Tuesday, August 9, 2016

Phuket Bikinilah Sangat 5.0 Suparman Patong Beach

Assalamua'laikum..

Hari terakhir di Phuket. Semalam dah berhuhahuha sampai ke subuh. Semua bangun lambat. Memandangkan flight kitorang petang jadi bolehlah bangun lambat sikit. Pagi-pagi semua sibuk berpacking sebelum menuju ke cafe untuk breakfast. Memandangkan kitorang belum ada transport untuk ke airport kemudian, aku dan some of my friends wandering around the town untuk cari cheapest airport transfer untuk ke sana.

Kitorang sempat bertanyakan ke beberapa kiosk yang menjual pakej pelancongan sama ada diorang sediakan airport transfer atau tak. Setelah membuat beberapa call dan menekan kalkulator, diorang kasi price yang bagi aku masih mahal. Kebanyakan kedai masih tutup sebab still awal pagi. Yelah Phuket ni happening malam-malam. Orang duk berjimba sana sini. After a while wandering around, one of us nampak ada satu van pelancong betul-betul dekat lorong untuk ke hotel kitorang. Diorang tanya dan dia kasi harga yang affordable dan within budget. Tak silap aku 1000 Baht untuk 9 seater van ke airport. Kira oklah jatuh sorang RM10. Setelah bersetuju, kitorang inform untuk pickup di hotel pukul 1 tengahari untuk di bawa ke airport.

Pulang ke bilik membawa berita gembira, kitorang decide untuk merayap di sekitar Patong memandangkan masih ada sedikit masa sebelum ke airport. Sebab dah nama pon datang Thailand kan, tak sahlah kalau tak naik tuk-tuk. So, kitorang mintak abang tuktuk untuk bawak round sekitar Patong. Sebabnya tak sempat lagi round Patong. Satu tuktuk kitorang sumbat 9 orang. Basically, Patong nih adalah one of the beach di Phuket yang jadi tumpuan pelancong dan kira yang paling famouslah compare dengan yang lain.

Tengah nego dengan brother tuktuk.


Its actually a 3km stretch beach yang mengadap Laut Andaman. So, instead of strolling around by foot, kitorang decide untuk naik tuktuk jer senang. Kalau melihatkan keadaan Patong sekarang we can never expect that dulu ada a massive tsunami yang telah memusnahkan everything dan mengorbankan sangat ramai orang. Kalau tak kerana tsunami, Phuket pon aku tak kenal. Tapi, melihatkan keadaan sekarang, manusia seperti tak pernah insaf dan ambik pengajaran dari apa yang pernah berlaku.. Bangla Road tuh, malam-malam meriah tak ingat. Dengan parti nya dan aktiviti seks bebasnya. Belum lagi lady boy yang bersepah kat sini.

Konon-konon nak bergambar waktu tuktuk bergerak. Dan-dan kena horn dengan motor.
Tuktuk di Phuket. Nasib semua slim.
Kitorang suruh brother tuktuk tuh berhenti jer randomly tepi pantai untuk tangkap gambar. Post tsunami, nampak yang pihak kerajaan dah sediakan evacuation plan in case the same incident happend. Boleh nampak signboard tuk tsunami evacuation place sebagai tempat menyelamatkan diri sekiranya perkara yang sama berlaku. Tak adalah nanti menggelabah tak tahu nak tuju ke mana if the same incident happend. Tapi, if it still happend, we never know whether they will be ready or not. Macam what happend in Malaysia, banjir tiap-tiap tahun tapi we still lack in every aspects.

Macam tak caya jer penah tsunami kat sini.
 
Banyak signange sekitar Patong untuk tunjuk arah evacuation route in case musibah lama berulang.
Ramai betul rakyat jelata aku. Mampu lambai jer dari tuktuk. Ni acah-acah YB Phuket.
Kitorang stop lagi di another pitstop tepi pantai Patong nak tangkap gambar tak puas punya pasal. Kali nih siap buat aksi melompat dan terbang suparman kononnya. Padahalnya lompat rendah je. Katak pon lompat tinggi lagi. Yang tak menahan tuh, tengah duk main terbang-terbang tepi pantai tuh rupa-rupanya ada satu pasangan mat saleh tengok show terbang kitorang sambil tepuk tangan yang tak tahan. Mungkin lompatan show kitorang lagi gempak dari Phantasea dan Cabaret Show kat Phuket. Apedehal kat Kampung Budaya Malaysia ke apa entah kat Melaka pon kitorang boleh take over pentas buat show sendiri sebab show kebudayaan dah habis. Nasib aku tak perasan, kalau tak, aku letak topi dah kutip duit. Memandangkan it's near the time to go to airport, kitorang balik ke pangkal jalan.

Gambar acah-acah earthquake.
Diva-diva tuktuk.
Cuaca memang cun giler.
Suparman kekdahnya sebab tu tak terbang.
Nora punya lompatan memang yang paling win. Boleh kasi gold medal.
Transport ke airport sampai seperti yang dijanjikan. Drama Phuket tak berakhir di situ. Memandangkan kaunter check-in telah dibuka, jadi aku dan Moksu ke kaunter untuk urusan check-in. Semuanya kelihatan baik-baik aje sehinggalah staff Airasia di kaunter menghulurkan satu boarding pass dan mengatakan, "The flight was this morning. If you want to board the same flight you need to purchase new ticket." Macam nak tercabut jantung aku. Aku ambik boarding pass yang tertera nama Put dan memeriksa kembali waktu tertera di boarding pass.Oh My God. Memang boleh kasi heart attack kat aku. How on earth I can be so careless. Seriously aku tak perasan langsung.

Sebelum kejadian berlaku.

Muka masing-masing dah hitam legam.
Kawan-kawan aku diruang menunggu seperti dah menghidu ada masalah berlaku. Aku berlakon seperti everything is fine lagaknya seperti seorang CEO selesaikan masalah company tanpa dikesan para pekerja. Langsung mereka percaya. Untuk kawan-kawan yang dah kenal aku lebih 5 tahun, selalunya diorang dapat detect penipuan aku yang selalunya meyakinkan. Tapi, kali ni tidak sama sekali. Everything is under my control. Aku bertanyakan staff Airasia mana tempat yang aku boleh boleh purchase new ticket. Aku dan Moksu terus ke tingkat atas menuju ke kaunter Airasia untuk membeli tiket baru. The new ticket purchased was RM400++. Oleh sebab balance still ada around RM200 so, partly guna duit tuh. Mujurlah aku bawak kad kredit, so swipe jelah. Harga sebuah kecuaian.

Definitely gonna be my wholelife lesson. Hopefully, perkara macam ni takkan berulang. Insaf kejap rasa tak nak arrange trip dah. Menangis bucu katil. Sampai sudah kawan-kawan aku tak tahu apa berlaku. Biarlah jadi rahsia antara aku dan Moksu. Malas nak mencemari kegembiraan dan keriangan dengan sad ending.  Dahlah nak dijadikan cerita, imigresen pass yang aku selit dalam passport tuh tak ada waktu kat kaunter imigresen. Tercicir kat mana entah. Memang buat hal betul. Nasib bayar denda jer. Tulah orang tua-tua kata jangan happy dan galok sangat. Waaa.... Sambung menangis bucu katil. Tamatlah lawatan ke Phuket. Boleh click link untuk view video amatur Phuket.

Astalavista. Wassalam.

Od

No comments:

Post a Comment