Wednesday, September 30, 2015

Kembara Ramadhan di Medan 3.0 : Berangan Anak Raja Sultan Deli

Assalamua'laikum...

Untuk hari ketiga di Medan, the plan is to go to Istana Maimoon. Istana Maimoon nih terletak dalam 200 meter jer dari Masjid Raya. Kalau dari hotel Madani, lintas jalan , then straight jer sampailah nampak Istana Maimoon tersergam indah. Kitorang jalan kaki jer ke sana memandangkan its just within walking distance. Even sangat panas tapi still okay sebab pagi lagi.

Istana Maimoon dari luar pagar.



Menyulusuri jalan melalui tapak Ramadhan Fair.

Istana nih basically ialah istana penempatan bagi Kesultanan Deli. Ia dibuka setiap hari bermula pukul 8 pagi lagi sehinggalah 5 petang. Untuk masuk, entrance fee dikenakan adalah 5000 rupiah. Mengikut kata pakcik yang jaga tiket masuk tuh, entrance fee dikenakan selain untuk maintenance of the istana, ia juga sebagai bantuan kepada 25 kepala keluarga dari keturunan kesultanan Deli yang masih ada. Unlike raja di Malaysia, yang mendapat kind of gaji dari kerajaan, di Indonesia, raja dah tak ada sebarang fungsi ke atas pentadbiran negara dan tak dak pendapatan diperolehi dari kerajaan. Raja sekadar atas nama.


Dibuka setiap hari.

Berbeza dengan negara kita yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan, diorang republik yang mana yang mengetuai negara adalah Presiden. Belanda punya penjajahan ke Indonesia telah berjaya menghapuskan terus kuasa sultan yang mana even sebarang masih ada dan wujud Sultan Deli, cuma sekadar atas nama tanpa sebarang kuasa terhadap pentadbiran negara. Sayang giler. Zaman kesultanan melayu yang gah dulu hanya tinggal sejarah. 

Untuk yang masih tertanya-tanya, masih wujudkah Sultan Deli sekarang. Jawapannya masih wujud. In fact the current Sultan Deli baru sahaja berumur 17 tahun, the youngest Sultan Deli. Baginda telah ditabalkan sejak umur 8 tahun setelah kemangkatan ayah baginda due to plane crash. Tabah gilerkan. Bapak baru meninggal, dah tu kena lantik pulak jadi Sultan. Aku 8 tahun duk main galah panjang dengan kejar-kejar lagi. Paling tinggi jawatan pon, jadi pengawas sekolah. Tukang naikkan bendera time perhimpunan.  Rasa-rasa nak jadi bini Sultan, bolehlah pergi goda Sultan Deli. Haha.

Bahasa Belanda. Aku rasa tarikh perasmian Istana nih oleh Belanda. 1888 tuh, lama giler. 

Entrance Istana Maimoon.

Ruang legar dalam Istana Maimoon.

Sesampai di di depan istana, entrance fee di bayar dan dibenarkan masuk. Kawasan dalam istana yang dibuka kecik jer. 10 minit pon dah habis round. Dalam tuh, ada dipamerkan barangan-barangan di raja, pakaian dan juga singgahsana raja. Istana nih besar lagi sebenarnya ke belakang tapi ruang yang dibuka untuk public kecik jer. In fact, waktu kitorang di situ belah belakang tuh ada macam ceramah agama tengah berlangsung. Kalau masuk macam impossible kecik sangat istana, Istana nih memanjang ke belakang dan aku rasa masih didiami oleh kerabat sebab sebelum masuk ke istana, ada laluan yang ditulis no entry tetapi hanya untuk kerabat sahaja.

Kat situ ada juga disediakan khidmat sewa baju raja. Kalau rasa-rasa fefeeling anak raja bolehlah sewa baju dengan kadar sewa hanya 10,000 rupiah. Baju ko boleh pilih nak kaler apa. Hijau, Biru, semua ada. Kalau tak ada pon mungkin kaler pink jer kot. Owh, aku takleh bayang kalau Sultan pakai baju kaler pink. Metroseksual sangat weh. Khidmat tangkap gambar pon disediakan dengan caj 10,000 rupiah sekeping gambar dan gambar terus diprint.

Singgahsana diraja.

Salasilah keturunan Kesultanan Deli adalah dari Raja Hindustan yang mana berkhidmat untuk Kesultanan Acheh, salah satu kerajaan besar zaman dulu. So, sebab banyak bakti kepada Sultan Acheh, jadi Sultan Acheh serahkan Medan dan dari situ bermulalah legasi Kesultanan Deli. Bukan legasi kecantikan NV yer. Satu lagi, Kesultanan Deli nih ada closely related dengan Kesultanan Perak. Anak Raja Perak dulu ada pernah berkahwin dengan Sultan Deli. Even kalau tengok Istana Perak yang dekat Kuala Kangsar pon ada jugak iras-iras especially warna istana.

Dulu time kahwin tak pernah bersanding. Tu dia kat Medan jadi Raja Sejam.


Fefeeling anak raja kekdahnya.

Harap maaf dengan ke'vain'an kitorang.

Berebutkan Sultan Deli kekdahnya. Nasib aku tak keluar bunga silat aku.

Setelah puas berangan jadi anak raja, kitorang balik ke hotel memandangkan waktu dah menghampiri waktu zohor. Seperti biasa, zohor memang kitorang ke Masjid Raya untuk berjemaah. Aku dan Ain lambat sedikit sampai, almaklumlah lagho. Oleh sebab aku lupa nak bawak beg duit, jadi kitorang tidak meninggalkan selipar di muka pintu masjid untuk dijaga penjaga selipar. Tetapi, terus masuk dan meletakkan selipar ke dalam sedikit berhampiran tiang. Kalau hilang pon tak ralat sangat sebab aku pakai selipar jepun Giant 5 ringgit jer walaupon sayang jugak selipar tuh. So, kalau tak bawa duit tak perlulah nak cancel ke masjid sebab its not compulsory pon menggunakan khidmat mereka. Cuma dah ke masjid tuh, its one of the medium untuk bersedeqah. Waktu zohor tu si bisu yang jadi tukang jaga. Apa yang aku perasan di setiap waktu solat, memang orang yang berlainan yang menjaganya. Mungkin sistem yang dijalankan adalah sape cepat dia akan dapat bisnes jaga selipar. 

Selesai solat, Haji Abah dan Hajjah Ibu, menyerahkan nombor selipar yang diberi. Si bisu, pon tertunduk-tunduk mencari selipar dan serahkannya. Haji Abah pon menghulurkan not 5000 rupiah. Selalunya, kalau ko sedeqah, mana pernah orang tanya berapa nak kasi baki. Tapi, si bisu dengan isyarat tangan dengan suara dengar tak dengar bertanya, berapa baki nak diberikan. Haji Abah menggeleng kepala tanda tak perlu dipulangkan baki. Konsepnya kat sini adalah sedeqah seikhlas hati. Biasanya orang letak 1000 atau 2000 rupiah untuk si penjaga selipar. Jadi, bila diberikan lebih, mereka akan tanya berapa baki untuk dipulangkan. Reason being, sedeqah seikhlas hati kan. Manalah tau seikhlas hati ko tu berapa. Tapi, macam tak sampai hati nak letak 1000 rupiah sebab kalau convert 30 sen jer kot. Kedekut benor kekdahnya. Ini bukan untuk setiap pasang selipar tetapi untuk beberapa pasang untuk semua yang datang sekali dalam group ko.



Petang tu kitorang ke Pasar Pajak Ikan meninggalkan Haji Abah di hotel. Hajjah Ibu sempat bertanyakan Makcik Fitri, kawan baru di Masjid Raya tentang lokasi pajak ikan. Obviously, the one that we went yesterday not the one that we was brought today. Suasana pajak ikan even bulan puasa tapi orang masih ramai. Cumanya dipenuhi dengan orang local jelah. A few times, kitorang ditegur oleh peniaga yang pernah bekerja di Malaysia. Yang paling epic, sorang mamat nih siap boleh cakap Kelantan fluently. Memang tabik spring. Orang Malaysia pon tak boleh kecek kelate kot. Aku yang kampung Kelantan pon kalau cakap bunyi siam.

Pajak ikan nih kecik compared to Pasar Ayer Kuning di Bukit Tinggi. Dalamnya, macam-macam orang jual. Kain pasangnya, kain telekung, lace dan baju. Banyak lagilah. Memandangkan we are not really here for a shopping trip, kitorang berpusing-pusing dalam tuh mencari kain sembahyang budak. Jenuh gaklah sebab kebanyakannya jual kain sembahyang Elsa Let It Go. Nasib jumpa walaupon agak mahal.

Kebanyakan yang datang shopping untuk persediaan raya. Yang paling mengejutkan aku adalah dengan macam-macam jenis kain sembahyang, ada yang mencecah ratusan dan ribuan ringgit. Bila dengar orang local tanya, dijawab dengan juta-juta. Aku yang otak berkarat nih cubalah mencongak untuk convert than terus ternganga dengar harganya. Pengsan. Kain sembahyang ada swarovski ker apa nih mahal sangat nih.

Dah selesai, kitorang nak heading to Bika Ambon Zulaikha. Mulanya, ingat nak naik teksi sebab nak air-conditioning sebab cuaca di Medan memang membahang. Tapi, bila ditanya peniaga disitu, susah katanya nak dapat teksi sebab macet. Jadi kitorang naik macam beca bermotor. Dalam keadaan macet begini bagus sebenarnya sebab boleh nyelit untuk elakkan dari jam.

Bika Ambon Zulaikha ni adalah a very well known local cakes di sini. Apa yang aku perasan kalau di Indonesia, in every city diorang macam ada special desserts or makanan yang tak dapat kat tempat lain. Macam di Bandung ada Kartika Sari dan Amanda Brownies. Di sini famous for Bika Ambon Zulaikha. So, basically Medan sangat terkenal dengan bika ambon. Aku ingatkan bika ambon nih nama brand dia. Rupanya ia adalah nama sejenis makanan. Siap ade perisa lagi tuh. Nama bika ingatkan macam bingka kalau makanan kat Malaysia. Tapi, seriously the taste is nothing like I have tasted before. Macam kek sponge tapi tekstur dia lain. Mungkin sebab dia guna tepung ubi kayu.

Seperti di tempat lain, masa kitorang sampai tuh, kedai ni dipenuhi dengan local yang memborong sakan bika ambon. Mungkin nak buat stok untuk raya. Harga lingkungan 55,000-65,000 untuk saiz kecil dan 75,000-85,000 rupiah untuk saiz besar. Selain bika ambon, kat sini ada jugak dijual kek lapis tapi ada a few perisa jerlah, Tak adalah macam-macam perisa macam kek lapis Sarawak. Harga agak murah dan dapat saiz besar. Diorang siap boleh pack dalam kotak kalau beli banyak atau bagi memudahkan untuk letak dalam luggage. Siap boleh suruh diorang potong kecik-kecik siap-siap supaya boleh terus makan. Memandangkan its Ramadhan, makanya boleh telan air liur jelah.

Bika Ambon Zulaikha stok pon tak banyak sebab hot selling.

Comel giler pakcik nih punya helmet. 

Untuk berbuka puasa, seperti biasa macam tak boleh decide nak berbuka kat mana. Ko tahulah soalan paling susah dalam dunia, nak makan kat mana. Lagi susah dari soalan SPM. At first macam nak berbuka puasa di Masjid Agung sebab semalam di masjid diorang ada announce yang ada berbuka puasa disediakan. Disebabkan masih tak puas lagi makan Es Teller, jadi, sekali lagi kitorang plan untuk berbuka di Es Teller. Dah macam kena mandrem Es teller dah. Memandangkan we saw a few Es Teller di mall sekitar Medan masa naik beca yang at first aku sangka hanya ada di Tamrin Plaza, jadi, decison di buat untuk berbuka di Es Teller di Sun Plaza selepas maghrib di Masjid Raya. 




Full house kekdahnya.

Selesai maghrib terus ke Sun Plaza. Baru perasan yang Sun Plaza ni actually sebelah jer dengan Masjid Agung. Memang part of the plan nak terawikh di Masjid Agung pon tapi tak sangka plak berjiran jer. Memasuki Sun Plaza, it seems that kitorang masuk different world. Mall besar dan modern dengan those yang pergi pon lain dari segi pemakaian. Aku ngan adik aku lagi cikai pakaian dengan selipar jepunnya. Sesampai di Es Teller memang full house. Kitorang terpaksa menunggu seketika sehinggalah ada meja kosong. Tapi, kali nih memang puas hati giler dengan makanan masih panas dan es teller masih belum mencair. Terbaik giler. Es Teller banyak giler buah. A must eat dessert in Indonesia. Tetiba terliur.

Yang ni memang terbaik. Mee pedas ke menda entah.

Dari Sun Plaza, ada laluan yang boleh tembus ke masjid. Haji Abah kata no wonderlah dia nampak orang duk lalu-lalang depan masjid semalam. Memang convenient gilerlah untuk berbuka di sini sebab boleh terus ke masjid kat sebelah. Sementara menunggu kitorang terawikh, adik aku merayap dalam mall memandangkan dia tak boleh sembahyang. 

Bapak ramai orang gi konser religi.

Kitorang balik naik teksi. Berdekatan dengan hotel, pakcik teksi terpaksa pusing jauh sebab jalan banyak tutup dan jam. Sesampai di konsert religi dah start, bising giler, Meriah giler, Dah macam konsert jom heboh dah gayanya. Tapi, bulan puasa. Tak silap aku, orang extraordinary ramai sebab hujung minggu dan final konsert religi. Esok nak balik, jadi, aku balik tido. Astalavista. Wassalam.

Od

No comments:

Post a Comment