Thursday, January 15, 2015

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi 10.0 Moga Peroleh Mabrur

Assalamua'laikum...

...entry sebelumnya...

It's our last day in the sacred land of Mecca. Pagi-pagi lagi Hajjah Ibu dah bising-bising kejut aku kes luggage over limit. Mana tak over limitnya kurma-kurma souvenir untuk satu office Hajjah Ibu semua kitorang yang pegang. Orang lain dah lepas tangan. Last day, pepagi lagi Hajjah Ibu dah emo. Nasib aku ni jenis tak senang gelabah. Nasib semua arrange sendiri. So, luggage boleh add-on sendiri. Kalau pergi under pakej umrah, memang diorang dah book 30kg siap-siap luggage. Kalau lebih, pandai-pandailah arrange sendiri barang. Nak tinggal ke nak apa ker. Sebab that is the limit. So, oleh kerana flight kitorang petang karang, so, sempatlah aku add-on luggage at normal rate.



Memandangkan it's our last day, jadi sebelum meninggalkan kota Mekah, adalah wajib untuk melakukan tawaf widak ataupon tawaf selamat tinggal. Beberapa hari selepas sampai Mekah haritu, pihak travel agent dah buat taklimat khas berkenaan tawaf widak. Taklimat dibuat awal sebabkan another group yang travel agent bawak terpaksa balik awal. Aku ada mention before kan pasal flight MAS.

Kesian giler dekat another group yang datang dengan travel agent kitorang. Baru sampai a few days dekat Mekah, then dapat tahu flight kena reschedule diawalkan 2 hari. Orang kalau datang buat umrah, memang nak duk lama dekat Mekah tapi unfortunately diorang dapat duk sekejap jer. MAS reschedule flight dorang sebab flight at later date tuh kosong. So, untuk menjimatkan kos penerbangan, diorang awalkan flight dorang. Tapi, yang peliknya, AirAsia punya flight punyalah full nya. MAS siap kosong. Tak tahu what the reason.

Walaupon diorang punya group cuma 12 orang of which satu family jer, tapi diorang ambik full package. So, siap ade mutawwif sekali dengan diorang nih of which Hazim jadi mutawwif mereka dan Ustaz Pin pon akan ikut balik Malaysia sebab visa dah nak habis. So, sebab diorang semua dah nak balik, jadi, taklimat dibuat sekali gus berkenaan tawaf widak. Taklimat dilakukan oleh Ustaz Pin, the expert on ibadah haji dan umrah. Beliau adalah salah seorang ahli muzakarah haji. So, any update on perbincangan berkenaan hukum dan fatwa oleh ahli muzakarah haji dia tahu. Even kalau nak rujuk apa-apa kecelaruan tentang ibadah umrah pon boleh terus rujuk dengan beliau.

Selama ni aku ingat tawaf widak ni simple jer. Tawaf 7 pusingan, then settle. Rupa-rupanya banyak lagi benda aku tak tahu. Basically, sesiapa sahaja yang akan keluar dari kota Mekah wajib menunaikan tawaf widak even kalau individu tersebut masuk ke kota Mekah atas urusan bisnes atau lawatan sekalipon. Local yang tinggal dalam kota Mekah pon, bila mereka nak keluar bermusafir dan keluar dari kota Mekah, wajib melaksanakan tawaf widak.

So, kat sini aku nak share ilmu aku sedikit sebanyak yang aku dapat waktu taklimat. Mungkin ramai yang tak tahu berkenaan hal ini sebab aku pon sebelum ni tak tahu. So, sebab aku tak tahu, aku assume masih ramai jugak tak tahu.

1. Tawaf widak ni seperti yang telah aku mention before, adalah wajib. Dari segi timeframe untuk melakukannya adalah maksimum 3 jam sebelum bertolak balik perlu selesaikan tawaf widak. Maksudnya, lebih dari 3 jam tawaf tersebut tidak boleh dikira sebagai tawaf widak. Contohnya, pukul 12 tengahari nak bergerak ke airport. Jadi, the earliest boleh buat adalah pukul 9 pagi. Tak bolehla pulak buat malam sebelum tuh takut tak sempat esoknya nak gerak.

2. Segala urusan duniawi perlulah diselesaikan sebelum melakukan tawaf widak. Beli barang ke even nak bersedeqah bila dah selesai buat tawaf pon tidak dibolehkan. Kalau nak kirim dekat orang lain pon untuk tolong beli barang atau tolong sedeqah duit balance dalam poket pun tak boleh melainkan orang yang diminta tolong telah selesaikannya before kita buat tawaf widak.

3. Selesai tawaf, kita akan buat solat sunat tawafkan. Lagi pulak, dah last punya tawaf, so selalunya jemaah akan berlama-lama dan kalau boleh nak sembahyang sunat macam-macam and zikir panjang-panjang. Menurut Ustaz Pin, selesai solat sunat tawaf, tak boleh berzikir tetapi doa lama-lama tak apa. Jadi, selesai solat, doalah lelama memandangkan its the last time.

4. Dah selesai tawaf dan berdoa' bagai, terus kena balik ke hotel untuk bersedia untuk gerak balik. Tak perlulah nak tunggu orang ke apa lepas selesai tawaf widak. Nak tunggu, tunggu di hotel jer. Even tangkap gambar pon tak boleh bila dah selesai tawaf widak. Macam biasalah dah last-lastlah sibuk nak berselfie berlatarbelakangkan kaabah.Nak selfie ke apa make sure buat awal-awal. Berhari-hari kat Mekah, time last day jugaklah sibuk nak tangkap gambar kan.

5. Bila dah sampai di hotel, kalau nak naik bilik, dibolehkan untuk urusan yang penting sahaja. Contohnya nak ambik luggage bawak turun ataupon nak ke tandas untuk urusan pelaburan dan meninggal jejak terakhir di Mekah. Kalau nak naik bilik untuk berehat ataupon take a nap sebentar adalah tidak dibolehkan sekali. Jadi, sebelum menunaikan tawaf widak makesure urusan-urusan penting telah disudahkan dahulu dan tak perlulah balik ke bilik unless ada urusan penting yang perlu disudahkan.

6. Walaupun tawaf widak adalah wajib, ada pengecualian kepada sesetengah pihak dari melakukan tawaf widak. Antaranya adalah those yang period dan uzur. Tak payah pergi tunaikan tawaf widak. Ada jugak pengecualian untuk orang yang nak cepat untuk kes-kes terpencil. Contohnya adalah korang tertidur di bilik, sedar-sedar bas dah tunggu untuk hantar ke airport untuk balik. Jadi, kat sini ada pengecualian dan tawaf widak tak perlu dilakukan. Jangan pulak sengaja pulak pergi tidur sebab taknak perform tawaf widak.

Basically, ini adalah antara info berkenaan tawaf widak yang aku ingat. Ada lagi, untuk tahu lebih lanjut better rujuk dengan ustaz-ustaz untuk dapatkan ilmu yang lebih banyak. Lebih kurang pukul 12, bas pun sampai untuk pick-up kitorang. Oleh sebab, luggage yang dah beranak-pinak ditambah pulak dengan air zamzam yang dah dibekalkan sorang dapat 10 liter, jadi satu lori disewa khas. Kalau tak sewa lori, memang tak tahulah nak letak mana segala luggage dengan air zamzam. Tempat letak barang dalam bas pon dah penuh. Nasib masih ada lebihan wang sedeqah big boss ofis Hajjah Ibu. So, guna duit tersebut untuk sewa  lori untuk angkat luggage. Pekerja-pekerja hotel mula-mula just tengok je luggage-luggage yang diangkut ke dalam lori. Buat kerja pon slow giler. Bila dah kasi jer tips, terus buat kerja macam halilintar. Sekelip mata semua luggage dan 50 botol air zamzam selesai diangkut ke dalam lori.

Lupa nak beritahu, yang setiap jemaah, airlines memang kasi free untuk air zamzam 10 liter untuk masuk ke dalam luggage. So, tak perlu risau tak cukup luggage sebabnya luggage yang dah dibook tu memang totally boleh fully utilised untuk masing-masing punya barang. Setelah semua urusan selesai di hotel, kitorang berpisah dengan Ustaz Mat dan Irfan, anak buah Hazim di hotel. Diorang memang tak boleh ikut hantar ke airport. Hanya jemaah sahaja yang dibolehkan memasuki airport. Ustaz Mat dah siap tinggal amanat dah tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan di airport.

Sepanjang perjalanan ke airport, dalam bas driver pasang cerita kisah penyebaran islam oleh Nabi Muhammad. Pasal penentangan kaum Quraisy dengan perpindahan ke Madinah. Unfortunately, belum sempat habis movie tuh dah sampai di airport. Sesampainya di airport, ada pekerja-pekerja di airport dah bersedia untuk mengangkut segala luggage untuk turunkan dari lori. Tapi, jemaah-jemaah lelaki dalam group kitorang dengan machonya awal-awal dah panjat naik lori dan katakan tidak kepada pekerja-pekerja airport. Haji Abah dah brief group kitorang untuk help each other angkut segala luggage bila sampai di airport sebabnya, kalau pekerja-pekerja tu angkutkan luggage, kitorang akan dicaj 2000 riyal. Mahal giler okeh. Nasib kebanyakan dari jemaah group kitorang masih muda dan gagah perkasa. Masing-masing kerjasama turunkan luggage secara sistematik dah macam gotong-royong dah. Pemandangan yang agak rare jugaklah sebabnya kalau tengok group lain, semua pekerja-pekerja airport yang uruskan luggage diorang. Memandangkan kitorang umrah secara cheapskate, makanya semua buat sendiri jelah.

Nak kena beratur nak ambik trolley sebab trolley ni berbayar.

Trolley di airport bukan macam standard kat airport biasa boleh pakai ambik jer. Kat sini, nak pakai trolley kena bayar. Memang buat duit sungguh. Sesampainya di airport, dekat lantai penuh dengan pasir. That day ada ribut pasir. Nasib sepanjang kitorang berada di Mekah tak ada ribut pasir. Kalau tak mesti berhabuk dan boleh batuk-batuk. Sementara menunggu untuk check-in kitorang satu family cari port untuk lunch. Nasib Hajjah Ibu dah siap prepare tapau untuk makan di airport. Mampu jeling jelah orang pergi under travel agent lain makan sedap yang dah disediakan travel agent diorang. Masa tengah makan tuh, terdengar perbualan dari mutawwif dari Rayhar. Diorang tengah berbincang macam mana nak solve masalah sebab ada dua bas kena tahan dengan polis arab saudi. So, diorang duk risaulah. Kang tak sempat nak naik flight. Dalam hati kitorang, pergh, nasib baik bukan bas kitorang yang kena tahan. Dahlah tak ada sorang pon yang pandai cakap arab. At least, diorang tuh adelah jugak mutawwif yang boleh cakap arab untuk solve the problem bas kena tahan.

Just arrived. Memasing busy uruskan luggage memasing.

Selesai jer, lunch ramai pulak yang duk mencari aku nak tahu luggage yang diorang tempah berapa kilo. Nasib ada data plan. So, bolehlah aku check masing-masing punya luggage berapa kilo. Busy sekejap aku. Dah tahu berapa kilo luggage, masing-masing duk sibuk menimbang beg sebab takut over limit. Untuk pengetahuan, kalau di Arab Saudi, maximum satu beg adalah 30kg. So, kalau lebih dari 30kg memang tak lepas dan kena kumbah balik. Luggage masing-masing dalam group kitorang semua lain-lain sebab ikut masing-masing sebelum nih beli berapa kilo luggage.

Waktu ni aku ngan Haji Abah duk busy check luggage memasing berapa kilo yang booking.


Waktu nak check-in tuh, masing-masing uruskan luggage memasing ikut booking number. Kat sini memang caca marba. Kaunter beratur tak macam beratur. Air zamzam diorang akan tagging dan perlu dihantar ke kaunter no 23 tak silap aku. Ustaz Mat dah inform kitorang, waktu di airport, kena hulur tips at least 10 riyal kepada pemunggah beg untuk melancarkan urusan sewaktu check-in. So, everyone dah spread out check-in di kaunter lain-lain mengikut group booking memasing.

Jammed packed depan kaunter. 

Dalam group booking kitorang selain family aku, Pakcik Brahim, Makcik Siti dan Makcik Yati. Waktu beratur tuh, memang berselirat-selirat beraturnya. So, nak mempercepatkan urusan, hulurlah 10 riyal kepada sorang pemunggah beg. Tapi, waktu tuh kat kaunter, petugas airport tengah uruskan beg untuk jemaah lain. So, si pemunggah barang nih, cakaplah dekat pekerja kaunter, tapi diignore. Menggelabahla dia, ke hulu ke hilir sebabnya duit dah accept dari kitorang. Tapi, tak boleh nak proceed sebab petugas kaunter tak nak layan. Dia pergi lagi sekali macam merayu sebab dia dah ambik duit dari kitorang. Pekerja kaunter pun cakap something macam suruh ambik barang dan macam mengepau pemunggah barang jugak. Dia dah ambik barang menda entah, dia datang kat kitorang mintak extra tips, kesian gak tengok mamat nih. Pakcik Brahim pun hulur tambah duit kat dia. Aku tak tahu brapa banyak. Lepas tuh everything went smoothly.

Alhamdulillah tamat sudah pasal pengalaman aku sepanjang umrah 2014. Lama giler aku nak habiskan because of the time constraint. Diharap apa yang aku share and pengalaman aku dapatlah manfaat. Semoga everybody whose reading this will be invited to Mekah soonest possible. Btw, aku baru register haji guna statement KWSP. 2078 baru boleh gi haji. Astalavista. Wassalam.

Od

No comments:

Post a Comment