Sunday, January 4, 2015

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi 9.5 Jumaat di Tanah Haram

Assalamua'laikum...

...entry sebelumnya...

Memandangkan aku keadaan aku tak mengizinkan untuk aku ke masjidil haram perform sembahyang jumaat, aku just stay di bilik hotel ditemani Makcik Siti yang kurang sihat. Masa aku habiskan bergolek atas katil sambil mengemas barang apa yang patut sebab esoknya kitorang dah nak balik Malaysia. Bila siaran tv dah menunjukkan yang sembahyang jumaat dah hampir habis, aku pun bersiap. Makcik Siti waktu tu pelik giler dengan aku bersiap-siap. Aku cakap aku nak pergi tengok orang dekat masjid lepas jumaat. Dia macam heran dengan aku. Kejadahnya nak tengok orang.

Orang dah start balik dari sembahyang jumaat.


Aku rushing keluar hotel, menyelusuri Jalan Ajyad sorang-sorang. Konon-konon kalau aku cepat dapatlah aku tengok orang angkut jenazah ke dalam van jenazah selesai sembahyang jumaat macam adik-adik aku dapat witness petang semalam. Dah half way through ke dataran masjid, aku nampak dalam 5 ke 6 biji van jenazah dah bergerak membawa jenazah untuk dikebumikan. Aku lambat sikit jer. Orang memang ramai giler. Tapi, aku, melawan arus. Orang dah sibuk nak balik, aku baru nak menuju ke masjid.

Jenazah yang diangkut ke van jenazah untuk dikebumikan selesai solat fardhu yang berjaya diwitness adik-adik aku semalam. Setiap waktu sentiasa ada solat jenazah.

Ini je yang aku sempat witness. Deretan van jenazah dah mula bergerak ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.

Berhadapan dengan dataran di luar Masjidil Haram, ada sebuah van di tepi jalan yang mana pintu bonet van di belakang terbuka. Penuh orang kat situ berebutkan sesuatu. Aku ingatkan ada pembahagian Quran free sebab katanya tiap-tiap hari Jumaat, Quran yang tidak mengikut piawaian standard Quran dalam masjid akan dikutip dan disedeqahkan kepada public. Rupa-rupanya ada free air mineral yang orang sibuk berebut. Di sekitar dataran memang penuh dengan manusia. Aku wander around the area for a while sekadar menjadi pemerhati bebas. A sight of people yang aku tak dapat tengok di tempat lain. Kemudian, aku balik ke hotel.

Waktu ni pakcik-pakcik ni duk berebut nak dapatkan sebotol air mineral. Nasib baik aku masih waras tak pergi menyemak sama. Benda free kan.

Umat manusia selepas dari sembahyang jumaat. Ni atas dunia, padang mahsyar nanti macam manalah agaknya.

Berdekatan dengan pintu hotel, aku bertembung dengan Haji Abah. Luar hotel macam biasa ramai orang-orang hitam menjual macam-macam. Antara mereka, ada sorang yang jual jubah lelaki. Ramai orang sibuk memilih jubah yang dia apar tepi jalan. Haji Abah pun tak terkecuali. Aku yang ada sama pun duk ralit memilih jubah untuk Haji Abah. Memula dulu aku ingatkan mesti jubah kualiti tak elok tak pun bundle sebab barang-barang yang diorang jual tepi jalan murah sangat. Tapi, sebenarnya jubah dia jual ok jugak.

Aku pilihkan satu jubah kelabu untuk Haji Abah. Cutting, warna, saiz dengan material kain semua cun dengan Haji Abah. Macam built to measure dengan Haji Abah. Haji Abah duk membelek jubah yang aku pilih. Kengkadang aku rasa lelaki lagi cerewet dari pompuan. Check stictcheslah. Check kolarlah. Kalau pompuan, murahnya. Letak kat badan ok. Tak fikir dah. Terus grab. Sedang duk membelek, tanda puas hati, kitorang dah stand-by nak bayar dah. Tiba-tiba, ada seorang makcik arab terjelepuk jatuh berhampiran dengan tempat jualan mamat-mamat hitam tadi. Terkejut punya pasal, diorang ingatkan penguatkuasa, diorang pack dan in a split of second diorang lesap. Kitorang dan ada beberapa jemaah lain lagi memang blur giler. Jubah tak sempat bayar lagi, penjual dah hilang dan lesap.

Aku waktu tu nak gelak pon ada. Sumpah kelakar. Cepat giler diorang angkut baju hasil jualan dan cabut lari. Tak sempat nak buat apa. Sekelip mata hilang. Pembeli lain yang tak sempat nak bayar pun blur jugak. Dilema ambik barang, tak bayar lagi. Nak bayar, tukang jual dah hilang. So, nak buat macam mana? Celah-celah bangunan antara kedai-kedai dengan hotel ada laluan tangga naik ke atas. Aku nampak ade beberapa orang kat atas tuh. Aku tunjuk kat Haji Abah, "Abah, tu Abah orang yang jual tuh. Tapi, muka sama je. Yang mana satu?" Kitorang pon panjat tangga tuh. Haji Abah tanya aku yang mana satu. Manalah aku tahu dah muka semua sepesen jer. Kebetulan salah sorang dari diorang pegang jubah dan yang lain-lain barang jualannya lain. So, Haji Abah terus buat pembayaran kat orang tuh.

Ko tengok!!!! Muka sepesen jer. Macam mana nak differentiate sape tokeh jual jubah tuh.

Diorang turun dari tangga tersebut. Dan marah-marah dekat makcik Arab yang terpeleot dekat jalan yang telah menyebabkan chaos kepada penjual tepi jalan. Tak pasal-pasal makcik yang tak bersalah tuh kena marah. Dahlah terpeleot jatuh, kena marah pulak. Diorang nih cukup cuak dengan penguatkuasa sebabnya kalau kena tangkap, diorang kena deport ke negara diorang dan di'banned' beberapa tahun dari memasuki Arab Saudi. Kitorang pon balik ke hotel dalam keadaan geli hati teringat insiden tadi. Yang penting dapat sehelai jubah. Nasib penjual tu masih ada within that area. Kalau tak, confirm tak tahu nak buat apa dengan jubah di tangan. Nak ambik, macam mencuri pulak sebab tak bayar. Silap-silap tinggalkan aje tepi jalan jubah tuh.

Balik ke bilik, macam-macam cerita sibuk nak update masing-masing over the lunch. Adik-adik aku dengan Hajjah Ibu pon ada kisah lucu jugak waktu sembahyang jumaat tadi. Diorang tengahari tuh, awal ke Masjid sebab takut tak dapat masuk ke dalam Masjidil Haram. Almaklumlah jumaat kan. Ramai orang. On the way ke masjid, ada orang sibuk berebut-rebut. Ada pemberian Quran free kepada public. Masa diorang sibuk beratur tuh, ada seorang nenek nih, pon berada di situ jugak together-gether dengan diorang. Kalau kat Mekah, aku tak tahu kenapa, semua benda nak berebut expecially perempuan. Padahal boleh jer beratur elok-elok.

Nenek ni sorang-sorang jer tanpa ditemani oleh sesiapa. Nenek nih duk bising-bising sengsorang dalam bahasa Indon sebab orang berebut-rebut sambil tolak dia. Sekali dia keluar ayat, "Assabarul minal Iman," Sabar itu separuh dari iman. Minah Arab kat situ terus tersengih dan berhenti menolak dan memberi laluan kepada nenek tuh untuk ambil Quran. Hebat betul penangan nenek nih. Selesai dah dapat Quran, nenek nih menghampiri Hajjah Ibu dan cakap nak follow diorang ke masjid.

Sepanjang perjalanan nenek nih tak berhenti bercakap. Diorang dah nak tergelak dah. Tapi, nak gelak tak sampai hati. Yelah, nenek ni dah macam Opah dengan Tok Mi. Nak gelak lebih-lebih kang terbayang kalau tetiba Opah or Tok Mi sorang-sorang kat Mekah. Tapi, bukan nak gelak apa sebenarnya, cara dia cakap yang buat aku yang dengar cerita adik aku pon gelak. Nasib baik aku tak ada di tempat kejadian. Aku dahlah kalau dah gelak tak boleh nak berhenti.

"Alhamdulillah, Allah hantarkan 3 orang bidadari dari syurga. 3 bidadari cantik untuk menolong dan nemanin." Panjang lagi ayatnya, aku pon dah tak ingat. Tapi, ayat ni dari awal ke masjid, sampai masuk masjid sampailah balik ke hotel nenek ni duk ulang-ulang. Bersyukur sangat agaknya sebab ada orang temankan dia untuk pergi sembahyang jumaat. Dia cakap ni first time dia nak pergi sembahyang jumaat. Dia ajak roommate dia dan jemaah lain dari Indonesia tapi semua tak pergi. Katanya, orang pompuan mana pergi sembahyang jumaat. Dia yang nekad pergi jugak sambil doa' moga Allah bantu. And taraaaa!!!! Dipertemukan dengan Hajjah Ibu dengan dua orang adik aku.

Tak henti-henti duk cakap syukur dan doa'kan untuk diorang. Waktu dalam masjid, siap marah-marah makcik-makcik dalam masjid suruh ke tepi sampai orang lain siap kasi ruang punyalah takutnya terpisah. Adik aku nak pergi bangun ambik Quran pon, dia siap bangun, panggil adik aku takut hilang tak jumpa. Selesai sembahyang, habis semua orang dia salam dalam masjid. Padahal memula masuk tadi, dia marah-marah sebab orang sesak dan suruh kasi ruang kat family aku. Dah bangun tuh, confident jer nenek tuh bangun nak pergi entah exit mana entah nak balik. Hajjah Ibu pon dah,"Eh Makcik nak pergi mana tuh. Yang tu keluar ke lain." 

Bila nak balik tu, tanyalah kat nenek tuh duk hotel mana diorang nak tolong hantar. Haram, nenek tuh tak tahu duk hotel mana. Yang dia tahu nombor bilik jer. Masalah betul. Apa boleh buat dengan nombor bilik. Aku rasa kes-kes macam nilah yang jadi orang-orang tua sesat di Mekah. Diorang tak tahu apa-apa and just follow jemaah yang datang dengan mereka. Kalau terpisah memang alamatnya sesatlah. Kebetulan nenek ni bawak beg kain sembahyang bersama, so, Hajjah Ibu suruh dia bukak beg tu mana tahu ada apa-apa pengenalan diri dalam beg tu yang boleh indicate kat mana nenek tu stay. Habis kumbah beg dia and fortunately jumpa kad hotel. Hotel tu kebetulan kitorang memang tahu sebab memang satu jalan on the way ke hotel kitorang. Hotel dia dekat dengan masjid lebih kurang 200 meter jer. 

Sampai sudah nenek tuh duk memuji dan berdoa bersyukur yang tuhan turunkan 3 bidadari cantik untuk teman dia pergi sembahyang jumaat dan siap pandai cakap melayu lagi. Waktu duk kumbah beg nenek tuh, adik-adik aku dah gelak sesama sendiri dah. Hajjah Ibu dah pelik tapi mungkin sebab memang dari awal pon diorang nak tergelak so, ignore jelah. Sampai depan hotel diorang hantar nenek tuh. Nasib dia ingat bilik hotel nombor berapa. Dah hantar tuh, adik aku inform ibu yang nenek Indon tuh namanya Baity which is coincidently sama nama dengan Kak De. Rupa-rupanya Baity dengan nenek Baity together-gether pergi sembahyang jumaat. Nasib aku tak ada di tempat kejadian, kalau tak mesti Nenek Baity dah salah faham ingatkan aku gelakkan dia. Aku yang mendengar cerita pon, tak berhenti gelak.

Baity dan nenek Baity beriringan balik dari sembahyang jumaat. Siap tak tahan dua-dua pakai merah lak tuh. Kuat betul jodoh dua orang Baity nih.

Well, kesimpulannya pertolongan Allah tu di mana-mana. So, macam keadaan nenek Baity nih, dia doa kat Allah minta pertolongan dan Allah hantarkan Hajjah Ibu dan adik-adik aku sebagai pertolongan untuk teman dia menunaikan solat jumaat. Kalau ikut logiklakan macam impossible giler. Dengan keadaan manusia punya ramai dekat Mekah tuh, alhamdulillah dia dapat pertolongan dengan orang yang siap boleh bertutur dalam bahasa dia lagi. Another thing is, pengenalan diri tersangatlah penting yang amat. So, kepada parents atau atuk nenek, atau sedara yang akan ke sana, do remind them untuk bawa pengenalan diri atau tolong preparekan pengenalan diri untuk diorang with details expecially on where they stay and remind them untuk bawa ke mana-mana waktu ke sana. Just in case, jadi macam nenek Baity ataupon bila dah di sana diorang lost, bila diorang mintak tolong orang lain memudahkan orang yang bakal menolong untuk figure out nak tunjuk jalan.

Iklan orang hilang yang aku jumpa waktu nak balik ke hotel.

Malam tu selepas isya', Haji Roni ajak dinner di rumah dia. Memula dia tak ada pon nak ajak ke rumah dia sebab diorang satu family tengah bersiap untuk berpindah rumah. Tapi, sebab kesian sangat kitorang makan sendiri, terus dia call anak dia untuk masak dinner. Lepas isya' kitorang tunggu Haji Roni depan hotel. Lepas tu dia bawak kitorang jalan kaki menyelusuri Jalan Ajyad untuk ke rumah dia. Nak pergi umah dia ya ampun, panjat bukit tinggi betul. Bagi Haji Roni, biasa jer. In fact, hari tuh, 5 waktu ok dia di Masjidilharam. Walaupon bertongkat, bukan menjadi alasan untuk dia perform ibadah di Masjidilharam. Dia cakap, apa guna duk Mekah kalau tak pergi sembahyang dekat Masjidilharam. Kalau duk Mekah tapi sembahyang kat rumah jugak, sama jelah macam duk Malaysia. Betul jugak kan dia cakap.

Perjalanan dari hotel ke rumah Haji Roni.

Sepanjang perjalanan ke rumah dia, ramai betul jiran tetangga tegur dia. Ada yang Indonesia, ada yang Pakistan. Basically, sepanjang ke rumah dia memang ada jelah yang menegur. Kitorang memanjat bukit, ingatkan dah nak sampai. Rupa-rupanya ada lagi tangga yang sangat steep. Haji Abah dengan Hajjah Ibu dah semput dah nak memanjat. Tinggi tak tingginya rumah dia, dari situ boleh nampak menara jam Zamzam dengan jelas. Haji Roni relax jer. Kawasan rumah tu berbukit batu bukan bukit macam kat Malaysia bukit bertanah. Haji Roni cakap, dulu waktu nak buat rumah tuh, puluh tahun dulu, siap upah orang negro untuk pecahkan batu bukit nak buat rumah punya pasal sebab diorang ni kudrat dia kuat.

Menurut kata Haji Roni, pakai kereta memang boleh jahanam sebab bila ko reverse kereta dalam keadaan berbukit macamnih. Silap-silap orang lain yang langgar kereta kita.

Bertapa berbatunya bukit nih. 


Kitorang disambut oleh anak perempuan Haji Roni, aku tak ingat namanya beserta 3 orang cucu dia. Wife Haji Roni tak ada sebab berada di Malaysia. Dah hampir 5 tahun tak balik Mekah sebab dulu kena tangkap dengan penguatkuasa sebab jual nasi. Kena tangkap dan kena deport balik Malaysia dan diharamkan masuk Arab Saudi selama 5 tahun. Diorang ni, walaupon lahir di Arab Saudi, kalau mak ayah tak dapat kerakyatan, memang tak akan dapat specialty macam warganegara. In fact, every 2 years kena renew permit. Kalau permit tulis, permit menjual, ko hanya boleh menjual sahaja, Kalau permit student, ko hanya boleh belajar sahaja. Even ko nak jadi mutawwif pon tak boleh. Sebab tuh, Ustaz Mat, bila bawak ziarah, dia akan ke belakang bas menyamar jadi macam jemaah sebab kalau kena tangkap jadi mutawwif memang kena deport balik Patani lah jawabnya.

Clearly can see Zamzam Tower.

Permit tuh dia panggil Igomah. Nak dapat permit untuk stay, ko ada 30 ribu Riyal, settle. Tapi, tak dapat keistimewaan macam warganegara. Hanya warganegara sahaja boleh own a shop. Kalau bukan warganegara memang tak dapatlah. Even, start 2014 sekolah menengah pon hanya warganegara je boleh hantar. Itu yang anak buah si Hazim, tak pergi sekolah dan tolong uruskan jemaah dekat Mekah tuh. Anak Haji Roni cerita, akan datang, sesiapa yang kena tangkap dengan penguatkuasa akan dideport dan banned seumur hidup dari memasuki Arab Saudi. Itu yang mamat-mamat negro beghapok lari takut kena tangkap sampai dah tak kesah dah barang jualan orang tak bayar. Just imagine, ko lahir dekat Arab Saudi, but then, ko hold passport Malaysia just because of mak ayah ko orang Malaysia and migrate zaman dolu-dolu. Kalau kena tangkap and kena deport balik Malaysia, rasa-rasanya boleh hidup ker? Sedangkan life ko memang dekat Arab dari lahir and ko tak kenal sesaper kat Malaysia. Worst thing is cakap melayu pon tak pandai.

Kerusi pon dah ala-ala Arab style. Aku nak duduk macam mana pon tak tahu.

Macam cucu Haji Roni, muka melayu habis nih. Tapi, tak paham and tak reti cakap melayu. Dengan mak ayah dengan tok dia pon cakap arab. Kawasan perumahan Haji Roni mostly orang Asia yang duduk tapi ramai dah berpindah sebab kerajaan nak ambik alih untuk pembangunan bersempena dengan projek pembesaran Masjidil Haram. Haji Roni cakap, within 2 years, sepanjang Jalan Ajyad tuh mungkin dah tak wujud dah. Semua kerajaan akan robohkan. Even rumah dia yang 1 km lebih pon jarak ke Masjidilharam kerajaan nak ambil alih. Kerajaan bayar pampasan kepada owner 16,000 riyal untuk setiap 3 kaki. So, dapatlah dia 1 juta lebih. Dah siap beli rumah 3 tingkat yang berharga 1 juta lebih dan barang dah siap ready untuk berpindah ke rumah baru. 

Yang ni muka tak berapa melayu. Yang ni ala-ala arab sikit sebab tok dia Sharifah. So, ada arab blood sikit.

Untuk own the asset pon, hanya warganegara jer. Macam Haji Roni untung sebab anak dia sorang kawen dengan warganegara tapi masih Bani jawi (panggilan Haji Roni yang refer kepada orang melayu). Tok nenek dia dulu orang Indonesia. So, pampasan rumah terus dapat kat diorang. Macam ada sesetengah jiran diorang, bukan warganegara, so, untuk mendapat pampasan terpaksa menumpang atas nama rakyat Arab Saudi untuk register the asset. Walaupon, rumah tuh diorang dah own for more than 30 years, bila dapat pampasan, warganegara Arab yang diorang tumpang nama tuh masih nak claim duit pampasan separuh darinya. In fact, ada yang nak claim sampai 70%. Padahal tumpang nama jer kot.

Itulah diorang cerita, orang Arab ni memang teruk. Nama je sesama islam. Perangai diorang memang sangat kasar. Haji Roni cerita, kalau anak beranak dekat Arab dengan beranak dekat Malaysia memang perangai lain. Kalau yang beranak dekat Arab, perangai kasar ikut perangai orang arab. Tapi, kalau yang beranak dekat Malaysia ni perangai lain, lembut jer. Dia cakap, orang kat sana, kalau ada anak at least biar ada sorang yang beranak dekat tanah air memasing sebab perangai lain. How true is that tak tahulah. Wallahua'lam. Macam pelik yang there's such thing. Diorang cerita lagi, zaman dulu-dulu, siap ade orang jual lagi IC untuk warganegara siap sorok dalam bakul. Berapa puluh riyal jer. Tapi, dulu takut. Kang kena tangkap tak pasal-pasal kalau tipu. And end up, those yang beli IC tu dulu memang dapat kewarganegaraan Arab Saudi betul.

Group photo. Family Haji Roni dengan family aku.

Waktu kitorang sampai tuh, diorang dah sibuk nak hidangkan makanan. Sekali buat keluar makanan banyak giler kot. Yang ni dah macam nak kasi makan untuk 15 orang nih. Dengan sup tulang nya gulai ayam nya. Penuhlah kain seprah tuh. Even dekat Mekah, budu tidak dilupa yer. Tapi, too bad kitorang tak makan budu. Hajjah Ibu pon nama jer orang Kelantan tapi tak makan jugak budu. Makan macam nak pecah perut. Anak Haji Roni cakap, orang Arab makan banyak. Lepas makan, makan, lepas makan, makan. Pastu diorang ni pulak aktiviti semua hala ke malam. Melepak, majlis kawen ke jamuan ke semua hala ke malam. Sebab tu orang Arab, tengahari diorang baru bangun. Aku dengan adik-adik aku dah pandang Haji Abah dengan Hajjah Ibu sengih-sengih. "Kitorang tido lambat and bangun lewat sebab ikut orang Arab. Lepas ni jangan blame kitorang bangun lambat." Konon-konon berdarah arab la tuh, alasan nak kasi kalau bangun lewat. Haktuihh.

Lauk siap ade petai jeruk lagi. Umah aku kat Malaysia pon tak ada petai.

Setelah agak lama dekat rumah Haji Roni, kitorang decide untuk beransur balik ke hotel. Lagipon, barang tak packing lagi dan esok dah nak balik dah. It was a great pleasure for us dapat tengok kehidupan orang local Arab. Next time kalau murah rezeki dapat datang buat umrah, boleh melawat ke rumah 3 tingkat Haji Roni. Kalau next time, mungkin Opah ikut jugak. Sedara-mara Opah di Arab Saudi lagi kaya-kaya, rumah siap ada taman bagai mengikut penceritaaan. So, insyaallah murah rezeki dapat datang lagi. Astalavista. Wassalam.

Od

No comments:

Post a Comment