Saturday, August 6, 2016

Phuket Bikinilah Sangat 4.5 Birthday & Bachelorette Party

Assalamua'laikum..

Balik dari pekan Phuket, malamnya selepas maghrib kitorang proceed dengan agenda masing-masing. Ada yang nak merayap dan ada yang nak buat last minute shopping. Aku dengan plan aku untuk buat surprise birthday party. Memandangkan aku ada agenda rahsia, so, kitorang separate. Aku dengan Tikin, Put, Nelly gerak dulu dengan agenda aku. Tapi, si Aizan pulak sibuk nak ikut kitorang. Dia tau dok kitorang tengah plan nak buat surprise party untuk dia dengan Mekruz. Puas kasi hint jangan ikut kitorang. Nak jugak mengekor. Masing-masing dah pandang sesama sendiri macam mana nak meloloskan diri dari Aizan. Unfortunately, gagal.

*ihsan google


Agenda malam tuh adalah untuk mencari kek. Dah nama pon nak sambut birthday kan, mestilah nak cari kek. So, we assume that Jungceylon mesti ada punya. Jadi, berjalan kakilah kitorang menuju ke Jungceylon. Jungceylon nih tak jauh pon dari Bangla Road. Even dari Bangla Road pon boleh nampak. Basically, Jungceylon nih adalah mall yang paling besarlah kiranya di area Patong. Tapi, besar standard Phuket, besar manalah sangat.

Habis satu mall kitorang round Jungceylon nak cari kek kekdahnya. Tapi, non hado hatta secebis pon tak ada. Patut Secret Recipe kena kembangkan bisnes diorang kat sini. Kitorang sempat ke tingkat bawah sekali. Kat sini banyak souvenir shop yang pelbagai. Standardlah souvenir kalau kat Thailand berunsur gajah. Tapi, a bit pricey. What u expect dalam mall kot.  Agak banyak choice. Setelah puas meneroka, kitorang decide untuk cari di kawasan sekitar. Dah malam last kan, pegi mall pon dah pakai baju tido jer. Ade aku kesah. Nasib aku tak pakai kain batik jer. Baju tido pon masih patuh syariah. Hahaha.

Masing-masing dengan baju tido pergi mall.

Surveying the souvenirs.

Kat Phuket pon ada jugak so-called pancake Thailand yang orang duk cari tuh kalau pergi Krabi. Tapi, kitorang tak beli pon walaupon tertera logo halal di gerai diorang. Yelah mana ko tak was-was, lalu kedai seafood pon yang sah-sah tertebeng signboard dan serve beer selamber diorang beri salam dan cakap halal. Kalau penjual pakai tudung mungkin agak meyakinkan sikit.

Setelah menyelusuri kaki lima area Patong, kedai kek pon tak dijumpai, kitorang decide ke kedai souvenir cari T-shirt buat kenang- kenangan. Aku yang memula ingat cukuplah dengan sekadar meninggal jejak di Phuket, tak perlulah nak bawa balik souvenir bagai nih jugak terjebak beli T-shirt walau bajet cukup-cukup. Siap beli satu sorang kat adik-adik aku.

Kawan-kawan aku yang lain tak selisih langsung yang katanya keluar terus beli souvenir. Selesai, kitorang terus makan di Kesuma dan decide nak beli pancake Thailand sebagai replacement kepada cake. Yelah at least adelah jugak hujung-hujung bunyi cake. Malangnya, kelibat penjual pon dah tak nampak. Ceit. Time nak tak ada plak. Kitorang singgah di convenient store mana tahu ada apa-apa yang nak dibeli. Hasil diskusi kitorang sering diganggu. Baru nak discuss nak beli apa, mesti Aizan muncul secara tiba- tiba macam Jung-on. Takdelah macam Jung-on. Hehehe. Exaggerate jer lebih. Dan- dan tu jugak guna kepakaran tukar topik tanpa dikesan.

Hasil tangkapan makcik-makcik. Kalau ak lelong tepi jalan pon aku rasa boleh beli tiket retuen datang Phuket lagi sekali. 

Balik ke bilik, kitorang berkumpul di bilik Nelly dan Put sebagai venue party kitorang. Barang-barang semua dah siap beli kat Daiso dah kat Malaysia lagi. Konon-kononnya kitorang inform orang yang berkenaan nak buat party maggi sebab last night kat Phuket kekdahnya. Padahalnya bedooh jer belaka. Final preparation sebelum surprise party dilaksanakan. Tengah duk sibuk-sibuk prepare, muncul tetamu tak diundang, Mekruz. The funniest part, kawan-kawan aku nih ngokngek jugak. Alasan tak nak bukak pintu memang tak boleh blah. "Kejap Nelly tengah tukar baju." 4 malam si Mekruz datang 4 malam alasan sama. Manalah minah ni nak percaya. Minah nih dah bengang insist bukak pintu tak bukak-bukak. Dia main loceng sambil panggil dari luar. Lagi diorang buat kelakar, " Apa? Apa? Tak dengar." Sambil tu jugak increase volume TV. Kalau rosak loceng bilik hotel memang kena tuduh Mekruzlah.

Perkara berlarutan agak lama. Si Put tengah-tengah hectic handle drama Mekruz plak buat lawak. Tali kitorang beli tak cukup panjang nak gantung tulisan birthday. Dan-dan dia buat keluar segulung tali rafia. Segulung weh. Aku waktu tuh memang dah tergolek-golek atas lantai dah gelak. Seksa tak seksa gelak kena cover. Yang lain pon memang cover dah gelak. Mekruz kat luar tak berhenti duk tingtong- tingtong loceng insist nak masuk. Put buat lawak pulak. Like seriously, ko bawak tali rafia buat apa. Taulah komander, ingat ni camping kesatria ker. Belum bebudak nih citer kat airport, dia siap kena rampas gunting. Nasiblah ko tak buat semua survival kit ko Put. Tapi, tali rafia dia jugaklah penyelamat.

Nampak tali rafia kat hujung tuh yang menyebabkan dapatlah digantung mendalah nih.

Setelah sekian lama Mekruz di luar, terpaksa panggil Fiqah untuk tenangkan Mekruz. Minah nih memang tak kenal putus asa. Finally dia fed up dan balik ke bilik. Preparation yang tak seberapa dapatlah dijalankan dengan aman. Nak menggantung satu hal, tiup belon pon satu hal. Tengah malam jugaklah settle everything. Operasi memujuk Mekruz pulak dah takes time. Nora dah selamat dibuai mimpi. Kejut beberapa kali pon tak jalan. Nak kejut lebih-lebih ada yang tak memasal kena marah kang. Yelah penat seharian.

Finally, surprise birthday party pon berjaya. Birthday Mekruz the following week dan Aizan the previous week. Dua-dua kena gotcha. Si Aizan yang komplot pon tak sangka birthday dia pon disambut. Takde cake, jelly pudding jelah mampu sebagai ganti. Pesta maggi hanya dalam mimpi. Malam tu jugak buat double celebration Bacheloret Party untuk those yang akan kawen next year. Hambik ko. Setahun awal buat Bacheloret Party untuk Fiqah, Mekruz dan Nora waloupun si Nora sedap tido. Kau ingat Bangla Road je boleh party. Bilik hotel pon boleh. Jimat kos. Minum pon air mineral jer.

Selekeh giler. DIY punya pasal, bolehlah.

So, sebagai alternatif aktiviti malam di Phuket, bolehlah buat party sendiri rather than pergi ke Bangla Road yang boleh mengganggu gugat iman yang senipis kulit bawang. Other than that, boleh jugak pergi tengok show Phantasea atau Simon Cabaret. Mengikut review yang aku baca, tak berbaloi pon pergi tengok Phantasea sebab bosan. Tapi, better tengok Simon Cabaret, show oleh pondan-pondan Phuket yang lebih menghiburkan. Kitorang dua-dua tak pergi sebab tak cukup bajet dan risau ketagih tarian, kang tercabaret plak balik Malaysia. Mengucap panjang Haji Abah dan Hajjah Ibu. Pada aku, kalau ada bajet lebih, mungkin aku akan tengok MuayThai kot. Barulah terembes adrenalin walaupon tukang tengok jer. Mungkin next time kalau ada orang belanja aku ke Phuket lagi. Kesimpulannya, nightlife di Phuket bukan hanya limited di Bangla Road. Bergantung. Boleh jer ko pergi semayang jemaah di Masjid yang tak jauh dari main area. Eh.


Astalavista. Wassalam.

Od



No comments:

Post a Comment