Agung, dapat lihat masjid yang berbeza dengan suasana dan orang yang berbeza. Di perkarangan masjid boleh nampak banyak kereta-kereta besar yang diparking. Masjid lebih besar dari masjid agung tapi even this is so called biggest masjid in Medan, aku rasa Masjid Besar Kuantan lagi besar kot. Sistem parking selipar masih sama diamalkan. Kali nih, alhamdulillah tak ada dah sembahyang tarawikh 120km/j macam di Masjid Agung. Bacaan imam pon sedap. Selesai 8 rakaat kitorang balik ke hotel. Kawasan sekitar hotel memang meriah giler sebab konsert religi. Masjid Raya dah siap dah terawikh. Bapokla cepatnya. Kitorang tak plan nak menengok konsert tuh. Dari bilik nih boleh dengar dua konsert dari depan hotel boleh dengar lagu-lagu nasyid. Dari belakang plak dengar lagu-lagu english macam ade pub. Tapi, yang pasti kitorang tido dengan lenanya seperti biasa.

Astalavista. Wassalam.

Od

No comments:

Post a Comment