Sunday, June 7, 2015

Negara Muka Fake 4.0 : Lawatan Istana Zaman Silam

Assalamua'laikum...

Pagi tu awal-awal Kiah dan Echot dah bangun siapkan bekal makanan untuk dibawa untuk lunch. One of the thing aku suka tentang Korea adalah in every convenient store memang ada dijual instant rice. Nasi tuh just masuk microwave jer dan tadaa.. Dapatlah makan nasi panas. Lauk, kitorang dah bawak siap-siap canned food. Untuk typical Malay macam aku nih yang tak boleh tak makan nasi sehari memang sangat membantulah. Tak perlu nak bawak beras susah payah dari Malaysia.

Agenda untuk hari ini adalah untuk explore istana zaman silam di tengah kota raya Seoul. Dalam Seoul itself ada banyan giler istana yang diorang masih preserve for history and at the same time bertindak sebagai tourist spot. On this matter negara kita patut belajar dengan diorang in preserving buildings that has historical value bukan sibuk nak kejar kemajuan dan projek yang menguntungkan sahaja.



Untuk nak pergi ke palace diorang nih, ada ticket combo yang membolehkan beli dengan harga yang murah dan boleh masuk ke semua palace yang ada. Hasil diskusi majlis raja-raja, kitorang decide untuk masuk ke dua palace sahaja. Satu palace kecik yang boleh tengok changing guard dan satu lagi main palace iaitu palace terbesar sekali. Changing guard nih dia ade schedule dia, so kena plan wisely time kalau nak tengok changing guard ceremony.

So,our first palace yang diterjah adalah Deuksugung. So, untuk ke Deuksugung Palace perlulah berhenti di City Hall station dan keluar ke exit 2. Bear in mind that di Korea kena tahu which exit to go out. Kalau salah exit terpaksa menapak jauh untuk ke tempat yang dituju. Memandangkan kitorang awal, sempatlah bergambar dengan royal guard yang terpacak depan palace sebelum upacara changing guard. Kalau tak, tak dapat nak bergambar dengan aman damai tanpa gangguan manusia lain.

Depan Deuksugung Palace sebelum upacara changing guard.

Pakcik nih dah macam patung berdiri tercegat tanpa senyum. Rasa nak gentel jer janggut dia.


Senang lenang tangkap gambar sebab orang tak ramai lagi.

Kitorang masuk untuk explore the palace. Palace ni agak kecik sebenarnya. The reason why adalah initially Deuksugung ni bukan istana pon. Tetapi, selepas penjajahan Jepun, istana-istana utama semua rosak dengan teruk sebab masa Japanese invasion diorang rosakkan kaw-kaw punya. So, bila raja dah balik ke Korea, tak ada istana yang boleh digunakan. So, dalam kalangan rumah-rumah kerabat diraja diorang pilih dan jadikanlah sebagai istana sementara. Basically, Deuksugung ni rumah kerabat dirajalah. Kerabat manalah malang sangat kena serah umah untuk raja pulak.

Dalam Deuksugung.

Modern vs Traditional buildings.

Sedang asyik kitorang explore dalam palace boleh dengar instrument-instrument dimainkan. Kitorang terus bergegas dengan sepantas kura-kura untuk tengok the changing guard ceremony. On the way ke sana boleh nampak macam-macam baju seragam berlainan warna. Colourful betul warna dia. Tak silap aku, different colour represent different rank. Upacara changing guard dah start dah waktu tuh. Memandangkan kitorang dari dalam palace, kitorang tengok dari dalam di pintu entrance of which view yang kurang cantik. Selesai upacara changing guard, bolehlah nak bergambar dengan orang yang pakai costume seperti zaman silam. Kena tunggu jugaklah nak dapat bergambar. Nasib awal-awal datang tadi dah sempat tangkap gambar.

Serious giler diskusi. Masalah negara apekah itu.

Upacara changing guard berlangsung.

Sesuka hati aku jer pegi join kawad kaki diorang nih.


Tangan haruslah sopan supaya nampak macam golongan aristokrat.

"Ampunkan patik. Patik tidak berniat nak menceroboh tanpa membeli tiket."

Kemudian, kitorang masuk semula untuk explore tempat yang belum explore. Ada satu bangunan modern dalam kawasan palace. It is a museum. kitorang masuk memandangkan free jer untuk masuk. Dalam tu banyak artifak-artifak tinggalan sejarah dari zaman joseon dulu. Kitorang yang kureng sket dengan sejarah pun buat decision untuk keluar sebabnya kalau ada orang untuk explain bestlah jugak. The next destination kitorang decide untuk ke Gyengbukgung Palace sebab it is the largest one. Dapat pergi dua pon cukuplah. Kalau nak explore semua pon macam lebih kurang sama jer.

Bebudak tadika buat lawatan. Kitorang mintak permission nak tangkap gambo, cikgu diorang tak kasi. Hampeh.


The sight from the museum inside the palace.


"Dah kenapa kakak ni tetiba peluk aku nih," kata budak nih dalam hati. Sesuka hati kojer Kiah peluk anak orang.

Untuk ke Gyeongbukgung dari tempat kitorang cuma walking distance sahaja. Dalam perjalanan boleh nampak orang tengah berpiket di depan Deuksugung. Isunya aku tak pasti sebab taklah pulak aku paham tulisan Korea yang ditulis. Sebelum sampai ke Gyeongbukgung kitorang melalui Gwanghamun Square. Di sini boleh nampak dua patung figura penting zaman Joseon. Admiral Yi Sun-shin dan King Sejong. Tak sia-sia aku tengok citer Korea zaman joseon. Sekurang-kurangnya tahulah aku serba sedikit tentang sejarah diorang. Admiral Yi Sun-shin tuh aku tak pasti tentang contribution terhadap Korea tapi yang pasti panglima terkenal ala-ala Hang Tuah Hang Jebat. King Sejong pulak sebagai pelopor atau pencipta tulisan Korea atau Hangul yang wujud sekarang nih. Alah, tulisan bulat-bulat tuh. Dengan terciptanya tulisan Hangul makanya beliau berjaya menjadikan golongan bawahan atau rakyat biasa dari illeterate kepada literate. Sebelum ni golongan bawahan ni buta huruf dan selalu ditindas oleh golongan bangsawan. Sebabnya yang pandai membaca orang-orang kaya. Lagi pulak diorang guna tulisan cina yang lebih complicated, memang idokla rakyat marhaen nak menyusahkan diri nak belajar membaca. So, kiranya King Sejong nih besar gilerlah contribution terhadap Korea.

Admiral Yi sun shin.


King Sejong yang berbakti dengan tulisan hangul. Semua dia guna basic geometri shape.

Secara tak sengaja kitorang terjumpa dengan tempat yang boleh pakai baju maharaja dengan free of charge. Tempatnya betul-betul di kawasan Gwanghamun Square, jalan menurun untuk menuju ke subway Gwanghamun Station. Booth ini dijaga oleh ahjumma-ahjumma yang super friendly. Waktu tu memang tak ada orang lain, jadi kitorang mendapat layanan khusus dari ahjumma-ahjumma nih. Pakaian maharaja yang ade waktu tuh adalah pakaian berwarna merah dan warna gold yang dipakai untuk different occasions. Dapatlah jugak merasa untuk pakai pakaian diorang.

Bagus giler ahjumma tuh kasi aku sorang je pakai kaler kuning. King of the Kingkong.

Come..Come.. Lets take picture.

Sporting betul ahjumma ni orang ajak tangkap gambar sekali.

Dari Gwanghamun Square jalan sikit boleh nampak main gate Gyeongbukgung dengan berlatarbelakangkan Mount Bukaksan. Kebetulan waktu kitorang sampai tuh another changing guard ceremony baru nak start. Tak sangka plak yang boleh tengok dua changing guard ceremony dalam satu hari. Padahalnya, yang kitorang plan nak tengok yang the first one sahaja. Yang ni lebih besar kekdahnya. Aku siap boleh follow diorang nih berarak sebab there's no guard or something yang menyekat tourist mendekati rombongan changing guard ketika upacara tersebut berlaku. Kalau compare these two changing guard ceremony aku boleh katakan aku lebih prefer changing guard ceremony yang di Deuksugung Palace. Mungkin sebab kat sana kawasan yang lebih kecik yang membolehkan kitorang tengok lebih jelas walaupon tengok dari belakang diorang membontoti kitorang masa ceremony tu berlangsung.

Sesuka hati je landing kat dataran depan Gyengbukgung.

Another changing guard ceremony di Gyeongbukgung.

Selesai upacara, kitorang membeli ticket masuk dengan harga 3000 won. Memandangkan ade disediakan tour berserta English speaker untuk terangkan tentang sejarah dan tentang seni bina palace, we decide to join the crowd. At least adelah pekdahnya. Dapat additional info bila ade someone boleh explain for free. Kitorang dibawa dari satu tempat ke satu tempat sambil diterangkan tentang sejarah dan the significance of structure yang dibina. Dari tempat melepak maharaja, main hall dia sehinggalah ke rumah gundik, habis semua kitorang dibawaknya.

Tourist guide kitorang seorang wanita Korea di awal 30-an mungkin, dengan berbaju traditional hanbok. Aku tengok pon lemas. Tak panas ker. English dia OK cuma accent Korea yang pekat buat English dia sukar difahami. Tapi, oklah masih boleh difahami kalau compare dengan lecturer aku yang mengajar subject Management Accounting berbangsa India Canada. Apa dia cakap pon tak paham. Dalam kelas hanya mampu mengangguk dan menggeleng.

Our tourist guide yang gigih explain pasal history Gyeongbukgung.

Setelah dah puas habis dia bawak round, kitorang diberikan peluang untuk explore sendiri.  Seriously besar giler palace nih. Siap kitorang berkelah dengan bekal makanan yang telah diprepare oleh Echot dan Kiah. Nikmat betul makan nasi mengadap segala scenery dalam palace. Dah puas meround kitorang sembahyang dalam palace outdoor atas ade macam meja jepun tempat lepak. Next to the palace ade Blue House where the president stay. Alah macam White House bezanya Korea warna biru. Nasib Malaysia takda house nih, kalau tak, entah-entah nama Green House. Erk, Green House? Dalam hutan rimbalah jawabnya.

Si Moksu eksaited tengok building nih, katanya ade dalam drama Korea ape entah.

Yang tajam-tajam tuh basically adalah untuk mengelakkan burung buat sarang.

Some parts of the building dalam Gyeongbukgung dalam proses pemuliharaan semula sebab bangunan lama kan.


Merayap, merayap jugok. Sembahyang takleh tinggal.

Si Kiah nih follow jer aksi-aksi bengong aku kengkonon gelongsor. 

Water cooler, walaupon di Korea dengan rupa fizikal yang berbeza dari typical water cooler, tapi, masih rasanya sama.



Our next agenda adelah Bukchon Hanok Village. Bukchon Hanok Village nih located next to Gyeongbukgung Palace. Tapi kena keluar palace dululah on the right of the palace. Bukchon Hanok Village nih adalah di mana traditional Korean house yang masih wujud dan masih terpelihara. In fact, there are still people living there. Ada yang telah di convert menjadi cafe dan ade jugak yang jadi hostel. Kitorang at first macam sesatla jugak tapi main redah jer. Kitorang cari tourist information counter untuk dapatkan peta kawasan Bukchon. Kat Bukchon Hanok Village nih ade 8 spot must take picture, that's why kena dapatkan peta nih. Jangan risau peta nih amik free jer dari information counter. Kalau takdok peta memang merayap tak tentu hala lah jawabnya sebabnya tempat bergambar tuh bukanlah in one spot, sebelah menyebelah tapi jauh gaklah turun bukit, panjat bukit. Dah macam treasure hunt pun ade jugak.

Antara cafe dalam hanok village.


Nak memanjat bukit tak menahan tuh.

Dah dapat map, kitorang pilihlah which one yang kitorang nak terjah dulu. The first one kitorang pilih adalah spot no 4. Nak sampai sini jauh gak menapak. Kena panjat bukit bagai. Memang kepenatan berganda campur lagi dengan kepanasan, melekit berpeluh. Sesampai kitorang nampak tiles photospot kat lantai, menandakan kitorang sampai kat tempat yang ditujui. The photospot is actually tuk bergambar dengan atap-atap rumah hanok. No wonderlah kena panjat bukit bagai. Nak bergambar dengan atap umah orang rupanya. Tapi, atap dia agak rarelah bukan macam atap genting umah kat Malaysia.


The reaction by Echot was, "Panjat bukit, jalan jauh-jauh nak tengok atap jer?" Waktu tu aku hanya mampu gelak sahaja. Sumpah tak expect yang tempat tu semata nak tangkap gambar dengan atap jer. Kesimpulannya, jangan terpedaya sangat dengan digembar-gemburkan, nanti unexpectedly tengok atap jer. For those budak-budak architecture mungkin berminat sebab boleh buat sketches gambar atap. Untuk orang yang macam aku yang reti lukis orang lidi jer memang lupakan sajo. So, tengok atap kena skip. Kali nih, kitorang evaluate betul-betul peta on which spot yang kitorang nak pergi considering the spot itself worthwhile tak untuk pergi dan juga jarak dari tempat kitorang. One spot to the other spot dahlah jauh. Tapi, don't worry sebab there's always tourist information guy or girl yang memakai baju merah atau kuning around Bukchon Hanok Village untuk bertanya just in case kalau sesat.

Semata-mata panjat bukit nak cari atap nih. Adoiai..

Ada salah satu spot dari lapan tuh adalah spot tangga batu. Dah pe keskan nak semata pergi tengok tangga batu. Tangga Batu Caves tu pon tak terpergi lagi. Memang sah-sah kitorang skip. So, we decide to go to 5th and 6th spot of which located on the same alley. Yang bezanya the 5th spot nih adalah dari bawah alley yang mana boleh nampak kiri dan kanan perumahan dengan senibina hanok sepanjang jalan to the uphill. Memang seriously cantik. The 6th spot pulak adalah laluan di alley yang sama tapi di hujung alley memanjat bukit. Kalau dari 5th spot tuh, just jalan straight sampai ke atas. Kat sini pemandangan memang cantik sebab boleh nampak the roof of the hanok dengan berlatarbelakangkan bangunan-bangunan moden tinggi.

5th photo spot. Kiri kanan semua rumah orang.

6th spot. Dari sini boleh nampak old Seoul vs new Seoul.

Rumah-rumah di alley nih memang didiami oleh penduduk setempat.  In fact, siap ader signange yang mention jangan buat bising sebab boleh mengganggu ketenteraman penduduk setempat. So, kalau yang jenis gelak macam langsuir tuh, kengkawan dia jangan buat lawak bodoh bila berada di sini. Kang ade pulak langsuir dari dalam rumah menyerang. Aku wonder diorang nih dapat allowance ker dari kerajaan sebabnya it seems that privacy diorang dicerobohi dengan kedatangan pelancong ke kawasan perumahan diorang setiap hari. Kalau akulah, rumah aku jadi macam diorang, aku dah berpiket dah supaya bukan sahaja dapat BR1M (Eh..) tapi juga dapat allowance lain.

Melepak depan rumah orang. Nasib tak kena halau jer.

Setelah puas bergambar tertonggeng, terduduk, terlompat dan berbagai-bagai gaya lagi. We decide to proceed with our next agenda. So, out of the 8 spots, we only manage to go to only 3 spots. Macam tak berapa nak berbaloi jer nak pergi semua. Jadi, kalau nak ke Bukchon Hanok Village nasihat aku adalah choose wisely spot mana yang korang nak pergi. Sebab bukan dekat satu-satu spot tuh, unless ade plenty times to spent there ataupon nak main treasure hunt around Bukchon. Aku dengar pon rasa semput dah. Astalavista. Wassalam.

Od

No comments:

Post a Comment