Friday, June 19, 2015

Negara Muka Fake 5.5 : Air Beirama di Banpo Bridge

Assalamua'laikum.....

Korang pernah tengok tak air keluar dari jambatan? Aku pon tak pernah tengok sebelum nih. Selama ni duk tengok air bawah jambatan jer kan. Petang tuh kitorang menuju ke Banpo Bridge nak tengok guane agaknya rupe air keluar ikut jambatan.

So, untuk ke sini naik subway dan stop over dekat station Express Bus Terminal dan keluar melalui exit 8-1. Keluar tengok sekeliling memang takkan nampak sungai ke jambatan ke memang non hado. Perjalanan masih jauh kena menapak. Keluar je, jalan straight sampai simpang 4 dan kemudian belok ke kanan. Memang jambatan masih tak kelihatan. Yang korang akan nampak jalan besor dengan banyak kereta. Jalan jer terus sampai nampak zebra crossing dan cross the road. Pastu akan melalui laluan pejalan kaki bawah tanah. Jalan jer straight, sampailah akan nampak satu park di tepi satu sungai yang sangat besar. Kalah Sungai Pahang gayanya. There we go. Dah sampai dekat Banpo Bridge.



Kalau melihatkan Banpo Bridge di siang hari, memanglah nampak macam jambatan biasa yang tiada bezanya macam jambatan dari Kuantan ke Tg Lumpur. Di sekitar sungai Han tersebut ade pavement khas untuk joggers dan cyclers untuk membuang lemak-lemak tepu. Memandangkan it was weekdays, tak berapa ramai pon orang kat situ. Kitorang sampai agak awal di situ sebab risau tak sempat nak cop tempat dan takut tak dan nak sampai sebab the show was only 20 minutes. Sangat sekejap.

Macam jambatan biasa je,cuma dua tingkat.

Aku rasa kitorang the earliest to arrive there. Berdepan dengan port kitorang melepak tuh ade satu building with a unique structure waktu tuh kitorang tak pasti apa building tuh. Kemudian baru aku figure out yang bangunan tu adalah floating island of which is artificial island yang diguna pakai untuk events. To kill the time, kitorang melepak sambil usha orang sekeliling. Menghampiri ke pukul 7 orang dah start ramai be it locals or foreigners tapi still tak berapa ramai considering it's weekdays.

Belakang, bangunan yang macam bird nest tulah floating island.

Waktu masih awal, jadi, kitorang melepak sajo.

Punyalah takde keje sangat. Kepura-puraan buat band tepi jalan. Jadi lead singer tak tahan. Lagu entah-entah twinkle twinkle little star.


Tiba masanya, ada music di pasang. My expectation was just keluar air dari celah-celah jambatan dengan lightings. Just that. Tak sangka pulak ada music dan pancutan air tu bergerak mengikut music yang dipasang. Agak cool jugaklah. Biler music rancak, air pon akan mengikut berselang-seli keluar dengan laju. Bila music slow, air pon lemah gemalai keluar. Campur pulak dengan cahaya yang keluar dari jambatan yang pelbagai warna. It was a great experience basically.

Bila show air pancut berjoget zapin dan kadang-kadang diselang-selikan dengan tarian ulik-mayang dah start.

Dah habis show air berjoget dari jambatan, at first, kitorang plan untuk terus balik ke Dalkom tapi dengan perut berkeroncong dondang sayang, kitorang decide nak ke Itaewon lagi sekali untuk try our luck ke Murree Restaurant.  Lagi pon esoknya nak balik dah. Tak completelah misi ke Korea kalau tak makan makanan Korea. Kalau takat Seoul Garden tuh memang sokmo dah. Siap Echot cakap, nak gi dahlah jauh, dah makan kenyang-kenyang kang balik lapo balik, kes jauh punya pasal. Jadi kijaannya.

So, dari Banpo Bridge kitorang menuju ke Itaewon. Nasiblah malam masih muda masa kitorang sampai di Itaewon even perjalanan dari Banpo Bridge ke Itaewon tuh agak lama. Memang dah rezeki kitorang, Murree Restaurant bukak malam tuh. Disebabkan kitorang dah kebuluran, setiap sorang order different type of dishes supaya dapatlah merasa makanan Korea lain-lain. Aku order secara rambang makanan. Aku dan Kiah order mee manakala Echot dan Moksu order nasi dengan kuah bersup. Bila sampai makanan, Moksu kalau tak silap aku dia order kimchijigae beserta nasi dan Echot nasi berserta sup daging. Rasa not bad jugaklah.

Kimchijigae.

Nasi dah sup daging.Walaupon nampak agak plain, tapi sedaplah jugak.

Sesampai jer makanan aku dan Kiah, aku dah excited even dah penat giler seharian merayap. Gila tak excited, mangkuk mee aku besar kot. Bolehlah memenuhi nafsu serakah aku nih. Bila sampai, makanan aku dan Kiah kelihatan macam sama yang membezakan adalah aku versi berkuah manakala Kiah versi kering. Aku agak terkejut sebenarnya melihatkan makanan aku yang mana ada ais diletakkan dalamnya. Nilah cold noodle yang digembar-gemburkan. Sumpah aku tak expect pulak aku order cold noodle. Itulah akibatnya bila ko order makanan main tunjuk-tunjuk tanpa baca properly description yang diberi. Menda baru kena try nih. Tak pernah hayat aku makan, makanan sejuk-sejuk macam ni kecuali ice cream. Well, if ice cream termasuk dalam kategori makananlah.

Versi mee kering Kiah. Nampak tak dia letak ais di situ.

Aku punya versi dia tambah air. Ais pun dah tak nampak dah sebab dah mencair.

Di atas meja, selain makanan-makanan yang kitorang order turut disajikan jugak beberapa side dish yang complimentary together with the dishes that we order. Antara yang wajib for sure kimchi dan seaweed dan its unlimited refillable. Penuh gaklah meja. Berbalik kepada makanan yang aku order tadi, cold noodle berkuah. Dengan menggunakan chopstick yang disediakan, aku dengan overconfidentanya menceduk makanan di depan mata. Almaklumlah kebuluran. Suapan pertama, urm... Sejuk makanan nih. Ada rasa chilli paste dalam kuah tersebut. Suapan kedua, bolehlah makan, kebulur punya pasal. Suapan yang seterusnya, aku beritahu kawan-kawan aku, "Lepas ni boleh dah nak makanan yang duk dalam peti takyah perhangat dah." Seriously, itulah perasaan aku bila makan makanan tersebut. Ibarat ko beli mee bandung tak habis makan, ko masuk dalam peti takut basi. Then, esok ko nak makan, ko keluarkan dari peti dan terus masuk mulut tanpa memanaskan makanan tuh.

Unlimited side dish yang boleh refill.

Aku dah macam, "Ini ke makanan yang aku order?" Tapi, Kiah siap makan sampai menjilat sudu.

Melihatkan keadaan aku yang makan macam telan mati mak bapak ke ape entah peribahasa tuh, aku dah lupa, Echot dan Moksu offer untuk aku merasa makanan diorang. Ya ampun, nikmatnya makan nasi panas dengan sup. Menyesal aku tak order nasi dengan lauk berkuah. Aku dah rasa nikmat makanan diorang, bila aku makan balik makanan aku, jadi tak berselera dah. Memikirkan satu dish tuh bila di convertkan ke duit ringgit mahal nak mampus, aku cubalah jugak nak habiskan. Tapi, tekak aku dah deny kehadiran makanan sejuk untuk masuk. End up, aku tak habiskan pon. Tiada niat nak membazir tapi tulah, akal fikiran aku dah proses suruh makan tapi tekak aku dah mendahului hantar isyarat ke otak cannot go already. Rare case for me, memandangkan selalunya akulah tong sampah makanan selalunya expecially kalau nasi. Memang aku tukang perabisnya. Tulah gedik lagi order menda lain selain nasik. Kalau dah memang antu nasi, nasikla patutnya order.

Well, damaged has been done. Nothing to be regretted. Kalau orang tanya pernah makan cold noodle, aku dengan yakinnya akan jawab "Sudah"! dengan muka yakin konon sangat sedap. Setelah makan, kitorang pulang ke pangkal jalan, Betullah firasat Echot, balik je mesti lapar balik sebab perjalanan balik jer dah jauh. Esoknya kitorang dah nak balik dah. Kena packing plak. Astalavista. Wassalam.

Od

No comments:

Post a Comment