Tuesday, June 24, 2014

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi : 2.0 Subuh di Nabawi

Assalamua'laikum...

...entry sebelumnya...

Friday morning in Madinah.Setelah balik dari Raudhah pukul 1 pagi. 2.30 pagi Hajjah Ibu dah kejut kitorang untuk ke Masjid untuk sembahyang subuh. Giler betul 1 jam setengah je tido. Eventhough it is super early, macam senangla jugak aku bangun pagi tuh compare to selalunya akan keep snooze handphone. Reason being pegi awal adalah supaya dapatlah qiamullail sebelum masuk subuh. Tapi, tak tahulah mampu atau tidak dalam keadaan mamai tak cukup tido.

Entrance terdekat dari hotel. Pintu No 25. Straight terus masuk entrance perempuan.


Perkarangan masjid yang masih lengang. Payung pun tak bukak lagi.

Masa menuju ke masjid, jalan lengang. Keadaan berbeza. Suasana berbeza. Tak ada peniaga-peniaga yang memenuhi ruang jalan menuju ke Masjid. Kalau ada pun, tengah tido berselimut disamping barangan jualan masing-masing. Payung masjid pun masih belum dibuka. Bila masuk je masjid, aku ingat kitorang yang terawal sampai. Yelah pukul 3 pagi kot. Tapi masih ada yang lebih awal. Tapi, still tak ramai. First time sejak semalam aku nampak tempat berkarpet luas terbentang tanpa dipenuhi manusia. Dah masuk, cari port tepi tiang supaya dapat bersandar. Niat iktiqaf pun tak dilupakan. Kalau aku tido pun tak rugi, pahala on going sebab dah niat iktiqaf. Sembahyang, baca quran dengan tido tersenguk-sengguk berselang-seli. Mana tak tersengguk, tido tak sampai dua jam. Belum campur keletihan travel semalam lagi.


Kalau fikirkan malam tu malam jumaat, memang rugi jugaklah duk tersengguk-sengguk atau bak kata cikgu BM aku time sekolah dulu menyudu. Tapi, nak buat camno. Nasib tak tertido dalam sembahyang je. Bila masa menghampiri subuh, orang makin lama makin ramai. Memandangkan aku dulu sekolah asrama, hari Jumaat waktu Subuh yang selalu huru-hara belah pompuan. Sebabnya  tiap kali subuh hari Jumaat mesti imam baca surah As-sajadah dan seterusnya buat sujud sejadah. Dalam kepala memang dah mindset dah, "Rini hari Jumaat, jangan lupa sujud sejadah. Ingat!!! Ingat!! Jangan lupa!!"

Azan subuh pun berkumandang. Aku paling suka kalau aku dapat dengar part 'Assolatu khoirun minannaum tuh.' Macam menusuk kalbu. Almaklumlah, subuh jarang-jarang sedo awal. Dapat pulak dengar azan Masjid Nabawi lagilah. Alhamdulillah dapat nikmat macam ni. Kepada yang tak tahu, kat sini subuh, diorang akan azan dua kali. Sekali untuk kejutkan orang, sekali lagi azan masuk waktu. Memula pelik gak. Tapi, teringat pernah baca pasal menda nih dalam novel pasal student di negara timur tengah.



Bila masuk jer waktu subuh, orang makin lama makin ramai. Penuh gakla. Hari minggu kan, orang pakat sembahyang subuh kat masjid. Bila imam start subuh jer, aku dah alert dah tengok imam baca surah apa. Dah habis baca al-fatihah jer, imam baca jer "Alif Lam Mim," dalam hati, "Konpem As-Sajadah." Alert. Alert part ayat untuk sujud tuh. Sampai je part tuh, imam pun angkat takbir, "Allahuakbar." Orang depan aku semua rukuk, aku pun rukuk jugak. "Ya Allah, ape ke bongok sangat Dianah weh. Padahal bukan tak tahu sepatutnya kena sujud sejadah," dalam hati aku. Nampak tak, dah lama tak perform subuh berjemaah on Friday sampai teragak-agak. Dah tersalah tuh, aku pun terus perform sujud sejadah. Yang tak tahan tu, makcik-makcik arab keliling aku semua tak sujud kecuali Hajjah Ibu dengan orang sebelah dia. Adik-adik aku pun 2x5 dengan aku. Imam dah beri salam, aku pun turun buat sujud sahwi.

Sorang arab yang duk sebelah Hajjah Ibu cakap kat Hajjah Ibu,"Nasib baik ada U, orang muda. Orang-orang tua depan ni pun semua tak buat sujud sejadah." Conversation of coursela bukan dalam bahasa melayu. Well, menda nih pun selalu berlaku dalam kehidupan harian kita.Walaupun kita tahu apa yang kita buat tu betul, tapi kita tend to follow majority around us yang salah. Kesimpulannya, be confident on what u're doing if you believe and you know you are right. Reminder kepada diri sendiri jugak.

Btw, di Arab Saudi, subuh diorang tak ada baca qunut. Aku pun wonder why. Alhamdulillah subuh pertama di bumi Madinah. Aku sambung lagi story Umrah Cheapskate 2.5 on my next post. Jangan lupa sujud sejadah kalau sembahyang subuh berjemaah di surau atau masjid pada hari Jumaat sebab selalunya imam akan baca sujud sejadah.

I've just realised the two coloured of the sky later as I was too busy taking pictures without realising the spectacular view of the sky. Somemore dekat Madinah plak tuh.

Astalavista. Wassalam.

Od

No comments:

Post a Comment