Showing posts with label Mekah. Show all posts
Showing posts with label Mekah. Show all posts

Sunday, March 1, 2015

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi Summary

Assalamua'laikum.....

...entry sebelumnya...

Setelah complete pengembaraan aku selama 10 hari maka kat sini aku nak buat summary on certain things based on pengalaman sulong aku buat umrah. Lama giler aku tak update memandangkan agak buat-buat busy and end of last month baru balik another trip anok-beranok. Here are some of the thing that I would like to summarise :

Plastik untuk simpan selipar ala-ala macam shopping buah kat super market.

Thursday, January 15, 2015

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi 10.0 Moga Peroleh Mabrur

Assalamua'laikum...

...entry sebelumnya...

It's our last day in the sacred land of Mecca. Pagi-pagi lagi Hajjah Ibu dah bising-bising kejut aku kes luggage over limit. Mana tak over limitnya kurma-kurma souvenir untuk satu office Hajjah Ibu semua kitorang yang pegang. Orang lain dah lepas tangan. Last day, pepagi lagi Hajjah Ibu dah emo. Nasib aku ni jenis tak senang gelabah. Nasib semua arrange sendiri. So, luggage boleh add-on sendiri. Kalau pergi under pakej umrah, memang diorang dah book 30kg siap-siap luggage. Kalau lebih, pandai-pandailah arrange sendiri barang. Nak tinggal ke nak apa ker. Sebab that is the limit. So, oleh kerana flight kitorang petang karang, so, sempatlah aku add-on luggage at normal rate.


Sunday, January 4, 2015

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi 9.5 Jumaat di Tanah Haram

Assalamua'laikum...

...entry sebelumnya...

Memandangkan aku keadaan aku tak mengizinkan untuk aku ke masjidil haram perform sembahyang jumaat, aku just stay di bilik hotel ditemani Makcik Siti yang kurang sihat. Masa aku habiskan bergolek atas katil sambil mengemas barang apa yang patut sebab esoknya kitorang dah nak balik Malaysia. Bila siaran tv dah menunjukkan yang sembahyang jumaat dah hampir habis, aku pun bersiap. Makcik Siti waktu tu pelik giler dengan aku bersiap-siap. Aku cakap aku nak pergi tengok orang dekat masjid lepas jumaat. Dia macam heran dengan aku. Kejadahnya nak tengok orang.

Orang dah start balik dari sembahyang jumaat.

Monday, December 22, 2014

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi 9.0 Jejak Kasih di Tanah Haram

Assalamua'laikum...

...entry sebelumnya...

Pagi ni kitorang ada temujanji dengan Haji Roni. Aku pun tak pasti apa exact pertalian darah Haji Roni ni dengan Hajjah Ibu. Tapi, yang pasti Haji Roni ni samaada sepupu atau sedara-mara dekat dengan arwah Tokki Aji yang dah menetap lebih 40 tahun di Mekah. Waktu musim haji tahun 2010, Haji Abah dengan Hajjah Ibu sempat jumpa dengan Haji Roni dan isterinya. Even diorang pernah datang ke Kuantan, masa diorang balik Malaysia. Kali ni, Hajjah Ibu tak expect pulak nak jumpa sebab number semua dah hilang.


Sunday, December 7, 2014

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi 8.0 Umrah Terakhir dan Kisah Batu Hitam

Assalamua'laikum...

...entry sebelumnya...

Ya ampun, lama giler aku nak habiskan entry pasal umrah nih. Banyak lagi post yang duk peram lagi. Whatever it is, Untuk hari ke-8, aku boleh katakan hari paling special untuk aku di Mekah. Kitorang masih ada 2 hari lagi sebelum balik ke tanah air. Tapi, it is the last umrah that we'll perform. Alhamdulillah, kitorang adik-beradik manage to complete all 4 umrahs that has been arranged for us. Basically, 1 umrah jer yang wajib, 3 lagi sunat. So, ikut masing-masinglah ke idak yang lagi 3 tuh. Macam kitorang, yang julung-julung kali datang, of courselah nak buat semua.

Dari dalam Masjidilharam boleh nampak menara jam Zamzam Tower. Struktur binaan zaman Uthmaniyah ini bakal diruntuhkan untuk projek pembasaran. Too bad. Macam sayang jer sebab sangat cantik.


Wednesday, November 26, 2014

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi 7.0 Umrah ke-3 dan Zamzam Tower

Assalamua'laikum...

...entry sebelumnya...

Untuk umrah ke-3, kitorang di bawa ke Tana'im untuk bermiqat. Tana'im adalah miqat yang paling hampir dengan Mekah. Selalunya kalau jemaah nak buat additional umrah despite the one that travel agent has provide transportation to go the miqat place, jemaah boleh naik prebet sapu atau taxi dan mereka akan bawa untuk bermiqat di Tana'im. Basically, hari ni tiada sebarang ziarah dilakukan.

Jadi, setelah bermiqat, bas straight hantar ke terowong bawah tanah. Naik-naik escalator terus berada dekat lapangan Masjidil Haram belah luar. Cuaca memang menguji kesabaran. Matahari memang atas kepala. Tapi, at least bukan bulan puasa bolehlah minum air zamzam yang ada everywhere. Kalau bulan puasa plus musim panas plus ribut pasir, memang lagilah teruji. Sewaktu tawaf, aku macam cuba untuk lebih menghampiri ke arah kaa'bah. Bila tawaf lebih menghampiri kaa'bah, keadaan agak sukar sebab orang berasak-asak. Expecially dekat area pintu kaa'bah dengan hajaratul aswad. Kat situ memang kena lajak jauh sikit sebab orang akan tolak-menolak secara kasar.

The magnificient kaabah. Tengok je dah dapat pahala.

Tuesday, November 11, 2014

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi 6.5 Hilang Jugak Seliparku

Assalamua'laikum...

...entry sebelumnya...

Setelah dah bermiqat, kitorang dibawa pulang untuk completekan umrah kedua. Kitorang balik ke hotel dulu untuk bersiap apa yang patut. Hajjah Ibu dan adik-adik aku dah pergi dulu dah. Aku macam biasa lone ranger. On the way ke Masjidil Haram, aku nampaklah ada sorang Pak Arab ni duk bergaduh dengan polis or DBKL versi Mekah, aku pun tak pasti. Gaya macam kena saman pak Arab nih. Tapi, dia punya amarah tuh macam apa je. Kalau gaya dia marah macam tuh kat Malaysia, memang dah bertumbuk dah aku rasa. Ala-ala macam orang bergaduh pasal bola. Tapi, yang aku respeknya, DBKL tu muka rilex jer. Kena maki dan kena marah, muka cool je tak ada perasaan. Orang Arab memang sangatlah hot tempered dan kasar. That's why Allah turunkan nabi akhir zaman dari kalangan orang Arab.

Thursday, November 6, 2014

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi 6.0 Ziarah Tempat Bersejarah

Assalamua'laikum..

...entry sebelumnya...

Seawal 2.30 pagi dah bangun untuk bersedia ke Masjidil Haram. Bangun memang awal tapi, nak melawan setan-setan bergayut kat mata memang susah. Duk dalam masjid pon boleh tersengguk-sengguk. Pagi tu masa sementara menunggu subuh, aku jumpa this one Indonesian lady. Dia duduk sebelah aku dalam masjid. Sempatlah aku berborak dengan dia. Kurang sikit mengantuk tuh.


Sunday, November 2, 2014

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi 5.8 Budak Si Delivery Air

Assalamua'laikum....

...entry sebelumnya...

Pernah tak korang pergi sembahyang terawikh kat memana surau atau masjid. Lepas tu imam baca lama ya ampun. Dengan keadaan panasnya. Orang ramai. Kipas pulak boleh kira dengan tangan. Sampai tahap dalam hati cakap kalau aku kaya, aku nak sponsor air-cond kat surau nih.Waktu berbuka pulak minum air sikit je. Tekak pon kering gila dahaga nak mampus. Dah macam korang pulak yang jadi imam sembahyang terawikh. Nak minum air pulak kena tunggu habis sembahyang terawikh untuk moreh. Kalau aku, perkara yang paling aku nak adalah, ada orang buat delivery air sirap sejuk ke tempat saf aku supaya aku dapat kembali khusyu' untuk beribadah. Chewahh gitu..


Saturday, October 18, 2014

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi 5.5 Perkara Rare Misteri Nusantara

Assalamua'laikum....

...entry sebelumnya...

Alhamdulillah settle umrah wajib lebih kurang pukul 3 pagi habaq hang. Because its near to the subuh time , so, we decide to stay at Masjidil Haram instead of going back to hotel. Kang balik hotel kang alamatnya memang terlajakla jawabnya. Bukan terlajak laris yer. So, sementara menunggu subuh kitorang heading to farmasi terdekat untuk cari certain things. Farmasi pun bukak 24 hours.

Wee hours pon orang berlembang lagi tak tidur. 24 hours dipenuhi dengan orang.

Thursday, September 25, 2014

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi 5.0 Mengharapkan Umrah yang Mabrur

Assalamua'laikum...

...entry sebelumnya...

Kitorang sampai di Mekah betul-betul tengah malam. Jadi, kitorang check-in hotel dululah. Letak barang semua. Di Mekah kitorang stay di Hotel Ajwad Ajyad of which dalam lingkungan 600-700 meter dari Masjidil Haram. Hotel ni agak old school dan lebih kecik dari Hotel di Madinah. Macam kat Madinah, kitorang stay satu family satu bilik tapi di Mekah maximum satu bilik 3 orang. Jadi, aku dengan adik aku si Kak Cik share bilik dengan Makcik Siti. Tapi, bilik parents aku depan bilik so selalu meloncat masuk bilik depan. Aku rasa Makcik Siti mesti serabut gila tengok kitorang duk keluar masuk bilik pegi bilik depan. Mana tak, lubuk makanan sudah semestinya bilik Hajjah Ibu.

Hotel Ajwad Ajyad *ihsan Google

Friday, June 6, 2014

Umrah Cheapskate Berkelass Tinggi : 0.5 Keberangkatan

Assalamua'laikum....


...entry sebelumnya...


Sebelum aku start dengan story pasal urusan keberangkatan kitorang sebelum ke sana, aku nak kongsi a few things pasal visa umrah. Dua perkara penting yang perlu diketahui berkenaan urusan visa iaitu mahram dan dokumen yang diperlukan. Dulu, visa umrah tak sestrict sekarang. In fact, dulu, kalau kita tak ada mahram siap boleh tumpang mahram orang lain lagi. Sekarang memang strict gila. Kalau tak ada mahram, jangan berangan nak pergi.

Sunday, June 1, 2014

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi : Persediaan Dalaman, Luaran dan Poket

Assalamua'laikum..

...entry sebelumnya...

For the current post, aku nak ceritala sikit persediaan awal sebelum ke tanah suci. Expecially for the first timer macam aku. Tak tahu apa nak expect. Kalau pergi holiday biasa, apa je kan persediaan nak buat. Ada tiket flight ada duit boleh jalan. Nak gamble pun boleh. But then, untuk umrah takkan la nak main redah macam nak gi holiday biasa kan. As for me, nasib baik Haji Abah dan Hajjah Ibu dah pernah pergi haji. So, sedikit sebanyak bolehla rujuk dengan diorang. Nak gi ibadah nih. So, below are few things that I have summarised sebagai preparations before pergi sebagai rujukan untuk menjadi manfaat bersama.

Saturday, May 3, 2014

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi : Introduction

Assalamua'laikum...

Aku baru jer balik dari menunaikan ibadah umrah. Alhamdulillah settle satu perkara wajib. Owh ye, aku mention wajib kan. Ye memang wajib. Bukan haji je wajib, umrah pun wajib ditunaikan sekali. Aku pun baru tau, ko ingat ko je baru tau. Selama nih duk ingat haji je wajib. Trip Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi berlangsung awal April ritu, lebih kurang 10 hari disertai oleh 50 orang jemaah yang semuanya aku kenali. Meh aku kasi teaser sikit gambo sebelum aku cerita lebih lanjut.

Satu cukuplah.. Nak tengok banyak lagi, kena tunggu post-post lainla.