Sunday, October 16, 2016

Nomad di Indochina 0.5 Pre-Departure KLIA2

Assalamua'laikum...

Kemalasan mengadap laptop setelah seharian mengadap PC dekat office. Well, aku baru balik Taiwan last week which was best giler. Entah kurun ke berapa pulak aku nak buat entry Taiwan. Ni gigih nak sambung balik. Aku dah citer pasal pre-planning dalam previous post. Hope korang yang ada hati nak ke Indochina tuh boleh lah slow-slow buat research and bermanfaat dengan info yang aku provide. So, sebelum pergi tu, like 5 or 4 weeks before aku dah cuak giler tak dapat pergi. Kaki aku sebelah bengkak. Giler tak cuak. Nak jalan pun dah macam orang OKU. Alhamdulillah, setelah seminggu kakiku pulih seperti sedia kala.

Everything was discussed through group whatsapp jer. Last time, nak buat trip susah giler sorang-sorang nak kena call. Kali ni jimat bil telepon. Detailed info pun semua emailed je. So, kebetulan like 3 weeks before the trip, aku kena outstation ke KL. Gila tak happy. Terus buat appointment ngan bebudak ni untuk brief pasal plan.  Sebab ni adalah gabungan 2 geng, jadi some of them baru first time jumpa. First time jumpa pon, kecoh jugak restoran kitorang buat bising. Tulah masalah bila dah gather ngan member-member yang lama tak jumpa nih. Tak heran dah orang sekeliling.

Kecoh Chawan dibuatnya, sampai ada one group of guys tegur sebelum diorang keluar kedai. Pompuan, jumpa member memang tak ingat dunia.


Initially it was 10 then down to 8 then down to 7 sebab Dyla tak dapat join sebab dia baru masuk kerja baru. So, nak mintak cuti susah sikitla. Dahlah tu, si Tikin pulak will only join us half way sebab ada urgent job engagement. But then, still ok sebab at least dapatlah jugak join. The only mesyuarat agung para nomad sebelum trip. Nasib baik ade jugak mesyuarat.

Seminggu sebelum tetiba aktif gila group whatsapp. Padahalnya, sebelum tuh sunyi sepi. Almaklumlah semua wanita berkerjaya. Tetiba, 4 hari sebelum pergi, Dyla whatsapp tanya dia boleh pegi lagi tak. Gila tak boleh, of courselah boleh. Nasib aku tak cancel lagi flight booking dia. Katanya, cuti dia bos approve. The more the merrier. That was super duper unexpected kot.

*******************

Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. So, after office aku dan Moksu naik bas dari Kuantan ke KL. Usually, kalau naik bas ke KL, aku akan berhenti dekat Pekeliling. Memandangkan akan sampai di Pekeliling tengah malam dan sangatlah scarynye Pekeliling memalam. Jadi, kitorang stop di Pudu. Kononnya sebab aku search internet mengatakan bas ke KLIA2 ada 24 hours dan setiap jam. Tapi, haram jadah, bapaklah bedooh nyer. Aku usha2 memang takde. Tak tahulah kalau aku tak nampak ke apa kan. Atau pon ada specific lokasi menunggu bas yang aku tak tahu. Dahlah mindset Pudu is a scary place at night. Yelah, zaman sekolah dulu selalu naik bas kat Pudu nak balik Kuantan. Ramai orang pelik-pelik. Nasib baiklah Ablong datang ke Pudu untuk kasi kad insurans yang aku mintak tolong dia uruskan. Insurans is so important okay. Incase anything happend during travelling period. So, mintak jasa baik dia hantarkan kitorang ke KL Sentral.

At first we thought that every hour akan ada bas ke KLIA2 dari KL Sentral tapi rupa-rupanya the last bus is on 11pm and the next bus would be 2.45am. So, memandangkan kitorang sampai kat KL Sentral pukul 1 pagi. Terpaksalah menunggu bas 2.45. Harga tiket dari KL Sentral ke KLIA2 adalah RM10 dan sekarang dah RM11. Boleh refer website Skybus untuk jadual lengkap waktu bas. Apa yang aku perasan di KL Sentral macam tak ada signage yang menunjukkan arah untuk naik bas ke KLIA2. Ke aku yang tak nampak, aku pon tak pasti. For those yang tak tahu, boleh tuju ke arah Nu Sentral dan keluar dari KL Sentral dan cari escalator turun ke bawah. Turun dari escalator boleh nampak bas beratur kat tepi jalan. Boleh tuju ke kaunter dan beli tiket on da spot. Kengkadang kalau bas dah nak gerak, boleh bayar straight dekat driver.

Bapakla panasnya kat tempat menunggu bas tuh. Sementara menunggu tu aku book another 20kg luggage sebab pre-booked 20kg je for all of us dan macam ada possibility luggage terlebih jer dengan makanan sorang-sorang. Nasib baik bas sampai nak dekat pukul 2 pagi. So, kitorang naik bas dan tidur. Perjalanan ambik masa 1 jam lebih kurang. Everybody dah sampai airport dah except for us. Confirm dah tido dah semua. Ni first time aku naik flight dekat KLIA2. Memang cantik kot. Tapi most of the shops tutup time tuh. Heading to L2M, aku boleh nampak like everywhere ada orang tido. Kerusi semua penuh. Bila dekat L2M, lagi ramai orang tido bersepah-sepah. Good things is KLIA2, dia ada kawasan berkarpet. So, bolehlah tidur di kawasan nih. Apar je sleeping bag dan tido. Sekarang tak pasti boleh lagi ker nak tido sepah-sepah dalam KLIA2.

Kerusi kat level 2 nih rasanya dah tak wujud dah.

Ni kawasan berkarpet.



Kalau nak lebih selesa bolehlah ke Capsule Hotel. Aku tak ingat harga berapa. Tapi, boleh refer dekat website dia. Ataupon masuk ke departure bayar for Airasia lounge. Dapat makan free sekali. Sesampai di KLIA2 boleh nampak kawan aku 3 ketul tengah bergelimpangan tido sama.

Bebudak nih tido mati. Kalau aku kelepet barang diorang pon tak sedar.

Nanti aku sambung lagi. Astalavista. Wassalan.

Od

No comments:

Post a Comment