Monday, June 8, 2015

Negara Muka Fake 4.5 : Di kaki Namsan Tower

Assalamua'laikum....

Dari Bukchon, kitorang bergerak menaiki subway untuk ke Namsan Tower. Kalau pergi Seoul tak pergi Namsan Tower memang tak sahlah. Ibarat ko pergi KL tak pergi KLCC. Untuk ke sini kena stop di station Myeongdong. Dekat jer dengan Namsan Guesthouse yang kitorang stay earlier. In terms of planning aku rasa planning kitorang fail sikit sebabnya by right kitorang patut pergi sini waktu kitorang stay di Namsan, jadi tak perlu nak membazir tambang train ke sini. Entah apa yang kitorang fikir pon tak tahulah.





So, bila dah sampai di station Myeongdong, boleh menuju ke Exit 3 of which the same exit dengan kalau nak pergi Namsan Guesthouse. Untuk ke Namsan Tower ada dua option. Sama ada nak menapak panjat bukit ataupon nak naik lift sebelum naik cable car ke atas. Memandangkan panjat bukit bukanlah option terbaik memandangkan dah seharian merayap, jadi kitorang pilih untuk naik lift sebelum naik cable car ke atas. Keluar aje exit terus jalan straight sehinggalah berjumpa dengan satu simpang besar. Kat simpang tersebut belok kiri dan jalan straight yang mendaki sikit dan akan nampak lift di hujung jalan. Kitorang naik untuk ke cable car.

Lift untuk ke cable car.

Nak naik cable car nih caj dia 6,000 won one way dan kalau beli return 8,500 won. Kalau convert rasa macam bapak mahal. So, jangan convert. Redhakan aja demi nak pergi ke Namsan tower. Naik cable nih sekejap jer tak sampai 5 minit pon. Tapi, kalau orang ramai memang kena beratur panjang jugaklah. Naik cable car boleh nampak pemandangan Seoul waktu malam. Cantiklah view dia. Setelah sampai tuh, memandangkan dah masuk waktu Maghrib, makanya kitorang decide untuk apar sejadah di kawasan bench tersorok sebelum memanjat tangga.

Seoul di kala senja dari deck cable car.

Actually, ada satu lagi option sebenarnya untuk ke Namsan Tower nih iaitu memanjat tangga dari bawah sehingga ke kaki Namsan Tower. Tapi, mau semput kalau nak panjat dari bawah sampai atas. Dari keluar cable car, perlu memanjat tangga sedikit sebelum sampai di dataran di kaki Namsan Tower. Right in front boleh nampak satu gazebo besar bercirikan chinese structure. Malam tuh orang bapak ramai. Boleh nampak ade beberapa pelukis jalanan duk tengah syok lukis karikatur.

Pelukis jalanan di sekitar Namsan Tower. Brother, mata minah tu sepet kot.

As we arrived there, Kiah dan Echot decide to go up to the Namsan Tower also known as Seoul Tower dan ke muzium teddy bear yang terdapat dalam Seoul Tower. Oleh sebab kitorang cheapskate, aku dan Moksu decide to stay dan merayap di kawasan sekitar. Sebab untuk naik dan ke muzium teddy bear aku rasa pricey dan kurang berbaloi. Lagi plak aku lagilah manalah minat teddy bear pejadah bagai nih. Kitorang singgah di souvenir shop di kaki Namsan Tower. Kat situ  banyaklah souvenir. Aku beli banyak poskad kat sini sebab poskad lawa-lawa dan tidak dilupakan jugak fridge magnet berharga 1000 won tak silap aku dan ade 3 keping. Oklah untuk kasi souvenir considering mata wang Korea yang mahal. Bolehlah beli souvenir lebih sikit kes tak naik Seoul Tower.




Kat sini famous for pagar-pagar sekeliling Namsan Tower yang orang letak mangga kengkonon hubungan akan berkekalan. Haktuih berkekalan sebab mangga. Rasa nak bawak pembuka kunci nak bukak satu-satu mangga. Nampak tak tanduk setan dah keluar kat situ. Tapi, mangga-mangga yang diorang letak tuh cantik-cantiklah. Souvenir shop tuh yang jual. Confirm barang best seller adalah mangga. Rasa nak buat side business menjaja mangga kat situ, tapi bukan mangga kunci, aku punya mangga, mangga lemak, mangga putik cicah colek dan macam-macam jenis mangga lagi.Kat sini banyak citer-citer Korea buat pengambaran which is another reason that make it so famous. Aku dan Moksu puas bergambar dan kitorang macam biasa dengan selamber duduk bersila tepi jalan menunggu diorang. Tanpa disangka-sangka ada macam video animasi yang dipancarkan ke badan tower tuh. Macam laser light punya show tapi dengan animasi yang menarik. Kitorang memang layan gaklah show tuh. Rezeki kitorang sebab unexpectedly dapat tengok.




Setelah seketika, diorang turun dari menara dan bergambar sakan. The best part is kitorang jumpa mangga besor gabak. Macam mana dia angkut pon aku tak tahu. Gigih sungguh. Dah puas bergambar setelah seharian merayap, jadi, kitorang balik ke pangkal jalan. Nanti aku sambung lagi. Astalavista. Wassalam.

Besar gabak mangga dia. Ko mampu nak angkut bawak naik atas?


Od

No comments:

Post a Comment