Monday, October 24, 2016

Nomad di Indochina 2.0 Cubaan Pakcik Babana untuk Scam

Assalamua'laikum...

Day 2 2nd October 2014

Bangkok

Memandangkan kitorang duduk dorm 8 orang dengan satu bilik air, makanya terpaksalah bergilir-gilir mandi. So, dapatlah lajak tido sementara tunggu turn mandi. Pagi-pagi lagi dah dengar jeritan Hana dari dalam bilik air. Kitorang memang dah bantai gelak dari luar walaupon tak tahu apa cerita. Nasibla, dapat kawan-kawan yang suka gelakkan orang. Rupa-rupanya bilik air dah banjir giler. Kepala paip dah tercabut. Air pressure kuat giler, nak pasang balik kepala paip tu pon tak mampu. Aku dah rasa macam bomba dah dalam bilik air. Elok sangatlah dulu kecik-kecik tak ada Kidzania nak berangan jadi bomba. Dah besar dapat jadi bomba sementara kat Bangkok pun jadilah. End up report dekat lobby, then tukang paip datang baiki. Tiada lagi kejadian bomba selepas itu. Sampai habis trip duk seriau takut paip air tercabut bila masuk toilet. Tulah Hana, semalam duk puji sangat paip air best. Ambik kau, best sangat sampai tercabut.

Right in front of Hualomphong Wat with the Jejongs minus Tikin.


Memandangkan Moksu is in the group, kitorang heading to Bang Sue.

Kitorang satu malam sahaja di Take A Nap dan kena check out hari ini. Maka, bermulalah agenda packing dan repacking. Memandangkan kitorang duduk dorm, breakfast tak provide sekali dalam pakej, jadi, breakfast dengan bekalan makanan yang dah dibawak dalam beg. Sebelum check out, barang-barang semua kitorang simpan di Hostel dulu. Apa yang bagus Take A Nap ni adalah, walaupun wifi kemut, tapi, ada pc dekat lobby untuk kegunaan those yang menginap di sini tanpa perlu bayar apa-apa. Sebelum keluar, matahari dah start memacak, bebudak nih tak berhenti suruh staff hostel tolong refill air sejuk dan diorang dengan baik hati tolong.

Salah satu Wat yang aku tak ingat namanya tepi sungai Chao Phraya.

The plan for today is nak pergi ke Grand Palace. So, untuk ke Grand Palace, kitorang akan pergi menaiki bot menyelusuri Sungai Chao Phraya. So, untuk naik bot, stesen train yang paling dekat adalah stesen BTS Saphan Thaksin. So, dari Sam Yan naik MRT ke Silom dengan harga 16 baht, Then, tukar train naik BTS Sala Daeng ke Saphan Thaksin dengan harga 28 baht. Dah sampai Saphan Thaksin, bolehla nak tuju ke Exit 2 ke Sathorm Pier. Basically, there’s a few choices of boat untuk naik Chao Phraya Express Boat. Untuk yang rasa nak naik boat untuk sightseeing sepanjang sungai Chao Phraya sambil ada tourist guide untuk cerita story mory atas bot korang boleh opt for Chao Phraya Tourist Boat. Dekat Sathorm Pier nih memang ada kaunter-kaunter untuk beli tiket naik tourist boat. Harga dia adalah 150 baht.

The train map on the ticket.

Nak kena keluar Exit 2 to the Sathorn Pier.

Memandangkan kitorang travel secara cheapskate dan idoklanye nak naik bot mahal tuh. Lagipun kitorang dah ada arah tuju of which kitorang nak pergi ke Grand Palace. So, kitorang naik bot tambang biasa yang diguna oleh local people. Curlass betul siap ada bot tambang.  Biasa kat Malaysia ada bas jer bas tambang. Untuk ke Grand Palace dari Sathorn Pier,  kena naik bot ke Tha Chang. Ada beberapa jenis bot yang akan berhenti kat sana. Bot kaler oren atau bot bendera kaler hijau. Dua-dua akan stop di Tha Chang Pier.


At first masa memula sampai kat Sathorn Pier tu blur-blur jugak. Kalau aku tak buat research mungkin akan gamble jugak naik Chao Phraya Express Boat yang for tourist tuh. Tapi, sebab tau ada bot tambang, so kitorang tunggulah. Sampai bot oren, kitorang bayar dekat konduktor yang stand-by dekat pier then terus naik. Tambang sekali naik 15 baht jer. Murah giler. Kalau macam confuse tak tahu nak turun which pier, korang jangan risau sebab in every pier yang diorang berhenti, ada signange bahasa thai dan tulisan rumi to indicate the pier’s name. So, just kena alert dan make sure tahulah nak berhenti dekat which pier.

Clearly written dalam tulisan Thai dengan tulisan rumi.

Perjalanan daripada Sathorn ke Tha Chang amik masa around 15 minit. So, bila sampai kat Tha Chang, korang akan melalui banyak gerai-gerai makanan kat luar tuh. Memang agak tergoda, tapi iman kuat lagi. Takde makanan halal kat situ. Jalan je straight, akan nampak tembok tinggi warna putih. That is the grand palace punya pagar luar. So, cross the road dan jalan jer straight menyelusuri tembok tuh sampai nampak pintu masuk ke Grand Palace. Diingatkan, nak masuk Grand Palace kena pakai sopan. Those yang pakai shorts kena pakai kain tutup aurat.

Jalan straight terus ke entrance Grand Palace.

Waktu kitorang sampai tuh, langit dah start mendung dah. Kitorang sempat bergambar kat luar jer. Lepas tuh, hujan lebat giler. Semua kat situ pun pakat duk berlari cari tempat berteduh. Nasib ada small khemah, bolehlah berhimpit-himpit sementara tunggu hujan reda. Aku yang kebosanan menunggu bawah khemah tu decide nak merayap dekat deretan kedai depan Grand Palace. Bosan kot tunggu bawah khemah. Hujan pon tak berapa nak lebat. Aku redah sengsorang. Dak-dak lain still tunggu sampai hujan berhenti. Antara deretan kedai ada small post office. Jadi, aku decide untuk cari poskad sebab alang-alang dah jumpa pejabat pos. Tengah aku ralit duk memilih poskad, mereka yang lain muncul. So, pakat memborong poskad. Among ourselves, aku suggest masing-masing pos poskad sesame sendiri. So, atleast each and everyone will get one postcard.

Bila ko suruh orang tolong tangkas gambar, habis semua menda dia nak kasi nampak. Awan gelap dah berarak bersedia nak memuntahkan hujan.

Macam aku, poskad Bangkok is officially my first postcard to myself. Padahal sebelum nih memang sentiasa beli poskad. Tapi, tak pernah hantar. Just buat collection jer. Harga poskad yang aku dapat satu 5 Baht. Quite cheap jugaklah. Setem untuk pos ke Malaysia 15 Baht dan akan sampai dalam masa 2 minggu which is memang after a few days lepas kitorang balik, received postcards. Cuma unfortunately, ada beberapa orang yang tak terima poskad diorang. Mungkin ada yang lupa nak tulis MALAYSIA dalam address. Apa yang aku boleh katakana adalah setem dekat Thailand is the cheapest compared to Cambodia and Laos.

Bukti penghantaran. Those yang tak sampai, gambar ni pengubat duka.

Memandangkan its lunch time dah memang kebulur, kebetulan ada jual jagung rebus. Nak mengisi perut yang berkeroncong, belilah jagung tuh dengan harga 20 Baht. Tapi, sumpah jagung dia manis giler. Dia letak susu cair, then letak gula. Masa dia curah gula dalam bekas jagung tuh aku ingat macam tertumpah. Sekali aku tengok yang dak-dak ni pon sama jer. Tak beragak betul brother nih letak gula. Tiap-tiap hari beli jagung kat sini boleh kencing manis. Tahap potong kaki punya.

Jagung tahap potong kaki.

Oleh sebab, aku punya itenarary yang aku prepare memang very open-ended. So, setelah mengusha peta yang terdapat di tepi jalan, kitorang decide untuk pergi ke Wat Pho sebab within walking distance. Wat Pho ni basically a reclining Buddha atau Buddha berbaring. Macamlah tak ada reclining Buddha kat Kelantan kan, nak jugak datang tengok kat Bangkok ni ha. Untuk ke Wat Pho, jalan dia lain dari ke Grand Palace. Bila keluar dari Tha Chang Pier, untuk ke Grand Palace just pergi straight jer, tapi, untuk ke Wat Pho, kena belok ke kanan, jalan straight sampai hujung jalan dan akan nampak Wat Pho sebelah kiri.  

A must buy drinks dekat sana adalah pomegranate juice atau jus delima. Sumpah sedap giler. Botol kecik tuh harga 40 baht. Memang berbaloi-baloilah sebab jus dia memang pure jus. Dia tak ada campur air or gula. Memula kitorang macam bajet dia campur air but then, bila tengok kat situ jugak dia perah buah delima and tak ada air pon dia letak. Kalau ada pun mungkin titisan air hujan yang termasuk sekali. On the way, ke Wat Pho, si Hana perasan ada jual makanan halal. Terus pakat terjah memandangkan semua dah kebulur. Kat situ dia jual roti pisang. Macam ala-ala roti canai,bezanya dia letak pisang campur dengan coklat ataupun madu, ataupun susu cair ataupun telur. Harga dalam 30-40 baht, bergantung kepada nak roti apa.

Teringat-ingat jus delima dia.

Akak yang jual tuh cekap giler. Buat laju betul. Kitorang yang tengok pun amazed. Aku yang memula ingatkan taknak beli pun, end up beli kes terliur punya pasal. Waktu kitorang menunggu roti pisang tuh, kitorang di’approach’ oleh beberapa driver tuktuk. Memula dia tanya kitorang nak gi mana. Then, kitorang jawablah nak gi Wat Pho. Pastu dia cakap Wat Pho tutup sebab harituh adalah Buddha Day. Aku dah pelik dah waktu tuh. Setahu aku, tak ada pulak aku buat research jatuh pada Buddha Day. So, dia suggest kitorang amik tuktuk, then, dia bawak tengok satu standing Buddha yang besar dan bawak ke gems store. Bila dia cakap bawak ke gems store, aku dah bau petai dah mulut dia.

Akak nih cakap giler tebar roti.

The so-called famous Thai pancake. Padahalnya roti pisang letak Nutella je pon. Tapi, makan lepas hujan panas-panas memang terbaik.

Then, someone among us, Nelly or Hana cakap dia ada terbaca dekat lif Take a Nap yang mengatakan pasal scam yang akan dibuat oleh driver tuktuk dengan cakap Wat Pho tutup dan dia akan bawak round-round dan last sekali ke gems store sebab dia dapat commission. Bila diorang mention, baru aku teringat yang aku pun ada terbaca dekat blog. Memang sah mulut pakcik tu bau petai. Dahlah tak reti sebut banana. Duk cakap ‘babana’, ‘babana’. Akak yang jual roti pisang dah a few times duk betulkan sebut banana, sebut jugak ‘babana’. Lantak kolah pakcik. The most important thing is, we will not fall into ur trap.

Cobaan Pakcik Banana nak convince suruh naik tuktuk. Si Hana pon yeye je dengar dengan khusyu'. Drebar tuktuk lain tinggal nak menumpang jer sebab Pakcik Babana sorang je yang pandai cakap omputih.

Dah selamat melantak, kitorang decide pegi jelah Wat Pho. Kalau bebetul tutup, baru pikir balik. And it happends that Wat Pho bukak kot. Celah mana Buddha Day entah. Entrance fees untuk masuk ke Wat Pho adalah THB100 dan air mineral akan diberi free serta free wifi untuk satu jam. Diorang akan kasi macam kad topup kat situ ada ID dan password. Kitorang kat sana pon tak lama sebab lepas tangkap gambar Nelly guna Polaroid yang keluar gambar misteri. Terus potong stim. Terus plan move on on the next agenda.
Enam tiket sahaja sebab Moksu dengan Put tak nak masuk.


The sisterhood and the travelling pants.

Bekas tepi nih aku tak faham fungsinya. Tengok orang duk masuk kan duit dah macam main congkak pon ada.

Landing baik punya. Beza dengan Kelantan, yang ni indoor.

Besar gedabak okey.

Tapak kaki dia penuh ukiran.

Scary tak gambar Polaroid nih. Dahlah aku yang tukang tangkap gambar.

Memandangkan souvenirs tak beli lagi, so, aku decide untuk ke MBK. So, dari Wat Pho, the nearest pier is Tha Thien. So, takyah susah-susah patah balik ke Tha Chang. Waktu kitorang balik tuh adalah waktu orang kerja. So, bot memang penuh giler. Kitorang terpaksa berdiri. Nasib baik dekat jer. Waktu balik, aku, Nelly, Put dengan Aizan amazed giler sebab takyah bayar. 15 baht untuk return ticket, super cheap. So, waktu on da way ke BTS station tuh, aku cakaplah kat Hana, “Murah giler kot bot dia. 15 baht tuk return tickets.” Hana pon dengan muka pelik, “Weh, balik tadi kitorang bayar kot 15 baht lagi.” Aku waktu tuh dah bantai gelak giler. Konduktor bot tu tak pergi kat kitorang untuk kutip tambang bot. Bila dia dah menghampiri kitorang, then, dia patah balik. Mungkin sebab orang ramai giler. So, kira mana sempatlah kutip tambang. Rezeki kitorang. Selamat 15 baht.

The one-way ticket that I paid. Sesuka hati jer bayar tiket sehala.

Untuk ke MBK, dari BTS Saphan Thaksin menuju ke BTS National Stadium dan keluar ke Exit 4. Harga 37 baht. Waktu sampai kat MBK, waktu dah nak dekat senja dah. Asar dengan Zohor tak sembahyang lagi. MBK pon second time aku ke sini, and aku ingat memang ada surau dalam MBK. Kitorang pon jalan secara random tanpa hala tuju. Nak cari kaunter pertanyaan pun tak jumpa. Then, ternampak ada sorang akak pakai tudung dalam kedai. Tanyalah kat dia mana surau sambil tangan buat gaya sembahyang. Akak ni memang tak pandai cakap English langsung, dia tunjuk jari jer suruh naik atas tingkat 6. So, the exact location untuk ke surau dalam MBK adalah tingkat 6, Zone C, berdekatan dengan lift. Boleh nampak signage ke surau. Terus sembahyang jamak sejamak-jamaknya. Jamak Zohor-Asar dan Maghrib-Isyak. Surau dia tersangatlah selesa. Respectlah dekat management MBK yang siap boleh sediakan surau even Thailand is a non-muslim country.

MBK turun Di National Stadium BTS Station.

Kat luar surau. Surau seriously well maintained.


Setelah seharian tak makan, kitorang heading to Yana Restaurant di tingkat 5, halal food di MBK. Actually, dalam MBK bukan Yana Restaurant sahaja yang sediakan makanan halal. Food court pon ada certain halal store. Makanan dekat Yana Restaurant I would say a bit pricey tapi worthwhile. Sedap kot. Aku tak tahulah sebab kitorang kebulur sangat ke apa. Tapi, serius sedap. Dan pencarian teh ais Thailand yang sedap berakhir di Yana Restaurant. Finally jumpa jugak teh ais sedap walaupun mahal.


Dah macam pegi semayang terawikh dah.

Dapat wifi, semua jadi anti-sosial. Si tukang tangkap gambar, fon bateri habis.

Later, we split up untuk memenuhi kemahuan masing-masing untuk shopping. Kalau ikutkan aku, memang taknak beli apa-apa sebab aim dekat Bangkok nak beli passport holder jer tapi aku beli jugaklah fridge magnet 3 for 100 baht. Most shops dalam MBK tutup pukul 9 malam. So, basically lebih kurang Malaysia jelah kan. Malaysia pukul 10. So, kitorang balik ke hostel untuk mengangkut segala luggage untuk ke Hualamphong Train Station sebab next morning, we have an early morning train to catch.

Masing-masing dah tersadai tunggu train sampai.

Aku tumpang sedih dengan kemangkatan Raja Thailand who are loved by the citizens. Well, Thailand is such a great country that I definitely go again. Astalavista. Wassalam.

Od

No comments:

Post a Comment