Tuesday, December 8, 2015

Phuket Bikinilah Sangat 1.0 : Selamat Bermatahari-matahari

Assalamua'laikum.....

Nama trip takleh blah gilerkan. Phuket in Bikinilah sangat. This trip happended on 2012 lagi. Ini adalah trip epic yang telah mengumpulkan hampir satu pertiga dari geng Jejongket since last our trip was Jejongket in Redang masa final sem in UiTM. Tapi, dulu masih hingusan hyper baru habis belajar. Yang ni pulak trip wanita-wanita berkerjaya gituh.

Jejongket ni basically nama yang kitorang beri kepada geng classmates kitorang yang satu kelas kepala giler. All girls plak tuh. Telah menjadi ritual every sem since diploma, kitorang akan pegi trip around Malaysia. Kecuali sekali 7 of us telah ponteng first week of the final sem untuk ke Bandung. So, since masing-masing gigih bekerja setelah grad, makanya secara randomnya trip Phuket di plan.

Air laut punya warna rasa macam nak bawak balik buat kolam kat rumah.


Dulu mana ada WhatsApp nak kontek secara pukal. Jenuh kot nak buat surat pekeliling.  So, initially 12 orang yang patut pegi tetapi 3 orang tak dapat follow sebab komitmen kawen. Nadhi dah kawen, Ame pulak soon to be married dan Jid gigih kumpul duit kawen untuk the following year. Macam biasalah tiket flight 100 lebih terus aku gigih booked a year earlier. Memandangkan semua wanita berkerjaya, last minute baru aku manage buat research on the trip. Dulu belum terjebak lagi dengan blog bagai nih. Memandangkan dah last minute dan terkebetulan aku duk office not assigned to any job, maka gigih aku duk research kat office buat-buat LLB (look like busy) dengan muka kerut-kerut. So, what I did was aku email segala mak nenek travel agent kat Phuket untuk bargain the best price. Malas nak aci redah kat sana baru nak cari island hopping semua memandangkan kitorang ramai. So, aku arranged siap-siap sebelum pergi.

Roughly cost aku incurred kurang RM700 all-in termasuk segala macam expense kat sana makan, transport semualah termasuk barang-barang buat bachelorette party tapi not included flight tickets dan shopping. Mungkin agak mahallah. Orang lain boleh buat murah lagi kot kalau duk backpacker hostel. Lagipon Phuket nih memang tourist destination, maka haruslah semua benda nak mahal. Tak pernah terbayang pon nak pergi Phuket. Apa ade kat Phuket pon tak tahu. Yang aku tahu Phuket tempat orang honeymoon dengan tsunami dulu-dulu.

So, hari yang dinantikan kunjung tiba. Hari Isnin tuh aku cuti walaupon flight kitorang malam sebab last minute packing punya pasal. Aku dan beberapa ahli kariah yang lain naik bas ke LCCT dari One Utama. Dah macam nak pergi office dah. Sesampai di LCCT tuh berkumpullah semua. Nak jumpa masing-masing pon susah sebab wanita berkerjaya kononnya. Ni ha Phuket telah mengumpulkan satu per tiga dari budak-budak Jejongs. Sesampai LCCT masing-masing dah buat perangai Joyah. Duk bergaduh plak nak masuk makanan dalam luggage ke nak angkut masuk dalam flight. Sempat aku brief diorang tentang itenarary di Phuket.

Nasib ade bas dari OU straight pegi airport, mudah dan tangkas sampai airport.

Antara ahli kariah yang terlibat.

Masing-masing dah buat perangai joyah.

Perjalanan ambik masa sejam lebih. Dah lepas melantak nasi lemak Pak Naseer, nak tido pon tak sempat, dah sampai. Memula ingat nak gamble tidor kat airport buat macam kat Korea tapi memandangkan pakej island hopping tuh dia dah offer sekali dengan one-way airport transfer, so terima jelah seadanya. Dari Phuket kitorang dibawa menaiki van untuk ke hotel kitorang. Okey jugak 9 orang jer gerak. Ngam-ngam satu van. Klu tak ade jugak aku kena duduk beriba. Perjalanan ambik masa lebih kurang setengah jam. Aku ingatkan dekat jer.

Stewardess kat belakang kitorang tuh, peramah giler. Every single passenger turun dia wish selamat berholidaylah. Sampai tahap bila time kitorang, dia dah kehabisan idea, Last sekali keluar, " Selamat bermatahari-matahari." Aku ngan Aizan bantai gelak.

Siap jakun tengok muka member sendiri dalam in-flight magazine. Kalau tengok muka sendiri aku tak tahulah tuh.

Sibuk bercerita abang imigresen kecek kelatelah nih.

Nasi lemak Pak Naseer jadi menu wajib. Kalau tak pre-booked, bau semerbak makanan orang lain dalam flight boleh kecur air liur.

So, di Phuket nih ade beberapa port pantai yang selalu menjadi tumpuan. Salah satunya adalah Patong Beach. Sebab katonya Patong Beach nih lebih happening makanya kitorang pilih untuk stay area Patong di Poppa Palace Hotel. Kenapa Poppa Palace? Mungkin dah rezeki hotel tu kot. Haha. Alasan takleh blah gilerkan. Mungkin sebab hotel ni kelihatan sangat cantik dan location wise agak ok. Tak terlalu crowded dan dekat dengan Bangla Road yang sangat busy tuh, tapi still walking distance.

Sesampainya di hotel, bermulalah drama bongok giler yang aku rasa akulah manusia yang perlu diblame. Harap maaf yer kawan-kawan. Plan aku adalah nak seludup orang, nak buat macam family aku selalu buat bila stay dekat hotel. Yang silapnya hotel nih tak berapa nak berbintang, so memang susahlah nak seludup orang. Aku book dua family room. So, bila nak check-in, aku pesan dekat bebudak nih untuk naik bilik sikit-sikit. Jangan naik beramai-ramai supaya tak obvious sangat.

Unfortunately, of course pihak hotel perasan sebab hotel kecik kan. Si Put dah berkejaran dengan pekerja hotel kes nak menyelinap secara senyap ke bilik hotel. Yang lain pon sangkut kat lobby. Aku dah tukar baju siap dah. Kemudian, dari lobby diorang inform yang hotel mintak additional 2000 baht lagi untuk sorang lagi include breakfast. Jadi, one of us turun untuk settlekan. Hasrat nak seludup manusia ke dalam bilik hotel gagal. Tapi, oklah 2000 untuk beberapa malam dengan breakfast. Sesampai di bilik aku nasihatkan kawan-kawan aku untuk check every single item di hotel untuk makesure everything yang diorang list tu cukup. Towel cawan semualah. Dah macam buat QC pulak.  Bukan apa, ada banyak bad review pasal hotel nih berkenaan guest terpaksa bayar sebab kononnya ada barang hotel hilang. Padahal memang dari awal lagi barang hotel tuh memang tak cukup.

Bilik hotel yang quite spacious.

Kenyataan we are small but luxurious agak betullah cuma staff tak friendly langsung.

Aku book 2 family room of which actually macam 4 superior room. So, setiap bilik dikongsi berdua kecuali satu bilik dikongsi 3 orang. The room is quite spacious. Aku berkongsi bilik dengan si Aizan. Setelah settle down everything kitorang merayap di sekitar Bangla Road yang famous sangatlah kononnya. Everywhere dipenuhi dengan club dan pub. Macam-macam lagu dah disekitar. Ada yang dari luar boleh nampak pole dancers. Kitorang just berjalan menyelusuri Bangla Road. Tapi tak tahan bau arak yang kuat dengan bunyi yang bingit giler. Ko tau bau masam yang busuk. Pening kot. Guys kalau tak kuat iman, memang boleh terjebak. Kitorang cepat-cepat beredar nak mencari port makanan halal.

Yoyoo jer world famous Agogo.

Fantasea nih antara show yang famous di Phuket. Tapi, kitorang tak pergi pon sebab mahal dan banyak review cakap tak best.

Menyelusuri lorong dari hotel nak keluar main road. Nak sewa motor boleh, nak ngurut boleh.

The Red tuktuk.

Siap berarak nak promote game muay thai.

Hasil research aku, kebanyakan halal food di area Patong nih adalah Arab or Indian food. Dan the only one yang thai halal food adalah dimiliki oleh orang Malaysia yang berkahwin dengan local people. Tapi its no where to be seen. Kitorang melalui deretan kedai seafood. Tapi, dari luar boleh nampak signboard dan iklan arak di dalam kedai. Even kedai pon serve beer. So, we just pass by. Semua kedai tu, diorang nampak kitorang bertudung dan welcoming us masuk kedai diorang dengan mengatakan kedai diorang halal. Yang tak tahan tuh siap beri salam. So, jangan tertipu. Nampak sangat bedoohnya. Disebabkan we are freaking hungry. Terkebetulan kitorang passed-by satu kedai arab dan kitorang makan kat situ. Harga makanan cekik darah nak mampos. Order tomyam, ayam berapa ketul jer dapat. Cukuplah untuk alas perut memasing. Kitorang balik ke bilik untuk berehat memandangkan esok awal pagi kitorang akan join trip. Astalavista. Wassalam.


Kedai Orient Palace Restaurant not advisable to go.

Ko tengok ayam berapa ketul jer dalam tomyam. Dahlah mahal nak mampus.

Od

No comments:

Post a Comment