Monday, December 22, 2014

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi 9.0 Jejak Kasih di Tanah Haram

Assalamua'laikum...

...entry sebelumnya...

Pagi ni kitorang ada temujanji dengan Haji Roni. Aku pun tak pasti apa exact pertalian darah Haji Roni ni dengan Hajjah Ibu. Tapi, yang pasti Haji Roni ni samaada sepupu atau sedara-mara dekat dengan arwah Tokki Aji yang dah menetap lebih 40 tahun di Mekah. Waktu musim haji tahun 2010, Haji Abah dengan Hajjah Ibu sempat jumpa dengan Haji Roni dan isterinya. Even diorang pernah datang ke Kuantan, masa diorang balik Malaysia. Kali ni, Hajjah Ibu tak expect pulak nak jumpa sebab number semua dah hilang.



Tapi, a few days before kitorang ada taklimat dengan Ustaz Pin, one of experts pasal haji wakil dari travel agent kitorang berkenaan tawaf selamat tinggal. Malam tu ada sekali Ustaz Mat, Hazim dengan anak buah dia. So, Hajjah Ibu saje try tanya Ustaz Mat kenal tak Haji Roni sebab biasanya orang-orang melayu ni diorang kenal sesama diorang. And the best part is that Ustaz Mat cakap Asar tadi baru je sembahyang sebelah Haji Roni dekat masjid area umah diorang. Ustaz Mat nak tolong contact, tapi Hajjah Ibu cakap, takyahlah sebab tak bawak apa-apa buah tangan. Yelah, tak plan kan, One thing about orang Kelantan nih, nak pergi umah orang, budaya diorang kena bawak buah tangan. Dan satu lagi, kalau orang Kelantan, kalau tuan rumah tahu yang kita datang tempat dia tapi tak jumpa, kecik hati mereka.

So, what happen is, tiba-tiba semalam dapat call dari nombor yang tak dikenali. Masa tuh everyone ada dekat masjid. It happend that the one who called is Haji Roni. Aku yang tak berapa reti cakap Kelantan pon end up cakap Kelantan dengan Haji Roni. Sepatutnya, kitorang berjumpa semalam selepas isyak tapi dipostpone ke pagi ni. Selepas subuh kitorang berjanji untuk jumpa di luar Masjidil Haram. Aku bayangkan Haji Roni ni dah tua giler but tidaklah seperti aku jangka. Dia taklah kelihatan tua walaupon bertongkat. Dengan jubah dan kasut loafers balik dari subuh. Smart betul Haji Roni pergi sembahyang subuh. Compare dengan kitorang, selipar jepun jer kot.

Haji Roni with Haji Abah and Hajjah Ibu. Muka pon adalah sikit-sikit gaya arwah Tokki Aji.

Kemudian, kitorang satu family diajak untuk breakfast di Restoran D'Saji kepunyaan Felda. Almost 9 hari dekat Arab Saudi, this is first time kitorang breakfast luar plus dapat makan makanan Malaysia. Biasa kitorang breakfast roti pita dengan cheese spread dengan madu jer. D'Saji ni terletak di Bangunan Safwa kat tingkat 2. Basically makanan memang makanan Malaysialah. Bila sampai kat situ dapat lihat ramai orang Malaysia. Orang Malaysia mana boleh tahan lama-lama tak makan makanan Malaysia. Haji Roni belanja kitorang makan roti canai dan teh tarik. Haji Abah pulak order jugak nasi lemak. Nasi Lemak dia ya ampun!!!! Besar giler portion. Dah macam nak makan tiga orang. Harga 12 Riyal satu.

Cakap pasal nasi lemak D'Saji nih teringat pulak story boss Hajjah Ibu yang part of jemaah kitorang gak. Kan portion nasi lemak besar giler. So, diorang satu family makan tak habis. So, set asidelah nasi yang diorang tak habis tuh kat tepi. Tapi, tak ada intention pun nak tapau bawak balik. So, later, the cleaning worker kemas meja makan.Cam biasalah buang sisa-sisa makanan atas meja. Entah macam mana entah, dia boleh nampak pekerja tuh set aside tepi makanan yang tak habis yang dia tinggal atas meja tuh untuk dimakan later. Sampai camtu sekali weh siap ambik sisa-sisa makanan orang lain. Haji Roni ada cerita yang dulu foreign worker yang kerja cuci-cuci nih gaji dulu 1000 lebih. But then, gaji diorang sekarang 300 lebih je sebulan sebab kerajaan Arab Saudi nak pakai ramai pekerja. Buat aku realise, kita ni rilex je membazir makanan macam tak bersyukur sedangkan there's other people yang susah giler nak dapat makan.

Nasi lemak portion 3 orang. Kalau dapat habiskan sorang memang hebatlah. Kalah perut stoking aku.

Macam-macam cerita Haji Roni share over the breakfast. Dia dah datang ke Mekah since umur dia 12 tahun. Sebab malas belajar waktu tu ikut tok guru pondok dia pergi Mekah naik kapal. Dulu kan berbulan-bulan belayar kalau nak gi Mekah. So, waktu atas kapal antara tugas dia adalah mengaut najis-najis orang atas kapal. Yang tak tahan tuh, kaut dengan bare hands. Nak kaut najis sendiri bare hands pon belum tentu sanggup, nikan pulak najis orang. Sebab waktu tu dia muda lagi, tok guru dia tak kasi stay sana. So, bila umur dia 25 tahun, dia datang balik ke Mekah dan terus stay sana.

Haji Roni ni pernah kerja part time dengan Tabung Haji waktu musim haji. 2 tahun pernah jadi driver kepada one of the imam Masjidilharam. Currently, imam Masjidilharam ada 5 orang. Diorang ni katanya taraf menteri. Tapi, gaji 8 ribu riyal je sebulan. Bulan puasa gaji diorang double. Rumah, kereta dan driver semua kerajaan provide untuk diorang. Macam-macamlah lagi dia share. Antaranya dia suruh amal Allahuqadr 41 kali tiap-tiap hari. Katanya, orang melayu ni sangat sinonim dengan penyakit jantung, so kalau amal insyaallah tak ada masalah jantung. Pertemuan kitorang tak berakhir di situ, Haji Roni jemput pulak ke rumah dia malam ni untuk dinner selepas tahu yang kitorang makan sendiri.

Restoran D'Saji di food court bangunan Safwah Tingkat 2. 

Selesai breakfast kitorang balik ke hotel. Aku tergerak nak check facebook. Nasib Hajjah Ibu beli simcard with data plan dengan harga 55 Riyal. Untuk pengetahuan, kalau beli local sim, untuk topup di Mekah better beli di money changer dari beli di kedai runcit sebab money changer tak ada extra charge whereas kedai runcit diorang charge extra 5 riyal. Kebetulan ada message dari Haslin, my ex-colleague time kat audit. Both of us pun dah get away from audit and since then tak pernah jumpa. And here we were and the sacred land of Mekah, hari Jumaat lagi dia ajak meet up.

Clear sky waktu dhuha.

With Haslin. Banyak-banyak tempat atas dunia nih who would expect to meet up in the sacred place.

It was a brief meeting between us memandangkan dia nak ke masjid awal sebab its Friday nanti tak dapat sembahyang kat dalam. Kat Malaysia pon tak jumpa, ni jumpa dekat Mekah lagi tuh. Aku bawak dia minum jus guava terbaik and we part our ways hoping to meet up again kat Malaysia. Sampai sekarang pun tak jumpa. Aku balik ke hotel memandangkan aku tak boleh sembahyang. Too bad tak ada rezeki nak sembahyang jumaat kat Mekah tapi dah teramat bersyukur dah dengan kesempatan sampai ke sini menunaikan umrah. Till the next post aku cerita pasal story adik-adik aku di sana.

Astalavista. Wassalam.

Od

No comments:

Post a Comment