Wednesday, May 22, 2013

Trip Negara Mata Sepet : Episod 2 :Shenzhen - Guangzhou - HongKong

Assalamua'laikum....

...entry sebelumnya...

Mari kita sambung balik citer pengembaraan family aku ke negara mata sepet. Pengembaraan, dah macam Dora the Explorer dah. Hari kedua, lepas dah breakfast ala kadar dengan roti sambal Gardenia untuk alas perut, kitorang pun bergerak dengan penuh kesemangatannye. Memandangkan time nih baru habis musim sejuk nak masuk musim baru memang seriusly sejuk gila. So, sapa nak datang around bulan 3 camtuh jangan lupa bawak sweater atleast.



Haruslah bergaya cam ala-ala kungfu.

Sunday, May 19, 2013

Trip Negara Mata Sepet : Episod 1 :Shenzhen - Guangzhou - HongKong

Assalamua'laikum....
Konon-kononnya aku nak update pasal trip ke negara mata sepet. Malangnya, aku minggu lepas baru balik dari Padang, Indonesia for business trip. Ecece. Dengar dah macam business woman dah. Padahal.... 

Back to the motip sebenar post ini, 28 February yang lepas aku satu family dengan diketuai oleh Hajjah Ibu sebagai ketua rombongan telah berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, dah merancang setahun lalu, pergilah kitorang ke China untuk percutian. Hambek ko. Pantun empat kerat. Dah boleh masuk pertandingan berpantun kebangsaan dah nih. 

So, family dari Kuantan dah bergerak sehari awal dan macam biasa kitorang menjadikan tempat berkumpul kat Kolumpo, umah Ablong sebagai markas operasi. Untuk lebih jelas lagi markas operasi untuk mengosongkan beg dengan tujuan nak bawak beg kosong sebab nak pergi bershopping kat sana. Flight Pak Tony pukul 4 petang. By lunch, kitorang dah berkampung dekat LCCT takut jugak anything last minute jadi pape, tak pasal-pasal main kejar-kejar plak dengan kapal angkasa. Thanks to kawan Ablong yang tinggal kat Banting, sebab umah dia dah dijadikan tempat simpanan kereta-kereta kitorang. Kata berganda tuh, dah macam bawak kereta 4, 5 bijik. 

Duk packing-packing barang masuk pacuan 4roda dari markas operasi nak gi naik kapal angkasa Pak Tony.

Muka hyper xleh nak hodoh lagi nak pegi bercuti negara mata sepet .

Monday, April 22, 2013

Trip Negara Mata Sepet : Shenzhen - Guangzhou - HongKong

Baru-baru ni, aku satu familly merayap ke negara mata sepet, China ngan Hong Kong. Dulu aku dah pernah pergi dah negara mata sepet ni tapi Beijing ngan Shanghai ikut trip kolej zaman-zaman hingusan kat UiTM. Kali ni, kitorang terjah ke Shenzhen, Guangzhou dengan Hong Kong. Trip merayap kali ni berbeza sikit compare dengan family trip kitorang sebelum ni sebab kali ni ada ahli baru dalam family.

Semua plan, itenarary semua dah diplan baik punya oleh Hajjah Ibu memandangkan aku sibuk kerja audit company orang siang malam. So, tak dapek den nak nolongnya. Kitorang merayap bukan in back packers style tapi beg tarik style. Nak ikut travel agent tak mampu la plak. Bankrapla weh. Mau tak bankrap, kalau sorang dah tiga ribu paling murah, kitorang Haji Abah, Hajjah Ibu, 8 beradik + 1 kakak ipar + 1 budak kecik mata sepet, tak ke habis RM 30 ke 40 ribu gak.


Kepala Masuk Air

Setelah berhempas pulas kerja macam orang gila, segala jenis jerawat batu semua pon dah menjalar seperti cendawan tumbuh selepas hujan (ada ke jerawat menjalar???) selama dua tahun lebih. Hidup tunggang langgang kat Kolumpo, maka aku pon buat keputusan nak berehat seketika menambah lemak-lemak tepu yang dah hilang. Niat nak menaip dalam blog dah lama tapi kebizian kerja, pergi pukul 9 pagi balik pukul 4 pagi menyebabkan aku yang bajet wanita berkarier tapi tak pakai kereta Harrier ni tak dapat nak gilap bakat menulis. Dulu time SPM, orang selalu dapat star ke bagus ke A ke dalam karangan, aku siap dapat BENGONG lagi.

Memandangkan aku pun dah berenti keja sebagai auditor berjaya tak berapa berjaya dan telah menjadi seperti ikan dugong kat umah ni. Duk makan, tido, tengok tv je kijenye. Maka dengan itu kerja yang sia-sia tidak membuahkan hasil itu perlulah diisi dengan perkara yang lebih bermanfaat lagi kurang membuang masa. At least bila Haji Abah dengan Hajjah Ibu tengok, nampakla macam busy sikit duk menaip-naip dalam blog nih.

Maka dengan itu, aku nak menghapdatekan aktiviti-aktiviti sia-sia aku selama sebulan lebih menjadi ikan dugong kat rumah dan aktiviti-aktiviti merantau aku dari tahun lepas yang tak sempat nak di share.

kalau rasa takde keja, meh pakat-pakat melompat

Od