...entry sebelumnya...
Its episode 5 and its day 5. Dengan pengembaraan yang lebih mengasyikkan dengan kurang drama sinetron berbanding hari-hari sebelumnya. Kitorang bergerak dari satu negara mata sepet ke negara mata sepet yang lain. Dari China ke Hongkong bukan dari Melaka ke negeri Pahang. Orang Melaka tak mata sepet hokeh kecuali Hang LiPo. Walaupun dah agak lama which was 9 months ago but masih fresh lagila ingatan pengembaraan family aku. Well, trip ke HongKong memang wa cakap sama lu upgrade habislah compare to before.
Dari Shenzhen kitorang gerak lepas Subuh. Kalau family aku punya lepas subuh, lepas asar pun lepas subuh lagi. Selalu TokMi bising kalau balik kampung ke Terengganu, konon gerak lepas subuh, haram lepas asar baru sampai. But literally, lepas subuh kali ni agak awal compare to rekod-rekod sebelumnya, kes berjalan punya pasal semua pakat laju je. Siap cepat je. Sebelum Zohor dah gerak. Around waktu dhuha gittu. So, seperti yang aku dah pernah beritahu sebelumnya, Shenzhen ni betul-betul sebelah dengan HongKong. For Malaysians, Hongkong tak perlu visa tapi kalau nak plan masuk balik China make sure dah buat visa double entry ke China. Macam kitorang akan naik flight di Shenzhen, so, memang waktu apply visa tu, dah apply double entry punya visa siap-siap. Louhu ni borderlah antara China dengan Hongkong macam Thailand dengan Malaysia. Tapi border Malaysia dengan Thailand hudoh. Ni border cantikla.
Sekali lagi, aktiviti pindah randah dengan segala harta pusaka dilakukan.
Nampak tak teksi beratur panjang sampai ke belakang. Konpem tak yah tunggu lama-lama macam orang tunggu teksi dekat OneUtama.