Sunday, December 7, 2014

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi 8.0 Umrah Terakhir dan Kisah Batu Hitam

Assalamua'laikum...

...entry sebelumnya...

Ya ampun, lama giler aku nak habiskan entry pasal umrah nih. Banyak lagi post yang duk peram lagi. Whatever it is, Untuk hari ke-8, aku boleh katakan hari paling special untuk aku di Mekah. Kitorang masih ada 2 hari lagi sebelum balik ke tanah air. Tapi, it is the last umrah that we'll perform. Alhamdulillah, kitorang adik-beradik manage to complete all 4 umrahs that has been arranged for us. Basically, 1 umrah jer yang wajib, 3 lagi sunat. So, ikut masing-masinglah ke idak yang lagi 3 tuh. Macam kitorang, yang julung-julung kali datang, of courselah nak buat semua.

Dari dalam Masjidilharam boleh nampak menara jam Zamzam Tower. Struktur binaan zaman Uthmaniyah ini bakal diruntuhkan untuk projek pembasaran. Too bad. Macam sayang jer sebab sangat cantik.


Pagi tu selepas subuh, kitorang bersiap untuk bermiqat for our last umrah. Makcik Siti, roommate kitorang demam, so, just stay di bilik sahaja. Nasib ada ubat-ubat yang Hajjah Ibu dan Haji Abah bawak. Sebelum dibawa ke miqat, kitorang dibawa ke ladang unta. The real ladang unta dengan ladang unta dalam bayangan aku, totally different. Aku bayangkan ladang unta ni macam a proper ladang macam ladang lembu or ladang kambing. Tetapi, sebenarnya ladang unta dia adalah kawasan padang pasir di tepi highway yang dijadikan tempat sebagai pembelaan unta. Aku tak pasti memang ladang unta betul ataupun semata dijadikan for tourism purposes. 

Unta ni posing pulak aku nak tangkap gambar.

Dekat ladang unta tu, ada dijual susu unta dan juga air kencing unta. Yes, you're not reading it wrongly. Its air kencing unta. Air kencing ni diorang cakap boleh buat ubat. Tapi, last resortlah bila dah semua cara dah cuba untuk cari ikhtiar nak ubati penyakit sebabnya perlu diingatkan air kencing tu najis.Susu unta ni plak memang fresh dari ladang. Jadi, ia bukan susu yang telah dipasteurkan (betul ke aku eja ni?). Susu unta ni dijual dengan harga 5 Riyal dan dikatakan bagus untuk menyucikan dan membersihkan badan dari segala penyakit. So, kalau nak minum tu, minumla malam-malam. Kang minum sebelum tawaf kang, sibuk nak ke toilet pulak tengah tawaf.

Sharing is caring.

Air kencing dan susu unta for sale.

Selepas kitorang balik Malaysia, kecoh pasal wabak Mers yang kononnya dikatakan berpunca dari unta. Nasib kitorang punya jemaah alhamdulillah semua balik sihat walafiat. Then, kitorang dibawa ke miqat Hudaibiyah yang terletak 20km dari kota Mekah. Miqat nitak proper sangat dan masjid dia kecik jer. Basically, inilah yang menjadi tempat perjanjian Hudaibiyah iaitu perjanjian antara umat islam dari Madinah dengan kaum musyrikin Mekah. The original masjid Hudaibiyah dah tak ada cuma ada bekas tinggalan masjid yang berada di belakang masjid sedia ada.

Struktur binaan asal Masjid Hudaibiyah yang masih tinggal.

Brother ni kawan Ustaz Mat menjual kekacang dan madu Yaman diluar Masjid Hudaibiyah. Madu Yaman dia jual dengan 50 Riyal jer. Aku amazed dengan kekacang yang dibiarkan terbuka. Tak masuk angin pulak. Kata Haji Abah sebab cuaca dia panas kering sebab tu kacang-kacang nih tak masuk angin atau bahasa ganu dok liut.

Then, dibawa pulang ke Masjidil haram untuk selesaikan umrah ke-4. Hajjah Ibu tak buat dah umrah kali ini memandangkan keadaan istihadah yang semakin teruk. Jadi, kitorang 3 beradik jelah yang perform umrah kali ni. Sepanjang 7 hari di Madinah dan Mekah, aku susah giler nak menitiskan air mata. Bapoklah keras hatinya. Tapi, kali ni, air mata berjujuran tanpa henti. Sayu giler. Mungkin juga sebab hari ni aku pakai contact lense yang menyebabkan penglihatan lebih jelas. Sebelum ni, aku tak perasan pon dekat kain hitam kaabah tuh ada tulisan, hari ni baru aku perasan. Di setiap pusingan tawaf aku berdoa sendiri. Buku doa' aku dah simpan dalam beg dah. Macam-macam doa' aku mintak. Yang penting untuk Haji Abah dan Hajjah Ibu dan juga adik-beradik aku yang lain. 

Sebelum hari ni, aku tak perasan pun detailing di kain kiswah kaa'bah yang warna hitam tuh. Aku ingat its just plain black kain. Rupa-rupanya tak. Nampak tak petak-petak hitam di kain kaabah tuh. Tak silap aku ada tulisan Allah di kain itu.

Aku jakun giler bila tengok cara diorang bersihkan kain kaa'bah. Tak pernah terfikir pon yang diorang kena bersihkan. Aku duk bayang setahun sekali dia tukar. Tu jelah.

Bukan senang nak dapat datang sini. Doa tuh dah berkajang-kajang kertas A4 dah. Sembahyang sunat tawaf pun memang khusyu' giler. Walaupon hari agak panas terik, tetapi macam tak terasa pon kepanasan tuh. Dah selesai urusan tawaf, kitorang menuju ke tempat saie'. Kali ni, kitorang try ke tempat saie di tingkat 2. Kat tingkat 2 ni orang tak seramai macam orang saie' di tingkat bawah. Tiap kali saie' memang menguji giler. Tumit takyah cakap memang dah sakit giler. 

Pemandangan di Bukit Safa dari atas. Dekat Safa, kerajaan Arab Saudi dah pagar sebab sebelum ni ada kes orang mati sebab jatuh masa panjat. 

Selesai saie' dan bercukur kitorang masuk ke masjidilharam. Sementara menunggu zohor, kitorang tiga-tiga bantai tidur penat punya pasal. Yang penting, sunah ye kawan-kawan tidur sebelum zohor. Walaupun dapat tidur sekejap je tapi memang rasa fresh gila. Dah sembahyang zohor, aku ajak adik-adik aku ke Hijir Ismail. Hajjah Ibu yang semangat nak Hijir tapi kali ni Hajjah Ibu tak adalah pulak. Even dah pakat together-gether macam biasa, aku terpisah dari adik-adik aku. diorang dua orang memang partner. Lalu di kawasan batu hitam, masyaallah ramai giler.

Itu adalah pancur emas. Bawah tu adalah salah satu tempat mustajab doa'.

Nak masuk ke Hijir pon boleh tahan ramai jugak. Tipulah kalau aku kata tak ada tolak-menolak untuk masuk ke Hijir. Tapi, aku rasa still consider ok compare to Raudhah. Raudhah lagi hardcore kot. Dapatlah aku ruang yang kecik untuk aku bersembahyang. Tapi, aku hanya mampu ruku' sahaja. Sujud memang tak lepas. Jadi, aku sembahyang sambil berdiri. Memang tak ada ruang untuk sujud. Aku selesai sembahyang, aku pun keluar taknaklah berlama-lama kat Hijir memandangkan ramai lagi yang nak masuk. Sebelum aku keluar tuh, ada seorang lelaki arab, dia tanya aku, "Are you done?" Aku pun angguk. Then, dia kata macam nak ambik alih tempat aku tulah untuk isteri. dia. The best part is, waktu isteri dia sembahyang, dia jadikan badan dia sebagai shield atau perisai dari dirempuh dan dilanggar oleh orang lain. Sumpah, aku rasa sweet giler. Demi isteri dia nak sembahyang dengan aman damai ditempat yang sangat sesak, dia sanggup jadi perisai.

Lampu disekeliling Hijir.

Waktu aku on the way keluar tuh, aku nampak sekumpulan mamat Arab baru masuk ke Hijir. Ya Allah. Handsome giler. Walaupun berjambang tapi nampak smart giler. Dalam hati, aku ni nak beribadah, sempat lagi tuh. Teringat pulak cerita seorang mamat dari UAE yang tidak dibenarkan masuk ke Arab Saudi sebab terlalu handsome. Tak tahulah kalau Nabi Yusof macam mana tahap kekacakannya.

Selesai ke Hijir, kelibat adik-adik aku pon tak kelihatan. Jadi, aku buat keputusan nak pusing satu round kaabah dengan jarak yang lebih hampir. sambil-sambil boleh usha orang di area batu hitam, Hajaratul Aswad. Waktu pusing tuh, aku dapat tengok ramai yang teresak-esak menangis sambil memegang kain kiswah kaabah. Bila menghampiri Hajaratulaswad, macam biasa orang sangat ramai. Aku mampu mengerling dari jauh je. Tak terlintas pun nak ke sana memandangkan semalam aku dapat witness kejadian orang direntap ke belakang masa nak ke hajaratul aswad.

Orang ramai giler dekat pintu kaabah. Tempat camni memang di conquer oleh kaum adam.

Aku passed-by pintu kaabah. Orang pun boleh tahan ramai jugak. Sebelah pintu kaabah tu berdiri seorang askar yang menjaga dan mengawal manusia terutama di kawasan hajaratul aswad. Dari situ aku nampak ada sekumpulan wanita nak ke hajaratul aswad dari arah depan askar itu. Dalam hati aku, mungkin ini rezeki Allah nak kasi untuk ke batu hitam. Mungkin boleh cuba. Tapi, kalau sampai menyakitkan orang lain, aku akan berpatah balik. Handphone Hajjah Ibu aku simpan dalam sling bag. Risau jugak kalau terjatuh memang alamatnya sadaqallahulazimla jawabnya. Silap-silap aku boleh dipijak orang kalau aku cuba ambik dilantai. Jari-jemari aku genggam dan aku letakkan tangan aku di dada sebagai protection.

Aku tak nak tolak menolak dan mengasak orang lain. I just go with the flow. Kebanyakan dari arah aku semua wanita. Ada juga beberapa lelaki yang cuba menyelit dari arah kitorang tapi dihalau oleh askar yang menjaga di tepi batu hitam. Alhamdulillah, bukan senang nak dapat peluang kaum wanita untuk ke kawasan batu hitam. Selalunya, untuk ke batu hitam, segenap sudut di conquer oleh kaum lelaki. Walaupun aku bergerak dikalangan kaum wanita, aku seperti tenggelam dalam lautan manusia. Nak dibandingkan saiz aku dan saiz mereka memang jauh beza.

Sedang aku mengikut aliran manusia ke arah batu hitam, aku nampak ada dua wanita dari Indonesia sedang menuju keluar melawan arus orang yang nak ke batu hitam. Sorang masih muda dan seorang lagi warga emas. Aku rasa lagi tua dari Opah. Pergh, hebat giler dapat lepas ke HajaratulAswad dalam kesesakan orang macam tuh. Kalau nenek tua tuh boleh, takkan aku tak boleh. Aku dah half way through ke batu hitam. Aku memang tak mengasak orang lain tapi cuma go with the flow. Aku bergerak bila orang di depan bergerak dan orang di belakang menolak. Dikelilingi oleh minah-minah Arab yang saiznya tiga kali ganda lebih besar dari aku, hampir buat aku putus asa.

Tangan diorang sambil menolak siap mendepa-depakan untuk menarik-narik kawan sorang lagi. Tangan pulak atas muka aku pulak tuh sampai tahap aku susah nak bernafas dan mengganggu penglihatan aku. Terpaksa aku menepis tangan diorang. Kalau tak, aku rasa boleh sesak nafas kat situ. Tetiba aku dengar suara seorang wanita dari arah batu hitam, "I want to go out!!!" Dalam hati aku, macam tu pon boleh. As hard as it seems to go to the hajaratulaswad, I would say going out is the hardest part. Keadaan sesak macam tuh, aku tak boleh berfikir doa specific yang aku nak mintak.

Mulut aku memang dah terkumat-kamit baca doa yang terlintas di fikiran sepanjang perjalanan ke batu hitam. Beberapa langkah lagi untuk sampai ke batu hitam. Aku macam percaya tak percaya. Like seriously. Betul ke ni. Semakin hampir, semakin kuat tolakan dan asakan dari sekeliling. Sebelum aku, ada seorang wanita India. Dua tiga kali dia mencium Hajaratulaswad. Macam tak percaya aku betul-betul berdepan dengan batu hitam. Di depan batu hitam, dua atau tiga langkah memang tiada orang memandangkan asakan dari semua arah.

Selesai giliran wanita india tadi, kini, giliran aku. Aku masukkan muka ke dalam Hajaratulaswad. Sumpah, aku tak ingat apa yang aku doakan. Keadaan terlalu hectic sebelumnya. Aku tak perlu menjengket atau menunduk untuk masukkan muka. Ketinggiannya ngam-ngam dengan ketinggian aku. Sebelum ni, masa aku usha dari jauh keadaan di kawasan batu hitam, semua yang mencium perlu tunduk untuk memasukkan muka ke situ. Aku masukkan muka seketika, sebab aku taknaklah menjadi selfish. Beratus-ratus orang di belakang aku sedang berasak-asak menunggu giliran.

Aku pusing ke belakang untuk keluar. There's no way out. Tiba-tiba, ada seorang lelaki Pakistan di sebelah aku, dia suruh masuk lagi ke hajaratulaswad. Aku ambik peluang ni untuk mencium batu hitam memandangkan kali pertama aku tak sempat mencium sebab terlalu blur tak tahu nak buat apa. Aku cium. Sejuk. Permukaan seperti batu marmar. Selesai aku mencium, aku sedia untuk keluar. Lelaki yang sama yang menyuruh aku mencium batu hitam tadi berkata kepada aku," Go again. Or take a picture or whatever u want." I was like ,"What??" Giler ke apa nak tangkap gambar. Mahu kena maki, kalau orang duk sibuk nak pergi ke batu hitam, aku pulak tangkap gambar. Lagipun, I wouldn't take a risk taking pictures. Dapat masukkan kepala dan cium dua kali pon aku dah cukup bersyukur dah. Dan aku tak se selfish itu untuk tangkap gambar.

Aku berdiri menghadap ratusan manusia sedang berasak-asak untuk mencium hajaratulaswad. Tapi, keadaan aku macam ditekan butang 'pause' sedangkan manusia di depan aku sedang bertarung nak dapat peluang ke batu hitam. Aku rasa macam masa berhenti beberapa saat. Seriously, aku tak tahu macam mana aku nak keluar. Like, there's no way out. Like everybody is heading towards me. Maka, aku kuatkan suara, dan menjerit seperti wanita tadi, " I want to go out!" Ada sedikit laluan untuk aku keluar.

Tapi, seriously macam bertarung nyawa. Aku rasa aku ni dah macam roti sardin kena henyak, kena tolak. Aku guna semua kudrat aku untuk melawan arus untuk keluar. Pernafasan aku waktu tuh dah tersekat-sekat. Keadaan aku masa tu ibarat seorang kanak-kanak kecik, yang dikelilingi oleh orang dewasa yang bertubuh besar dan cuba untuk keluar. Aku tak tahu macam mana aku nak terangkan keadaan waktu tuh, Aku nak bernafas pun susah giler. Sangat-sangat claustrophobic. Baru aku tahu perasaan orang yang claustrophobic, sesat nafas takyah cakaplah. Dalam hati aku dah berdoa', mudahkanlah aku untuk keluar, janganlah jadi perkara tak diingini.



Alhamdulillah, aku berjaya keluar dengan selamat. Aku ke tempat yang kitorang berjanji untuk berjumpa. Diorang pun pelik cari aku, sebab diorang nampak aku keluar awal dari Hijir Ismail sedangkan diorang berlama-lama di Hijir. Aku katalah aku ke batu hitam, Kemudian, kitorang balik ke hotel untuk lunch dan berehat sebelum Asar. Bila balik, baru terasa satu badan aku sakit. Sebelum Asar, aku nak mandi dulu memandangkan badan aku dah basah lencun berpeluh masa berebut nak ke batu hitam, then I figure out that aku period.

Sepanjang aku di bilik, aku spent time tengok channel nih. Live dari Masjidilharam.

Ya Allah, bersyukur giler sempat complete the 4 umrah, sempat ke Hijir dan Hajaratulaswad walaupun tak sempat untuk sembahyang Jumaat esoknya. Aku cuma berdoa' mendapat umrah yang mabrur. Jadi, aku cuma berehat dan berada di bilik sahaja. Rezeki aku di Tanah Haram. Masing-masing ada rezeki masing-masing. Mungkin rezeki korang lebih lagi. Astalavista. Wassalam.


Od 

No comments:

Post a Comment