Tuesday, June 16, 2015

Negara Muka Fake 5.0 : Lawatan kembali ke Sekolah di Ewha University

Assalamua'laikum...

Lama giler aku nak habiskan citer negara muka fake nih. Belum lagi trip indochina aku tuh. Untuk hari ke-5 kitorang punya plan adalah untuk ke area Ewha University. Kat Korea nih there's a few women university yang wujud dan Ewha University adalah salah satu women university yang famous. Mungkin sebab structure and building dia kot. Feeling-feeling student sangat kat sini.

Ewha Women's University. Belah kanan dan kiri tuh actually kelas diorang. Cool giler kan.




So, untuk ke Ewha University ni memang ada station subway khas nama Ewha University station, so tuju jelah ke situ. Kawasan sekitar Ewha nih penuh dengan butik-butik jual baju. Macam tau-tau jerkan student banyak duit. Tapi, kat sini taklah semeriah di Hongik yang lebih happening dan hipster. So, untuk masuk ke Ewha ni memang tak ada masalah even untuk orang luar sebab the university dah jadi macam tourist spot. Takde maknanya pak guard akan check kad matrik sorang-sorang.

Feeling-feeling student. Matilah homework Prof Arun tak bawak, Ade kena marah nanti.

Masuk-masuk dalam perkarangan university boleh nampak ramai student-student pompuan yang cun-cun dengan dress-upnya. Nak nampak sang Adam memang susah kecuali pak guard kat entrance sebelum kitorang masuk tadi. Kitorang memang amazed giler dengan structure building dia. Ni U ke tempat apa nih cantik sangat nih. Kawasan Ewha actually berbukit. The main area and building, structure paling unik. Diorang macam tebuk bukit di tengah dan jadikan tangga laluan yang besar dan di kiri dan kanan adalah bangunan akademik diorang.

Ade gaya student dok? 

Kalau tangga UiTM dulu camnih konpem aku gigih naik tangga nak gi kelas.

Kitorang boleh merayap di kawasan sekitar. It clearly stated dekat pintu-pintu untuk masuk ke kelas yang visitor tak dibenarkan masuk. Privacy untuk diorang belajar takut terganggu dengan visitor-visitor yang jakun first time ke Korea. Masa kitorang kat sana diorang pandang pelik jugaklah tetiba sesat 4 makhluk bertudung dalam kampus diorang. Actually, bagus jugak sebenarnya buat universiti khas untuk perempuan nih sebenarnya sebabnya lebih patuh syariah gitu dan tak adalah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Tapi, ko tunggulah bebudak perempuan nih bergaduh, tak ade dah main mulut-mulut laser dah, terus jadi Hulk Hogan, The Rock ngan Stone Cold. Nasiblah kalau simpan rambut panjang, memang main tarik talilah jawabnya. Sumpah takleh bayang.

Kiah dah jadi model Ewha. Bukan Ewha University tapi ewa bule, ewa bule, ewa bule teraju tigo. Eh..

Perkarangan kawasan Ewha.

Nampak tak gaya pelajar berdedikasi di situ.

Kalau aku, aku suka. Almaklumlah dulu time sekolah teringin nak masuk sekolah perempuan tapi hajat tidak kesampaian. Masuk degree dapatlah jugak classmate semua perempuan. Memang huru-hara. Siap lecturer geleng kepala perangai masing-masing yang tak buat homework kalah student lelaki. Tu baru kelas jer perempuan, aku tak tahulah gayanya kalau universiti perempuan. Tapi, kalau duk universiti perempuan, konpem pergi kelas serabai giler. Itu kalau akulah. Diorang ni aku tengok takpon sebab dah menjadi part of their culture yang sentiasa nak cantik, up to date dengan fesyen .


Peta kawasan Ewha. Kecik jer U nih.

Antara port cantik untuk study.

Kitorang meround sekeliling Ewha tuh sampai puas. Building dalam kawasan Ewha ni pon cantik. Kalaulah Menara SAAS kat UiTM dulu macam nih konpem aku rajin pergi kelas. Banyak jugak port-port cantik untuk study. Dah buat tawaf dalam Ewha University, kitorang pergi nearest boutique yang ada di luar kawasan Ewha. Tapi, duk menengok jelah tak membeli. Even kedai bundle pon ade kat situ. Kemudian, we decide untuk ke area Hongik sebab tak sempat nak explore the place. Memandangkan Hongik dengan Ewha dekat jer, jadi kitorang naik teksi jer sebab lagi berbaloi. Jarak yang dekat, taxi fare pon lebih murah dan boleh tong-tong 4 orang.

Dumbbell gedabak nih tak tau ape motifnya dia letak dalam kampus.

Antara butik yang wujud di sekitar Ewha.

Memandangkan musim summer, so, baju-baju yang dijual memang boleh sangatlah nak pakai kat Malaysia. Kalau yang sexy meksi tuh pepandailah korang nak mix and match. Kalau aku, memang aku cari kemeja ngan tshirt jer. Dah puas kat Hongik, sekali lagi kitorang ke Myeongdong untuk window shopping. Si Moksu duk borong sakan sebab semalam dia tak sempat nak shopping lagi kes sakit kaki. Aku duk melanguk luar kedai sambil duk usha orang.

One thing kalau kat Korea nih, kalau tak beli barang kosmetik dia memang tak sah. Bersepah. Every tourist spot ader dan dekat underground subway station pon ade. Bebudak nih banyak kali stop dan memborong barang-barang kosmetik yang ade macam-macam brand. Kedai kosmetik kat sini nih one thing yang bestnya sebab ko beli satu barang je pon, dia punya free gift punyalah banyaknya. Ya ampun. Duk memborong mask lah, lip balm lah, dan memacam lah lagi. Katanya murah. Aku pon tak pasti sebab aku menda-menda camni memang aku tak reti. Gi keje pon takat pakai bedak Johnson & Johnson jer. Nampak tak betapa pemalasnya aku. Tak kuasalah nak purposely nak bangun awal nak make-up bagai semua.

Kiah sempat bedal nenas seketul kat Hongik. Nampak tak dua orang kat belakang bertudung tuh? Tengah borong kosmetikla tuh.

Tengahari tu kitorang sempat balik hostel untuk lunch dan sembahyang zohor. Dah hari kelima dah tak boleh nak jamak dah. Selesai ke Ewha, Hongik dan Myeongdong, kitorang proceed ke Banpo Bridge of which aku akan sambung dalam next post. Astalavista. Wassalam.

Od

No comments:

Post a Comment