Monday, July 7, 2014

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi : 2.5 Sembahyang Jumaat Pertama Seumur Hidup

Assalamua'laikum...

...entry sebelumnya...

Selepas selamat menunaikan subuh secara berjemaah dengan sedikit huru-hara dengan kehadiran sujud sejadah, kami sepatutnya gather depan entrance perkarangan masjid sebelum dibawa untuk ziarah dalaman masjid. So, sebelum berkumpul, Hajjah Ibu menuju ke toilet dengan adik-adik aku. Aku yang tiada hajat untuk membuat pelaburan jangka pendek mahupun jangka panjang cuma menunggu di perkarangan masjid sambil menikmati suasana pagi dengan keindahan langit selepas subuh. Cuaca pagi tu sangatlah baik dengan keadaan yang tidak panas tetapi agak sejuk.

Depan entrance ke toilet. Jangan tak tahu ade escalator okeh nak pergi ke toilet.

Satu perkara yang aku perasan di Madinah adalah langitnya blank which is tiada sekelompok awan pun yang ada. Memandangkan aku nih a fan of awan nano, agak amazedlah dengan perkara nih sebab tak pernah lagi aku tengok tempat yang tak ada awan kecuali bila aku berada dalam bangunan atau rumah. Pemerhatian aku, ramai jugak jemaah-jemaah dari Malaysia dan Indonesia pagi tuh. Aku yang berseorangan ralit menangkap gambar masjid disapa oleh jemaah Indonesia, "Can you please take a picture of us?" Aku pun membalas, "Tangkap gambar?" "Owh, melayu?"jemaah Indonesia tu tanya."Of courselah melayu, tak nampak ke muka authentic melayu habis," jawab dalam hati. Aku mampu gelak dalam hati jelah perasan sorang-sorang, bajet diorang ingat aku nih orang Arab. Padahal tak tahu entah-entah diorang ingat aku dari Pakistan or India. Mungkin diorang terkeliru memandangkan aku pakai kain sembahyang berwarna hitam, warna yang sinonim dengan orang Arab.

Warna langit kebiruan di waktu Subuh.

Matahari dah start nak memacak dah.

Diorang selesai urusan pelaburan, tangkaplah gambar sekeping dua (baca puluh-puluh keping). Pergi ke tempat yang dijanjikan untuk berkumpul. Ramai jugak ahli jemaah kitorang yang sedang menunggu. Ada pulak yang tak dapat dikesan. Setelah menunggu beberapa ketika, kelibat Ustaz Mat pun tak nampak. So, we decide untuk bersurai dan buat aktiviti bebas. Ada yang pergi bershopping. Ada yang balik ke bilik berehat memandangkan penat travel semalam pun tak habis lagi. Aku rasa cool gila jemaah kitorang sebab masing-masing tak kisah pun dan tak ada perasaan marah pun even program tak berjalan seperti dalam itenarary. Pada pandangan aku, normal reaction adalah jemaah marah sebab mutawwif tak muncul seperti dijanjikan dan program terpaksa di'cancel'. Tapi, it totally opposite with what I expected.

Ade gaya penjaga pintu masjid tak?? 

Rupa-rupanya Ustaz Mat dan beberapa jemaah lain tidur di bilik dan tak sedarkan diri setelah bawa jemaah lelaki ke Raudhah semalam. Yelah just imagine, kitorang balik dari Raudhah pun dah pukul 1 dan masih ada lagi beberapa kelompok yang tak masuk lagi ke raudhah. Tak tahulah pukul berapa jemaah lelaki pulak ziarah ke Raudhah. Balik ke hotel konon untuk take a nap sebelum masuk subuh boleh bertukar kepada tidur tanpa sedar sebab keletihan dan tak cukup tidur. Nasib Haji Abah tak pergi sebab tak sedar. Terlalu penat ditambah pulak Haji Abah yang ada masalah belakang terpaksa duduk di kerusi co-pilot di tangga bas yang tak boleh adjust. Cuma boleh duduk menegak. Lagilah perlukan rest yang cukup.

Jadi, kitorang pun heading to kedai runcit yang berada betul-betul selepas keluar dari perkarangan masjid. Belilah roti ala-ala roti pita, cheese spread dan tidak dilupakan all time favourite jus mangga untuk breakfast. Simple je breakfast tapi cukup menyelerakan. Sampai sekarang aku masih terliur lagi roti pita letak cheese spread dan letak madu. Memang terbaik dari ladang. Mungkin kalau sesape ke sana boleh cuba. Aku guarantee dah makan konpem nak lagi. Memandangkan tak ada sebarang aktiviti, jadi kitorang balik ke hotel untuk breakfast dan berehat.

Dah puas rest, kitorang bergerak awal ke masjid untuk sembahyang jumaat. Excited jugaklah memandangkan this is my first time sepanjang hidup nak pergi sembahyang jumaat. Even aku rasa kitorang dah datang awal, still end up duduk di area simen betul-betul depan tirai yang memisahkan antara belah lelaki dan perempuan. Orang masyaallah dah ramai gila. The khutbah was conducted in Arab of course. But then, ada certain part yang imam mention pasal Syria dan Palestin if I can recall correctly. So, aku assume its about doakan umat islam yang ditindas di seluruh dunia.

Excited us nak pergi sembahyang jumaat.

Ramai yang berehat di perkarangan masjid. Rilex je brader ni baring takde lapik apa-apa pun.

Women's Prayer Area. 

One thing about sembahyang di sini adalah setiap kali lepas solat fardhu, lepas imam beri salam, imam tak akan conduct doa. So, doalah sendiri-sendiri. Lepas sembahyang kalau ada yang doa, diorang akan doa. Kalau nak sembahyang sunat boleh sembahyang sunat. Waktu kat sana boleh dikatakan setiap waktu solat ada sembahyang jenazah. Kiranya sentiasa ada orang mati. Untung gila kot dapat mati disembahyangkan kat sana. Manusia ramai giler sembahyangkan. Kitorang kat sanalah baru belajar sembahyang jenazah. Selama ni tak pernah hayat buat sembahyang jenazah. So, basically sembahyang jenazah ni tak ada rakaat. Cuma ada 4 kali takbir dan diikuti dengan salam. Rukuk, Sujud apa jadah semua tak ada. Untuk bacaan, korang boleh study sendirilah.

Semua orang mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah sebelum masuk waktu zohor.

Senyum sikit makcik, masuk blog nih muka makcik.

Selesai je sembahyang jumaat, kitorang wander around untuk shopping. Kononnya, orang kata kalau nak shopping better shopping siap-siap di Madinah so that bila kat Mekah boleh concentrate buat ibadah. Lagi satu orang kata dekat Madinah lagi murah compare to Mekah. Apa yang aku boleh katakan it depends. Nanti aku story pasal shopping. Masa kitorang dalam masjid, aku dengan adik aku perasan ada this one whole group of jemaah wanita mungkin dari Iraq atau Iran masuk ke dalam masjid dengan memakai kain warna hijau di leher sebagai tanda untuk seluruh jemaah diorang. Muka diorang memang ganas. Takut jugaklah tengok muka diorang dengan tanda hijau di muka seperti tatoo. Umur diorang lingkungan 60-an ke 70-an. Bila diorang masuk je masjid, sorang-sorang bergilir mencium tiang masjid sambil mulut terkumat-kamit seperti berdoa. Ade sesetengahnya menangis. Bila dah masuk, diorang menuju pulak rak Al-Quran depan sekali dalam masjid. Al-quran diambil kemudian dicium secara bergilir-gilir. Lepas tu, diorang keluar dari masjid. Memang kitorang heran giler tengok senario tuh.

Quran ni dijual diluar masjid untuk diwaqafkan di masjid.

Longgokan jubah-jubah. Jubah macam ni boleh dapat lingkungan 25-40 riyal.

Harga jubah varies mengikut kualiti. Boleh dapat semurah 20 riyal up to 400 riyal depends on quality. Yang aku perasan, jubah yang orang Malaysia pakai boleh dikatakan biasa-biasa saje. Tengok arab-arab kat sana, jubah memang cantik gila. Yang tengah 'in-thing' waktu kitorang kat sana adalah jubah double umbrella. Memang kembang boleh buat dress and of course it is cheaper. Kalau nak beli jubah yang cantik-cantik aku sarankan better beli di Madinah. Sempatlah  shopping jubah untuk raya. One thing yang best, boleh bawak balik bilik try dan return balik in case nak tukar size atau design.

Banyak sangat jubah jadi rambang mata.

After we put all our shopping stuff, we straightly heading to the mosque back and of course we managed to secure the place at the carpeted area. Untuk pengetahuan korang, kebanyakan pekerja-pekerja yang mencuci dan membersihkan kawasan wanita adalah orang Indonesia. Dan diorang ni memang tak henti-henti buat kerja. Gaji diorang ni sangatlah sikit. Tapi just imagine pahala yang diorang dapat untuk cuci dalam masjid. Berkali-kali ganda kot. Tapi apa yang aku boleh cakap orang Indon ni memang rajin. Looking at how hard work they put in doing their job. Memang patut pun kerajaan Arab ambik diorang sebagai pekerja. So, kalau berada di sana dan nak bersedeqah its better to give sedeqah to those pekerja-pekerja yang mencuci masjid dari kasi kepada peminta-peminta sedeqah di luar masjid. Sebabnya peminta sedeqah di luar masjid ni mostly sindiket.

Pekerja-pekerja Indonesia sibuk mengemop lantai memandangkan keadaan masjid pun dah lengang sedikit.

Everybody spending their own time in the masjid.

Oleh sebab pagi tu, ziarah dalaman masjid tak dapat dibuat, jadi, ditangguhkan ke lepas Asar. Kitorang anok-beranok pun keluarlah menuju ke perkuburan baqi'. Waktu nak ke sana, tengok Ustaz Mat dan a few other jemaah dah heading back dah. Katanya, tak sempat nak masuk perkuburan baqi'. Perkuburan baqi' dibuka selepas subuh dan selepas asar sahaja. So, lepas sembahyang jenazah, jenazah akan terus dibawa ke perkuburan untuk dikebumikan. Jarak dengan Masjid Nabawi memang sangatlah dekat of which sebelah je. FYI, wanita memang tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan perkuburan. Aku punya assumption adalah sebab perempuan kan emosional sikit. Takut meraung-raung meratapi si mati. Kebanyakan sahabat dikebumikan di sini jugak. Apa yang lainnya perkuburan ni adalah tiada batu nisan untuk menandakan kubur sapa yang ditanam kat sana. Even all the sahabat pun kerajaan Arab Saudi dah tak buat tanda dah untuk kubur-kubur diorang yang ditanam d situ memandangkan banyak berlaku unsur-unsur khurafat dan syirik dekat kubur-kubur sahabat yang dilawati. So, kitorang just lalu jer.

Straight jer terus nampak perkuburan baqi'.

Disebalik pagar itu adalah perkuburan baqi' yang kuburnya tidak bertanda.

Hajjah Ibu sebagai tourist guide kitorang bawak pusing belah luar masjid. Besar giler kot. The other side of the mosque baru jelas kelihatan kubah hijau yang mana malam sebelumnya aku nampak dari dalam masjid masa menunggu sebelum masuk ke Raudhah. Exactly below the kubah hijau adalah maqam Nabi Muhammad s.a.w. Kitorang pun lalu pintu Babussalam yang mana pintu ni adalah pintu masuk yang kalau masuk straight boleh tuju ke maqam Rasulullah. Tapi, kitorang tak boleh masuklah sebab kawasan lelaki. Matahari agak terik dan kitorang boleh tengok ramai jemaah lelaki berehat di perkarangan masjid.

Matahari nampak besar gila as the sun is setting.

Nilah gaya orang tak pandai selfie. Abaikan lubang hidung. The focus should be kubah hijau Masjid Nabawi.

Straight je dari pintu Babussalam nih akan lalu maqam Rasulullah.


As we were heading back to tempat solat wanita, tiba-tiba payung-payung di kawasan dataran tertutup. Terpegun kejap. Payung yang besar gedabak tu tertutup dan jadilah ia tiang yang tak expect pun tiang tu adalah payung gergasi. Memang amazed gila dengan orang yang reka dan jadi architect this place. Kitorang heading to toilet untuk buang apa yang patut dan ambik air sembahyang untuk prepare for Maghrib. Toilet aku rasa memang tak cukup lagi pulak peak hours orang nak sembahyang maghrib. Dapatlah tengok adegan orang ketuk-ketuk pintu toilet macam nak pecah pintu bila orang dalam toilet lambat keluar. Kalau nak buang air besar memang sangat tak aman damai. Tapi, kesian jugaklah tengok muka makcik-makcik tua yang ketuk pintu toilet. Yelah, orang tua-tua mana boleh tahan lama-lama. Memang bergegarlah pintu toilet dibuatnya.




Dalam masjid, sentiasa ada askar-askar wanita everywhere yang tutup litup nampak mata jer. So, bila sembahyang dah nak start, diorang akan menyelit masuk dalam saf untuk sembahyang berjemaah sama. Bila salam jer, diorang akan bangun dan resume kerja diorang untuk jaga dalam masjid. Masa waktu sembahyang Maghrib, sebelah Hajjah Ibu, sorang askar ni menyelit untuk sembahyang. Bila dah imam beri salam, sebelum dia bangun untuk sambung kerja dia, dia cuit Hajjah Ibu dan tunjuk dekat beg silang yang ada tulis Malizia sambil tunjuk thumps up. Jemaah-jemaah Malaysia adalah antara yang senang di'handle' dan sangat sabar dan mendengar kata. Diorang memang suka dengan jemaah-jemaah dari Malaysia, Indonesia dan nusantara yang lain sebab very discipline.

Nampak buku warna hijau? There are actually Al-Quran in braille.

Bendera dan tulisan Malaysia di beg sandang travel agent yang ditunjuk askar sambil buat thumbs up.

Selepas Isyak, kitorang bercadang untuk ke Raudhah memandangkan Hajjah Ibu tak berpeluang pergi semalam. So, seperti biasa, selepas je Isyak, bising gila. "Ziarah..Ziarah.. Hajjah..Hajjah Ziarah," sambil suruh jemaah lain beredar dari kawasan bersimen. Andaian kitorang hari sebelumnya salah. Rupa-rupanya, ziarah yang dijeritkan oleh askar-askar ini adalah ziarah ke raudhah. Kitorang pun pergi ke askar yang memegang sepanduk yang tertulis "Bahasa Melayu'. Seperti biasa, untuk ke Raudhah, jemaah akan dibahagikan mengikut region. Sebenarnya ada bagusnya jugak diorang bahagikan ikut region macam tu sebabnya kalaulah semua bercampur-aduk, memang sadis jemaah dari nusantara yang sopan santun akan ditolak dan diterjah dengan kasarnya oleh jemaah dari negara lain yang khususnya dari Arab.

Dipendekkan cerita, kali ni laluan kitorang ke raudhah agak sukar memandangkan tak ada pengiring. We are independent and relying on each other. Tahap kesukaran waktu tak tergambar dengan kata-kata. Seperti malam yang sebelumnya, makam Nabi s.a.w. dan sahabat Baginda, Saidina Umardan Saidina Abu Bakar ditutup dengan tirai putih. So, memang tak boleh access untuk tengok dari luar. "Hajjah masuk! Hajjah masuk!" panggil askar-askar tu bila dah tiba giliran kitorang nak masuk. Tapi, walaupun dah tiba giliran jemaah-jemaah nusantara untuk masuk, kitorang still agak sukar untuk masuk memandangkan jemaah-jemaah arab yang ada dalam kawasan raudhah masih tak nak keluar.

Bila ada ruang untuk bersolat, terus solat. Hajjah Ibu depan aku berjaya dapat ruang untuk solat. Adik-adik aku memang aku dah tak nampak dalam keadaan orang yang sangat padat. Hajjah Ibu berjaya solat. Aku pulak masih mencari-cari ruang untuk solat. Malangnya, waktu Hajjah Ibu tengah sujud, segerombolan Arab dari kiri menuju keluar. One thing waktu di Raudhah, ko tengah sembahyang ke ko tengah berdoa' ke memang diorang tak kesah. Mereka akan redah sahaja. Hajjah Ibu yang tengah sujud dilangkau, ada yang pijak dan ada jugak yang menyepak sebab diorang nak keluar dari Raudhah. Aku yang ada kat situ macam tak boleh nak buat apa-apa. Macam sedih gila tengok Hajjah Ibu yang tengah bersembahyang diperlakukan begitu. Aku gerak ke depan sikit dan dapat secure place untuk sembahyang.

Waktu kat Raudhah disarankan untuk kita lakukan solat sunat 2 rakaat iaitu solat sunat mutlak. Niatnya, " Sahaja aku solat sunat 2 rakaat kerana Allah Taa'la." Seperti yang dimaklumkan, solat ni merangkum segala solat iaitu solat hajat, taubat, istikharah dan solat-solat sunat yang lain. Kiranya, waktu di raudhah kita buat solat sunat mutlak dan mintalah dengan Allah apa-apa. It is advisable to perform this solat memandangkan waktu di raudhah sangat singkat dan memang tak sempatlah nak perform 2, 3 jenis solat.

Alhamdulillah manage to sembahyang dan doa' yang tak henti. Bila keluar, adik-adik aku tak keluar lagi. Aku dengan Hajjah Ibu tunggu sekejap. Hajjah Ibu dah start sakit kepala dah bila keluar dari Raudhah. Mana taknya teruk gila kot kena. Adik-adik aku muncul dengan masing-masing mata dah memerah. Si Kak De cerita dia manage secure place dalam Raudhah tanpa diganggu oleh sesiapa. Dia sembahyang bawah tempat muazzin azan. Tempat tu biasanya dikhaskan untuk jemaah yang berkerusi roda. Tapi, waktu kitorang pergi tuh, jemaah berkerusi belum ada lagi. So, kesimpulan yang aku dapat adalah cuba cari tempat yang bukan kawasan untuk orang keluar selepas bersolat di Raudhah. Sekian saja. Astalavista. Wassalam.

Od

No comments:

Post a Comment