Sunday, June 1, 2014

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi : Persediaan Dalaman, Luaran dan Poket

Assalamua'laikum..

...entry sebelumnya...

For the current post, aku nak ceritala sikit persediaan awal sebelum ke tanah suci. Expecially for the first timer macam aku. Tak tahu apa nak expect. Kalau pergi holiday biasa, apa je kan persediaan nak buat. Ada tiket flight ada duit boleh jalan. Nak gamble pun boleh. But then, untuk umrah takkan la nak main redah macam nak gi holiday biasa kan. As for me, nasib baik Haji Abah dan Hajjah Ibu dah pernah pergi haji. So, sedikit sebanyak bolehla rujuk dengan diorang. Nak gi ibadah nih. So, below are few things that I have summarised sebagai preparations before pergi sebagai rujukan untuk menjadi manfaat bersama.



PERSEDIAAN DALAMAN

Menurut bahasa persediaan dalaman adalah persedian selain dari luaran manakala menurut istilah adalah persediaan dari segi mental dan spiritual. Hambek kau, dah macam buku teks Pendidikan Islam dah siap ada maksud dari segi bahasa dan istilah. 

1. First and foremost, NIAT kena betul. Niat nak pergi buat ibadah. That is the primary one. Nak melawat dua kota suci Mekah dan Madinah, nak melawat dan menunaikan ibadah dalam rumah Allah, nak melihat sendiri kesan tinggalan sejarah Nabi Muhammad saw dan lain-lain yang berkaitan. Niat memang kena niat baik-baik yang tulus lagi murni sahaja. Jangan pulak korang niat nak gi usha Pak Arab hensem (Pak Arab memang ramai yang hensem ye kawan-kawan) ataupun nak shopping jubah lawa-lawa nak buat baju raya sebab tema tahun ni jubah. Ko ingat ni Bandung or Vietnam nak gi borong baju. Ataupun nak tunjuk kat akaun Travel Advisor yang ko dah penah pergi Mekah dan Madinah sebab nak banyakkan tagging tempat yang pernah dilawati. Memang nak kena tagging atas kepalala jawabnya. So, makesure niat-niat tak berapa nak elok tu di'neutralised'kan sebelum pergi.

2. Another thing is, DOA. Memang kena banyak-banyak doa. Jangan putus asa untuk berdoa. Walaupun memang dah konpem pergi, please keep on praying because we never know what will happend. Macam aku, tiket flight awal-awal lagi dah booking. Tapi, cuak kot takut apa-apa jadi. So, memang sentiasa doa semoga dapat pergi, dipermudahkan urusan di sana dan diberikan kesihatan untuk dipermudahkan buat urusan ibadah. Doa pulak jangan selfish sangat doa untuk diri sendiri je. Doa jugak untuk ahli keluarga yang pergi together-gether dan all the jemaah yang akan pergi bersama. In my case, sebab kenal semua and we were the incharge so memang doa untuk the whole jemaahla. Kita tak tahu what will happend in the future so what we can do is keep praying. Walaupun tiket dah beli, mungkin last minute accident ke tak dapat pergi. Ataupun kita okey jer, tapi tetiba mahram kita pulak tak dapat pergi.Of coursela dengan kita-kita sekali tak dapat pergi. Other possibility is seminggu sebelum pergi, visa tak approve ataupun macam ada kes-kes terpencil aku tengok kat facebook pasal hari sepatutnya berangkat, tetiba travel agent lesap dengan duit-duit sekali. Nauzubillah, mintak dijauhkanlah perkara-perkara sedemikian. Macam yang baru nih kes wabak Messr dengan banjir teruk di Mekah kan. So, all the bad things, kena doalah so that tidak berlaku sebelum, semasa atau selepas kita balik.

3. SELAWAT ni nak kena praktis sebelum pergi lagi. Duduk sesaja instead of berangan or tengah jalan-jalan duk terkutuk orang dalam hati, baik berzikir or selawat. Memula memang susah gila nak buat. Ko  selawat atau pun zikir 2, 3 kali, dandan time jugak baru ingat barang letak kat mana. Ataupun baru selawat 2, 3 kali terdistract dengan menda-menda lain. So, basically memang kita senang gila terdistract dengan menda-menda lagho. Kalau fikir-fikirkan balik, kadang-kadang kalau kita tengah berjalan, memang tak buat apa-apa pun. Fikiran menerawang ataupun tengah usha facebook or twitter tak pun tengah stalk instagram orang lain. Banyak je masa lapang sebenarnya. Zikir ni macam clorox untuk penyucian jiwa. Chewah. Jangan plak lepas nih gi minum clorox sebelum pegi umrah sebab nak buat penyucian jiwa. Sebab korang kena ingat something, bila kat tanah suci, seboleh-bolehnya kita isi masa kita dengan ibadah dan nak pahala. So, the easiest thing is berzikir. Kalau kat sana baru nak start buat payohla sikit. Bayangkan baru start duk berzikir, ternampak orang macam lain sikit, terdetik menda-menda negatif. Kan tak elok tuh. Kat sana dahla memang macam-macam jenis orang ada. Sebabnya bila kat sana seboleh-bolehnya menda-menda negatif tuh nak buang. Ujian memang banyak. So, memang kena banyak bersabar. Bila kena uji, salah satu cara untuk bersabar dan nak face the ujian adalah beristighfar. Kalau dah dari awal tak biasa, kena uji dah keluar sumpah-seranah dalam hati. Eleh, macam tak biasa kalau tengah-tengah drive tiba-tiba ada kereta masuk tak kasi signal. Bukan takat berasap kepala, mulut pun dah keluar segala macam mak nenek punya perkataan. Sengih-sengih tu, betulla tuh.

Aku teringat Hajjah Ibu pernah cerita, waktu sebelum arwah Tokki Aji aku meninggal. Dia pernah pesan kat Hajjah Ibu, setiap pernafasan ataupun udara yang sedut, sebut 'Allahu' dalam hati. Dengar macam senang, mak aih, memang susah gila nak capai sampai takat tu. Ibarat every second and every oxygen that we suck, we  remember Allah. Nak sebut Bismillah bila makan pun susah kan. Ingat-ingat lupa. 

4. Dosa berlambak dok?? Konpem berlambak kan. Kalau ada buku 3 5 tuh konpem berapa kotak dah. Silap-silap dah berapa kontena dah. I was advised before pergi untuk banyakkan buat SEMBAHYANG sunat taubat. Mintak ampun banyak-banyak atas segala dosa yang pernah dibuat. Kan banyak orang kabo dekat Mekah ni tuhan kasi cash. Wallahualamla. Tapi, taknakla benda-benda tak elok berlaku. Jadi, kena banyakkan sembahyang taubat moga-moga Allah ampunkan dosa kita. Sembahyang ni juga termasuk solat sunat lain. Macam solat sunat rawatib, hajat dan istikharah. To those yang tak tahu bolehlah cari buku ataupun belajar dengan member-member yang tahu macam mana nak sembahyang sunat. Sambil-sambil sembahyang tu, bolehla mintak doa semoga dipermudahkan perjalanan ibadah di sana.

5. Kat sini aku nak tekankan, jauhilah sifat Haji Bakhil dengan cara SEDEQAH. Sedeqah tak semestinya guna duit jer. There are a lot of other forms or methods of sedeqah. Yang paling simple is senyum. Jangan pulak pegi gatal gelenya pergi senyum kat semua orang yang korang jumpa. Silap-silap orang ingat ko tak sihat. Masa kat sana, sangat-sangat membuka minda aku bila mana cara-cara bersedeqah tidak hanya limit kepada pemberian duit tetapi sangat besar scopenya. Contohnya, masa dalam masjid di Mekah, orang beli gula-gula dan beri kepada orang-orang di dalam masjid. So, for those yang sangat sengkek, duit nak pergi umrah pun duk berkira-kira cukup ke idak, sedeqah gula-gula kepada budak-budak adalah cara yang paling senang nak bersedeqah. Berapa senlah sangat kalau takat gula-gula Hacks tuh. Dengan cara itu mungkin rezeki kita makin murah and boleh sedeqah something yang harga lebih besar dan dicukupkan duit untuk menunaikan umrah. 

Kitorang adik-beradik selalu ditekankan dengan percaya dengan janji Allah bahawasanya satu kita bagi, Allah akan bagi balik 10. Kalau based on accounting perspective, rate of return dah bukan 100% dah tapi 1000%. Untung kot for those yang truly believe. Tapi, makesure ikhlaskan hati and no doubt at all when you're giving. Bak kata Haji Abah, kalau kita ragu-ragu memberi, dahlah pahala tak dapat, duit pun berkurang. Jangan pulak limit korang punya perspective hanya kepada orang yang susah mintak sedeqah. Kalau nak tunggu orang mintak sedeqah, payohlah. Open up your eyes, and you'll we see banyak je orang yang susah sekeliling. Makcik Cleaner, Pak Guard tak pun Mat Piun dekat ofis tuh, memanglah bergaji tapi sikit kot. Entah-entah duit gaji pun cukup-cukup makan in fact tak cukup pun expecially those yang berkeluarga.

6. ILMU. Niat dah betul, amalan-amalan sunat dah banyak buat, doa dan sedeqah pun banyak. Maka, soalan yang perlu ditanya kepada diri sendiri adalah ilmu dah cukup nak pergi umrah? Rukun umrah, wajib umrah dah tahu beza? Saie, tawaf tu tau ke apa? Muzdalifah dengan Multazam tu sama ke kan? Nak tawaf ni nak ikut pusingan jam ke lawan jam? I bet some of us still can't answer all this questions. Jangan gelak pulak dengan soalan-soalan yang aku utarakan ni. Mungkin banyak lagi soalan-soalan pelik dan kelakar bagi orang yang berpengetahuan dan bagi orang yang tak tahu, tak kelakar pun sebab memang tak tahu. Ibarat orang yang tak tahu, tanya sembahyang subuh tu waktu petang ke pagi? Aku punya perumpamaan macam tak berapa sesuai. Jadi, abaikan. So, bila macam-macam benda tak tahu, jadi kena belajar. Baca, Belajar dan Faham.

Di sini aku nak suggestkan baca satu buku iaitu 'Travelog Haji' tulisan Prof Haji Kamil, pensyarah UiTM. Buku ni memang sangatlah bagus. Its a good book to start with. Buku ni tidak terlalu ilmiah tetapi cukup informatif tentang pengalaman Prof Kamil masa menunaikan haji. Walaupun haji dengan umrah macam lain kan tapi its about the same. Macam aku, selain pada belajar agama dulu-dulu pasal haji dan umrah yang tak berapa nak amik port sangat pun, this is the first book yang aku baca dan menimbulkan minat untuk aku belajar lagi pasal umrah sebelum aku pergi. Bila aku baca buku nilah baru aku tahu yang waktu dalam ihram tak boleh pegang kain kaabah. Korang pun tak tahu kan?? Kena belajar lagi. Tak semestinya bila nak pergi baru nak beli dan baca. Now pun, korang boleh baca. Even, boleh kasi as a gift to parents ke sedara-mara ke or sahabat kacip. Dok kacip pun buleh jugok.



Belajar pulak jangan belajar dari buku je. Kena pergi attend kelas. Take note kursus-kursus umrah yang disediakan oleh travel agent masing-masing. For us, travel agent kitorang buat kelas sekali sahaja which is a few days before berangkat ke Tanah Suci. Tapi, cukup informatif. Pejabat Hajjah Ibu ada jugak panggil Ustaz luar untuk beri ceramah sebagai persediaan. Apa yang aku boleh cakap, memang tak cukup kalau setakat attend dua kali kelas sahaja. Alhamdulillah, aku manage to join kursus haji yang dibuat every weekends di Masjid Besar Kuantan untuk bakal-bakal jemaah haji. A lot of things belajar which is tak ada dalam buku. So, for those yang planning nak pergi, bolehla join mana-mana kursus haji dan join kursus umrah oleh travel-travel agent. In fact, boleh join secara free walaupun tak pergi dengan that particular travel agent yang organised the kursus.

Setakat, pergi sekali dua kali tak payah nak bajet ilmu penuh di dada dah. Ada a friend of Haji Abah used to be Haji Abah's collegue back in the 90's, kitorang jumpa waktu join kursus haji. Beliau tengah tunggu panggilan haji. Gigih gila attend kursus. Menurut beliau, tahun ni dah tahun keempat dah beliau attend kursus haji. Kitorang dengar terkejut gila. Aku rasa kalau aku setahun attend kursus lepas tu tak pergi dah, tunggu dapat panggilan baru gigih attend kursus balik. Siap Ustaz yang mengajar tuh dah kenal sangat dah makcik tuh. See how different people who is very keen to learn even I bet dia memang dah khatam dah pasal haji. Moga-moga this year beliau dapat panggilan jadi tetamu Allah.

7. Banyakkan baca AL-QURAN. For those yang Quran pun tak berapa nak lancar, do not worry. Tak semestinya nak pandai dan lancar Quran dulu baru nak pergi Umrah. We can actually take initiative start belajar slow-slow dengan orang sekeliling kita yang pandai kalau segan nak gi belajar dengan ustaz sebab dah tua bangka. Age is nothing. There's no limit in belajar. Aku suka nak cakap pasal Prof Haji Kamil. Beliau tak pandai baca Quran pun waktu pergi haji tapi beliau belajar dengan adik beliau and berjaya khatam waktu di sana. Nak tahu cerita pasal Prof Haji Kamil dengan lebih lanjut, kena belilah buku dia. Sepatut aku kena dapat komisyen tolong promote buku dia nih.


PERSEDIAAN LUARAN

1. Nak pack baju apa nih? Nak bawak berapa helai? Among the things yang pening waktu nak packing ke sana. PAKAIAN sangatlah penting memandangkan kita nak buat ibadat, so, we need to wear proper clothes. Evaluate your wardrobe apa yang perlu bawak. Basically, waktu kat sana, routine kita banyak berulang-alik ke masjid. So, most of the time pakai kain sembahyang sahaja. So, bawakla telekong dalam 2 helai. Kain tak perlu bawak pun tak apa sebab kita pakai stoking most of the time. Kalau nak bawak pun, satu dah cukup. 

Baju boleh bawa jubah atau baju kurung dalam 4-5 helai. Macam aku, bawak dalam 3 helai sahaja sebab kat sana basuh sendiri. Lagi satu orang Malaysia ni famous for semangat untuk bershopping. Aku konpem nanti kat sana duk membeli jubah lagi. So, tak payah nak memberatkan beg bawak banyak-banyak baju. Dobi ade jugak kat sana kalau taknak basuh. So, no worries. Banyakkan bawak stoking dan mungkin beberapa pasang handsocks. Tudung jangan tertinggal pulak. Nak tudung lilit, bawak tudung lilit, yang nak tudung sauk bawak tudung sauk. Tudung bawal, bawak tudung bawal. Jangan tersilap bawak tudung saji sudah. Tapi, toksohla gi bawak tudung Fareeda. Jangok sangat nak gi buat ibadah. Tudung tak pakai sangat cuma waktu ziarah jelah.

Among other things are slippers or shoes. Selipar jepun dan aku tak dapat dipisahkan. So, aku bawak selipar jepun dan satu lagi selipar. Hilang satu selipar, selipar jepun menjadi penyelamat seperti Ultraman menyelamatkan Jepun. So, basically bawaklah 2 pasang selipar. Kalau tak pun, boleh beli je kat sana. No worries. Barang-barang basic lain boleh fikirkan sendiri. For guys, jangan lupa bawak kain ihram. Kalau tak nak berat beg, beli je kat sana. Berlambak-lambak jual.

2. MAKLUMAT PENERBANGAN. Do alert on your flight schedule and any information relating to your trip and make necessary arrangement on that. Kalau yang kerja, apply cuti awal-awal. Kalau yang masih belajar di universiti dan sekolah buat surat pelepasan. Kadang-kadang, pihak universiti akan mintak official letter dari travel agent sebagai bukti yang menunjukkan yang betul-betul pergi. In fact kadang-kadang mintak flight ticket as a prove. So, boleh request je dari travel agent untuk prepare surat nih. 

Yang berkerja should be no problem, as long as cuti ada, insyaallah jalan. Bebudak yang masih belajar ni yang problem. Adik aku, si Kak Cik apply pelepasan dari kelas seminggu dari Fakulti dia dan diorang suruh defer belajar ke next semester sebab kelas akan tertinggal almost 2 weeks. Gila ke apa nak defer satu sem kan. Tapi, dia dah buat arrangement dan mintak permission dengan all the lecturers dan semua dah selamat kasi green light. Kalau lecturer dah kasi green light tu, jangan lupa pulak bawak balik souvenirs untuk diorang.

3. UBAT-UBATAN. This is essential item to put in your luggage. Memandangkan cuaca sangatlah lain dari negara kita. Jadi kenalah bersiap siaga dengan segala macam stok ubat untuk di bawa ke sana takut terkejut dengan cuaca dan sakit. Antara ubat-ubatan yang boleh dipertimbangkan untuk dibawa adalah ubat selesema, batuk, demam, cirit-birit, antibiotik, migrain dan ubat-ubat yang berkaitan bagi yang those ada specific penyakit yang memerlukan makan ubat sentiasa. Haji Abah dengan Hajjah Ibu bawak stok ubat macam dah boleh bukak farmasi dah kat sana.

For those yang tak biasa travel atau berjalan jauh, jangan lupa bawak ubat sapu for crack heel in case tapak kaki pecah sebab most of the time kita berkaki ayam masa buat ibadah dan tak pakai kasut-kasut yang selesa seperti berjalan atas bantal. Kalau untuk perempuan mungkin boleh pakai stoking yang tebal-tebal ataupun berlapi-lapis stoking untuk keselesaan waktu nak beribadat. Jangan di lupa juga bawak lip balm or Vaseline sebab cuaca kat sana panas dan bibir akan kering. Seboleh-bolehnya, cuba elakkan beli lip balm yang ade fragrance sebab bila dalam ihram tak boleh berwangi-wangian.

Sebelum aku terlupa, just makesure bawak Strepsils ataupun any sore throat lozenges. Waktu kat sana tekak akan kering. Kalau musim yang berdebu, angin kencang lagila senang sakit tekak dan batuk. Kalau boleh bawak je banyak untuk stok and kalau tak habis boleh sedeqah dekat orang dalam masjid. Macam aku, bawak sekotak, ngam-ngam habis waktu balik.

4. PERIOD. I bet this is the most concern of all women before going there. Sape tak sedih kalau dah susah payah sampai kat sana tetiba tak boleh sembahyang. Sebelum aku pergi, which was 3 or 4 months before, aku dah take note aku punya waktu period which was by right fall right on the date aku kat sana. So, dalam kepala dah fikir dah pasal nak ambik ubat tahan period. Ubat ni basically boleh dapatkan di klinik or farmasi. Tak silap quite expensive jugak. So, aku inform Hajjah Ibu pasal niat aku. But then, Hajjah Ibu kata, "Tak payahlah ambik ubat-ubat nih. Doa je dengan tuhan. Insyaallah okey waktu gi sana." Berpegang kepada kata-kata Hajjah Ibu, before pergi tu, aku gigihlah doa dengan yakin bahawa insyaallah waktu kat sana tak period. Alhamdulillah, period aku, ganjak makin  ke depan- ke depan which was quite unusual I would say dan dengan jayanya kat sana aku boleh sembahyang dan menunaikan ibadah umrah.

Yang paling tak boleh blahnya, tetiba right before pergi, Hajjah Ibu cakap nak pergi ambik ubat kat klinik untuk stop period. Aku dalam hati, " What??? Haritu yeye je Hajjah Ibu cakap suruh doa." But then because of her conditions yang period tak menentu plus with istihadah (darah penyakit), preventions and precautions are better than regret. Tapi, even kalau dah prepare macam mana sekali pun, kalau Allah dah tentukan buat macam mana pun tak jadi. What happend to one of our jemaah adalah siap dah cucuk sebelum pergi tapi kat sana still period jugak and siap ambik ubat lagi. Nak dekat balik baru boleh sembahyang.

So, my advice is take note on korang punya period cycle whether it will fall during the duration of your trip or not. If yes, doa,doa,doa dan doa banyak-banyak supaya tak period waktu di sana. So, for those yang period tak menentu expecially Makcik-Makcik and Auntie-Auntie yang dah 50s, tak ada salahnya ambik ubat. And do preparelah ubat just in case kat sana dia buat surprise pulak datang period. Tak silap aku, ada jugak ayat-ayat amalan untuk hentikan period. But I'm not sure and can't really remember. So, boleh rujuk dengan Ustazah, cari dalam buku or tanya jer Pakcik Google.

5. For those yang stamina tak berapa nak okey, perlulah persediaan dari segi LATIHAN FIZIKAL. Take note that di sana banyak ibadah yang memerlukan ketahanan stamina. Antaranya tawaf dan saie yang paling mencabar. Saie ulang-alik tujuh kali tak silap dalam 3km rasanya. Belum campur jarak nak ulang-alik ke hotel lagi kalau hotel jauh. Dan diingatkan juga, kudrat pun kena kuat untuk menempuh perebutan nak masuk kawasan Rawdah dan Hijr Ismail tidak dilupakan Hajarul Aswad. Aku ingat berebut bas UiTM dulu dah hardcore dah, ini lagi dua tiga kali hardcore dari berebut bas UiTM. Kang tak pasal-pasal belum apa-apa dah semput tak larat, balik hotel berehat. Dah melepas pahala nak beribadat dalam masjid. Yang muda-mudi ni aku tak risau sangat tapi yang sudah melepasi era muda-mudi ni yang aku risau. Almaklumlah, orang melayu kita sangat tidak sinonim dengan bersenam bila umur dah semakin menginjak. Jauhlah beza dengan orang Korea yang bila dah tua, isi masa lapang dengan pergi hiking. Bapakla sihat aktiviti berjimba sesama sahabat handai.
Dipinjam dari www.nirazu.com

6. Dari segi dalaman aku dah mention pasal doa. Luaran pon aku nak ulang pasal DOA. Masing-masing mesti ada sejuta perkara yang nak dihajatkan. Kalau dah sejuta hajatnya, aku guarantee tak ingat semua. Jadi, sebelum pergi buat list apa antara doa' yang nak diminta. Kat sana banyak tempat mustajab doa. Kadang-kadang, kita tak tahu nak doa apa. Jadi, rujuk-rujuklah buku doa dan compile doa apa yang kita nak mintak. Kalau boleh hafal lagi bagus. Kalau tak hafal pun tak apa. Baca bahasa melayu pun boleh. Lagi satu, kalau orang kirimkan doa untuk mintak kita tolong doakan, kalau sorang dua insyaallah boleh ingat tapi, kalau dah 20 orang tak ingat punyalah. So, compile sekali dengan doa'-doa yang kita nak mintak.

These are basically persediaan-persediaan dari segi dalaman dan luaran yang terlintas dalam kepala hotak aku yang boleh dipraktikkan supaya lebih bersedia bila dijemput jadi tetamu ke sana.

BAJET UMRAH DIY DALAM POKET SECARA CHEAPSKATE

It's time for me to tell about the budget so anyone yang nak buat umrah secara cheapskate bolehlah roughly refer sebagai persediaan nak buat bajet. Basically, the cost is divided into three :

i) Flight Tickets
Selalunya, yang membezakan harga pakej umrah adalah harga flight ticket. Memandangkan Pak Tony dengan baik hati memperkenalkan penerbangan ke Jeddah. So, it helps a lot for those yang plan to travel secara cheapskate. In fact, bila Airasia perkenalkan flight ke Jeddah MAS punya bisnes affected jugaklah. Nanti, aku cerita lagi pasal nih dekat post lain.

Secara kebetulan, hajat untuk membuat trip secara cheapskate dipermudahkan lagi apabila Pak Tony buat sales untuk trip ke Jeddah. So, dah tengok date semua, maka date dipersetujui awal April iaitu right after cuti sekolah. Among our group, price ticket punya range adalah within RM1500-RM1800. Basically, the price varies sebab kitorang booking sendiri, jadi booking tiket kitorang boleh personalised ikut keperluan masing-masing. Dah nama pun naik AirAsia kan. So, the price depends on kalau nak duk dekat Hot Seat, berapa kali nak in-flight meals and luggage nak berapa kilo.

Memandangkan kitorang satu family dah biasa buat trip in beg tarik style, so, luggage waktu pergi just ambik 15kg jer just untuk letak liquid stuff dan makanan. Baju semua kitorang letak dalam beg tarik untuk hand carry dan beg galas. Balik barula ambik banyak sikit luggage. Selalunya, kalau pergi dengan travel agent, standard luggage pergi balik 30kg. waktu pergi mungkin tak ada masalah tapi waktu balikla sebab orang Malaysia selalunya banyak sangat shoppingnya sampai 30kg tak cukup.Untuk in-flight meals waktu pergi, kitorang ambik 2 kali sebab long hours punya flight tapi waktu balik sekali je ambik. So, basically untuk flight tickets kosnya adalah around RM1600.

ii) Ground  Cost (charge by the travel agent)
Bila dah secure flight tickets, makanya, bolehlah kumpul duit sikit-sikit. Seperti yang aku dah maklumkan dalam post yang sebelum ni pasal faktor-faktor yang mempengaruhi harga ground cost, rujuk di sini, kitorang di"charge" cuma RM1800. Basically, it can be lower and it can be higher. So, harga ditetapkan berdasarkan jumlah jemaah yang kitorang bawak which are 50 orang, ngam-ngam satu bas, hotel di Madinah yang jaraknya 300 meter, hotel di Mekah yang jaraknya 650 meter, tiada mutawwif yang follow dari Kuala Lumpur tapi family aku pulak yang jadi mutawwif tak bertauliah dan last but not least kitorang tak ambil pakej sekali dengan makanan. Kalau ambik pakej sekali dengan makanan kena tambah extra lagi RM200. Reason being tak ambil makanan sekali sebab berdasarkan pengalaman Haji Abah dan Hajjah Ibu waktu haji dulu, susah nak arrange waktu ibadat dengan waktu makan yang disediakan hotel. Travel agent dah tetapkan waktu makan di sekian-sekian waktu, tapi kadang-kadang kita tak rasa nak makan lagi dan nak stay di masjid , tapi purposely have to go back to hotel sebab takut tak sempat makan. 

The good thing is bila makan sendiri nih, makan boleh ikut suka kita bila nak makan dan ikut selera masing-masing. Kadang-kadang even travel agent dah sedia makanan, jemaah spent jugak duit untuk makan luar sebab tak lalu dengan makanan yang disediakan. So, memang jimatlah. Tapi, it depends jugak. Kalau yang jenis makan banyak dan tiga kali sehari makan nasi mungkin will end up makan sendiri lebih mahal. So, ikut masing-masing. Macam kitorang satu family memang jimat gila. Pulak tuh illegally bawak rice cooker dalam hotel untuk masak nasi. So, kadang-kadang just beli lauk jer. Harga makanan kat sana memang mahal which are around 15-25 riyal. Tapi, portion besar gila kot. Boleh share 2 atau 3 orang. Harga ni jugak termasuk urusan visa umrah. Tetapi kena bear in mind, ini tak termasuk tips kepada pemandu bas atau pekerja-pekerja di sana. Sebab kat sana, everything nak cepat kena kasi tips. Kalau tidak, memang diorang buat bodoh jer.

iii) Duit Poket
Untuk duit poket depends on masing-masing. Kalau nak banyak shopping bawakla lebih sikit. Even makanan disediakan oleh travel agent, just spare some money untuk makan luar jugak sebab confirm akan terliur dengan makanan yang dijual tepi-tepi jalan bila balik ke hotel. Spare jugak some money for prepaid and top up. Tak payahlah nak roaming telefon Malaysia sebab mahal kot. Just beli sim card sana lebih murah kalau nak call Malaysia. Untuk yang nak pakai data plan, harga 55 riyal untuk sebulan. Memandangkan pergi secara cheapskate, kena standby jugak some money untuk tips. Sebab kalau pergi full package dengan travel agent, selalunya urusan pembayaran tips nih semua travel agent uruskan. Benda ni agak rare sebab negara kita tak amalkan konsep bagi tips nih. Tapi kat sana, kalau nak cepat sesuatu urusan memang kena bagi tips sebab gaji pekerja-pekerja di sana memang ciput jer. So, diorang hidup dengan duit-duit tips yang diberi. In case ade certain place yang tak di cover dalam package, tapi korang rasa nak pergi, spare some money. Kadang-kadang, mutawwif boleh tolong arrange untuk bawa tapi charge some amount lah.

So, roughly cost incurred before the umrah trip was RM3400. Alhamdulillah murah gila kot. Sekarang average pakej umrah adalah lingkungan RM5000-RM7000. Kalau VIP punya boleh cecah RM8000 atau lebih. Sebab dapat jimatkan duit, bolehlah spend more on duit poket ke sana. Even travel agent kitorang pun amazed sebab dapat buat dengan harga semurah itu. So, those yang nak buat umrah secara cheapskate kena paham betul-betul sebab there's a risk in doing so. Untuk buat umrah secara cheapskate, tiket kapal terbang dibeli awal dan ade potensi kos pembelian tiket kapal terbang boleh burn macam tu je kalau visa umrah tak diluluskan. So, my advice is ambiklah travel agent yang dah established. Sebab untuk buat visa umrah, hanya certain travel agent sahaja yang kerajaan saudi iktiraf. Kalau travel agent yang kecik-kecik nih diorang akan suruh travel agent yang diiktiraf buatkan visa. So, kalau ade 1000 kuota, travel agent diiktiraf ni akan utamakan jemaah mereka sendiri dan jemaah dari travel agent lain yang mintak tolong diorang hanya yang selebihnya. Sebab tu kadang-kadang sampai tahap the whole jemaah tak lepas visa umrah.

Sesungguhnya aku bukanlah seorang ustazah tetapi manusia biasa yang masih sengal dan lagho yang cuba berkongsi secubit ilmu yang aku ada. No intentions to be proud or whatsoever sikap-sikap mazmumah. The intentions is just to share. Persediaan-persediaan yang aku list dekat atas adalah sedikit sebanyak berdasarkan pengalaman sebagai first timer yang pergi umrah. Moga-moga those yang first timer, yang masih blur-blur pasal nak buat apa sebelum pergi dapatlah rough idea what are the things that need to be prepared. Yang tak first timer pun moga-moga bermanfaat juga. Harap-harap those yang membaca yang tak pernah pergi, ataupun pernah pergi, dijemput sebagai VIP guest oleh Allah. Doakan aku dengan keluarga aku jugak dapat pergi lagi. Aminn. Puhh kanan puhh kiri.

Astalavista. Wassalam.

No comments:

Post a Comment