Tuesday, October 18, 2016

Nomad di Indochina 1.0 : Misi mencari Cha Yen dan Passport Case

Assalamua'laikum...

Day 1 1st October 2014

Kuala Lumpur – Bangkok

Aku tak sempat tido. Bila semua dah gather, sebelum bergerak ke kaunter untuk check-in bag, kitorang sort-out dulu makanan dan all the liquid stuff. Thanks to Aizan sebab telah volunteer untuk bawak beg besar. Banyak giler rupa-rupanya makanan bila dah kumpul. Sebab kitorang ramai, jadi instead of kutip duit dan sorang je beli makanan, aku telah arahkan (macam gipang gilerkan, kasi arahan) semua orang masing-masing bawak 4 pot beras, 4 makanan bertin tak kesahlah apa-apa pun dan cikedis. Tak sangka pulak sangat banyak sampai beg Aizan yang besar pun tak muat. Nasib baik aku bawak satu beg kosong yang kemudiannya belum apa-apa diguna untuk isi segala macam makanan yang tak muat dalam beg Aizan.

Dah timbang segala bagai. Ngam-ngam 40kg. Fuh. Nasib aku tambah lagi luggage. Makanan dan liquid stuff sahaja. Yang tak menahan tuh, makanan dah macam nak pegi camping. Nak nasi impit, rendang, sambal kacang, spaghetti, carbonara, sebut je semua ada. Beg Aizan dah jadi macam poket doraemon penuh dengan makanan. Dalam nak dekat pukul 5, kitorang check-in dan terus heading to departure hall. Memandangkan semua first time di KLIA2 naik international flights, ada sedikit kerisauan memandangkan hand luggage masing-masing mostly more than 7kg. Tapi, KLIA2 tak strict. Yeay!! Diorang tak check hand luggage berapa kilo.

 Muka semua happy giler. Padahal tak cukup tido semua.

Ko tengok stok makanan 2 minggu. Dah macam peti bergerak dah beg Aizan nih. Masing-masing duk bergilir mengangkut.

Untuk menuju ke departure hall yang sepatutnya, kitorang melalui imigresen. Memula semua wonder, like seriously?? Takkan tak strict langsung? Rupa-rupanya dah menapak jauh, ada lagi satu imigresen. Kat sini memang dia check betul-betul. Tali pinggang, jam dan segala jadah yang berbesi semua kena scan.  Ada beberapa scene Aizan yang kelakar sepanjang trip nih.

#PeristiwaAizan pertama time dekat imigresen nilah. Aku beratur selang beberapa orang kat belakang Aizan. Memandangkan aku pakai tali pinggang, so, aku lambat sikit sebab nak kena tanggal tali pinggang. Bila aku dah settle letak segala harta pusaka aku dalam scanner tuh, tiba-tiba, nampak Aizan berpatah balik dengan berkaki ayam. Kasut ada di tangan. Dah kenapa pulak si Aizan ni. Dia dah sengih-sengih dekat aku macam kerang busuk. Dah macam gaya orang datang beraya dah. Berkaki ayam sambil melalui scanner yang macam ala-ala pintu tuh. Rupa-rupanya, dia kena patah balik sebab scanner berbunyi. Kasut yang dia pakai ada besi. So, kena patah balik dan letak kasut kat scanner beg. Kitorang memang bantai gelak dengar cerita Aizan. Pagi-pagi buta dah buat lawak.

Kitorang terus ke departure gate yang sepatutnya. Jauh giler berjalan kaki nak ke departure gate. No wonder aku banyak dengar cerita nak ke departure gate 30 minit tak kurang. Kalau lambat, alamatnya memang berlarilah kalau tak kena tinggal flight. So, even dah check-in, silalah masuk ke departure hall cepat-cepat. Lagipun tempat menunggu dia memang sangat selesa. Memandangkan dah masuk waktu subuh, jadi kitorang sembahyang subuh dulu sementara menunggu panggilan masuk flight.

Perjalanan dari KL ke Bangkok ambik masa lebih kurang 2 jam. Bangkok dan serata Indochina adalah awal sejam dari Malaysia. Dah breakfast nasi lemak Pak Naseer atas flight, semua pun dah hyper sampai di Don Mueng Airport. So, keluar dari airport tuju ke Gate 5 dan jam airport menunjukkan pukul 8.45 pagi. Memula confuse gak nak tunggu kat mana untuk naik bas. Tanya orang kat situ, dia suh tunggu betul-betul luar gate 5 tuh. Dan-dan time tu jugak bas A1 sampai. Bas A1 ni akan menuju ke Mochit dengan tambang bas 30 Baht. Dari airport ke Mochit ambik masa 15 minit tapi tu depends kepada traffic jugak.

Its Don Mueng. Masing-masing padahal tak kenal lagi. 

Bas A1 sampai betul-betul keluar Exit Gate 5.

Our plan was to take train to the Hotel first untuk mencampak segala bebanan luggage sebelum proceed to the next plan. Aku dah book siap-siap dorm for 8 di Take A Nap Hostel memandangkan dekat dengan train station. So, dari Mochit naik BTS ke Sala Daeng Station untuk tukar train naik MRT. Public transport kat Bangkok memang bagus tapi yang aku menyampah dengan BTS station dia adalah tak mesra OKU. Escalator untuk ke station tak ada. Lift apatah lagi. Saja kasi alasan OKU, padahal kitorang ni yang terseksa. Duk mengangkut luggage sorang-sorang jenuh memanjat tangga. Terseksa jiwa raga.

Ko tengok bas tambang dia macam style bas tambang dulu-dulu, pakai tiket yang nanti dia punch. Konduktor pon kemain pakaiannya.

Kat Mochit Station nih, nak mengadap tangga memang haru dengan luggagenya.

Dari Mochit ke Sala Daeng harganya 42 Baht.  Bila dah keluar dari Sala Daeng station, tuju sign board MRT. MRT ni actually keretapi bawah tanah. Untuk naik MRT ni siap kena lalu scanner macam kat airport. Nasib baik si Aizan tak kena cabut kasut sekali lagi. Beg pun nak kena bukak. Yang aku tak pahamnya dia suruh bukak beg dan suluh-suluh 3 saat. Pastu dah. Buat penat jer. Nak tutup luggage dah satu hal. Dari Silom station tu satu station je ke Sam Yan station. Harga 16 Baht.

Dengan mengikut instinct aku, dengan selamber pakai keluar je exit memana pun. Unfortunately, instinct aku salah kali ni. Sepatutnya kitorang patut keluar ke exit seberang jalan. Nasib baik ade Dyla yang ada sense of direction sikit. Kalau ikut aku pakai gamble jer. Jadi, kitorang terpaksa cross the road. So, untuk ke Take A Nap, kena keluar ke Exit 2 ke Hualamphong Wat. Keluar daripada Exit tu, belok ke kanan dan akan pass by Hualamphong Wat di sebelah kanan. Belah kiri seberang jalan ada satu mall. Aku tak ingat. Kena jalan dalam 200 meter then akan nampak Take A Nap on your right.

Hualamphong Wat right after ko keluar exit train.
 
Memula kitorang macam tak sure where is the hostel. So, halfway dah jalan kitorang decide suruh diorang tunggu dulu. Then, aku dengan Hana jalan. Sebabnya kalau salah takut kena patah balik with all the luggage. Bila dah berada di jalan yang benar, aku uruskan check-in dan Hannah patah balik untuk panggil diorang. Thank goodness walaupun baru pukul 11, diorang dah benarkan untuk check-in as the room is ready.

Right in front of the hostel.
 
Bilik dia cantik. Even dorm, masing-masing dapat single bed and no double decker. So, tiadalah aksi stunt turun dari katil.

12.30 tengahari dah settle down everything. Kitorang pun memulakan misi mencari tomyam dan teh ais. So, dari hotel kitorang naik train heading to area Pratunam sebab kat situ ada masjid and when there’s masjid memang sah-sahlah ade makanan halal. Dari Sam Yan station ke Silom station, sebelum tukar naik BTS dari Sala Daeng ke Ratchathewi. Harga 16 Baht dan 25 Baht respectively. Dari Sala Daeng untuk ke Ratchathewi kena tukar line di Siam station. So, untuk ke area masjid, dekat Ratchathewi Station tu keluar ke Exit 3, then jalan terus sampai ke Ratchathewi Juction dan belok kiri sampai jumpa lorong belah kanan Soi Petchaburi 7.

Kat Ratchathewi junction nih, after cross, silalah belok ke kiri dan akan nak nampak lorong ke Soi Petchaburi 7 where all the halal food is. Jangan jadi macam kitorang, menonong je ke depan. Hasilnya, sesat dengan confident.

Dengan confidentnya aku telah bawa kawan-kawan aku ke jalan kesesatan. Sepatutnya lepas junction, kitorang belok ke kiri tapi kitorang pergi straight dan masuk lorong-lorong rumah orang belah kiri bila jalan ke depan. Good thing is local people agak membantu. Bila sebut je masjid, diorang terus tunjuk jalan ke masjid. Siap lalu celah-celah umah orang. Bila dah jumpa masjid, semua dah memang tahap kebulur, so kitorang end up dekat Hayati Restaurant. Restoran dia macam proper sikit. Ada air-cond siap.Takut jugak kalau main bedal je makanan kat restoran tepi jalan, kang datang cherry berry. Tak ke naya. Dahlah baru hari pertama. Along the Soi Petchaburi 7 tuh memang semua kedai halal.

Laluan celah-celah rumah diorang punyalah lawa. Tapi, aku heran kat mana diorang nak parking kereta. Ke tak pakai kereta. Naik public transport jer.

 
Entrance pintu gerbang ke Masjid.

Do not expect makanan halal murah yer. Tapi oklah makanan. So-so. Still, tomyam dia tak cukup umph untuk kitorang. But then, the food were good though. Kebuluranlah katakan. Macam biasa, hantu-hantu teh ais semua, so, pakat duk order teh ais atau kot bahasa thai, cha yen. Except for Moksu yang kipas-susah-mati milo ais. Si Dyla suka betul cha yen kat Hayati. Bagi aku biasa jer, taklah up to my expectation hasil baca blog-blog cakap teh ais kat Thailand sedap giler. One thing yang aku rasa patut puji adalah, servis dia laju giler. Tak sempat nak merapu lagi, makanan dah sampai. Total incurred sorang THB150. Perut pun macam nak pecah dah waktu tuh.


Makanan penuh meja. Masing-masing muka kebulur dah tak sabar nak dig in.
 
Hayati Restaurant.
 
Next destination is shopping heaven for girls, Pratunam area. 7 years back aku dah pernah datang Pratunam sebab transit from China nak balik Malaysia waktu trip UiTM. Tak tahu kenapa aku rasa Pratunam macam kurang meriah as compared to before. Or is it sebab hari tu bukan hari minggu.  Sebab masing-masing ada aim masing-masing nak shopping apa, so we split up. Tikin, Dyla and Hana bawa haluan diorang dan aku dan the rest dengan haluan kitorang. Aku yang konon-kononnya tak nak shopping pun terjebak jugak shopping dekat Platinum. Platinum banyak giler baju cantik-cantik. No wonderla time keje KL dulu, all those seniors yang Chinese suka sangat pergi Bangkok shopping. Pastu pergi kerja pakai baju cantik-cantik.

Kau ingat kat Jepun jer ada Shibuya. Bangkok pon ada ok. Tapi ini bukan Shibuya Crossinglah. Shibuya Mall tak silap aku.
 
Pratunam dah start dipenuhi peniaga dan orang awam.

Aku dengan Nelly punya main intention di Bangkok kononnya nak beli passport cover dengan ada nama engrave dekat cover tuh. Bila usha-usha dekat blog harga around THB100. Kitorang jumpa yang the cheapest one pun THB150. Pastu tak lawa macam dalam blog. Atau adakah gambar dalam blog hanyalah ilusi optic semata ker, tak tahulah kan. End up tak beli pun. Nampak tak masing-masing punya kedekut. Padahal dekat blog tuh entah tahun bila dah dia beli. Aku pulak nyaris-nyaris nak terbawak balik beg duit yang dorang jual. Dah separuh jalan, baru perasan, dah kenapa pulak beg duit ni pada aku. Terpaksa patah balik. Nasib baik owner dia tengah busy with something. So, aku main campak jer dalam bakul yang dia letak beg duit banyak-banyak dan cepat-cepat blah dari situ sebelum orang tu perasan. Dah macam pencuri pulak.

Kedai jual passport case. Diorang jugak boleh buat Ipad punya case. Tengok penjual dia, macam nak tak nak jer menjual. Agaknya, dia tengok aku pon macam nak tak nak jer membeli.
 
On the way balik, sempat aku bedal 4 helai kemeja vintage yang harga THB80 satu. Kemeja RM8 sehelai kot. Kalau kat Malaysia, seluar tido aku beli kat uptown pun dah RM10. Saje nak memberatkan beg. Padahalnya baju dah bawak banyak giler sebab konon-konon tak nak shopping. Bila dah gather everyone, aku suggest pergi Talat Rot Fai. Pasar malam yang all the vintage stuff ade kat sana. Memandangkan Moksu dah tak mampu meneruskan journey, dia balik sorang-sorang.

So, dari Ratchathewi Station, kitorang pergi ke On Nut station. Dekat On Nut nih on ade night market jugak yang menjadi tumpuan local people. Baca dalam blog macam best sangatlah tempat dia.  Tapi bila pergi, tak seperti jangkaan. Sendu jer pasar malamnya. Pasar malam On Nut nih more like Uptown kalau kat Malaysia. Tapi, aku rasa Uptown lagi happening kot. So, tak payahlah susah-susah nak pergi On Nut.


Masing-masing dah tersadai kepenatan kat train dah buat macam negara sendiri.
 
Tapi, dari On Nut boleh ambik teksi untuk ke Talat Rot Fai. But, we end up pergi ke Tesco seberang On Nut night market untuk beli mineral water dan pergi toilet. Dan tak pergi pun Talat Rot Fai sebab katanya weekends jer yang happening. Semua pon dah super exhausted, setelah membazirkan lemak ke On Nut, kitorang balik ke Hostel. Astalavista. Wassalam.

Od

No comments:

Post a Comment