Sunday, June 8, 2014

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi : 1.0 Perjalanan ke Kota Nabi

Assalamua'laikum....

...entry sebelumnya...

Day 1 in Arab Saudi. Alhamdulillah we managed to arrived without much problems. Sebelum aku proceed cerita pasal perjalanan ke Madinah, aku nak cerita sikit pasal waktu dalam flight on the way atas langit. Well, memandangkan there's a time difference between Malaysia and Arab, susahlah nak jangka bila masuk subuh. Bukan tau pun lalu negara mana and pukul berapa masuk subuh. Kena pulak pilot lalu jalan kampumg (refer post lepas), lagilah tak tahu. Sebelum ni, waktu pergi kursus haji dan umrah, diorang dah explain siap-siap. Sesetengah flight, diorang tak benarkan penumpang untuk guna toilet untuk ambil air sembahyang memandangkan toilet akan basah bejeruk dan akan menyusahkan penumpang lain. So, basically, there's two options available. 



1) Memandangkan tak boleh ambil air sembahyang, so, just buat sembahyang menghormati waktu. This is memang first time aku dengarlah. Ade jugak rupa-rupanya sembahyang macam ni. Solat menghormati waktu ni adalah kita buat solat subuh macam biasa dalam keadaan duduk kat seat masing-masing atas kapal angkasa. Kira kita sembahyang macam biasa cuma dalam keadaan tak ada air sembahyang. But then, bila landing jer terus kena qada' balik solat tersebut sebab mana sah sembahyang tak ada wudhuk. Atau..

2) Walaubagaimanapun, lebih baik sembahyang dalam keadaan sempurna. Maksudnya, ada wudhu'. Lagipun, namapun journey nak buat umrah kan. So, in case tak dibolehkan untuk ambil air sembahyang di toilet, sila bawa spray ajaib. Korang boleh tanya Pakcik Google sendiri spray ajaib camno. Jangan pulak bawak spray buat gosok baju tuh. Yang tu besor sangat. Bila dah ada spray tuh, just refill air dalam tuh. So, boleh guna untuk ambil air sembahyang. Memandangkan ruang yang sangat limited dalam flight, just ambik yang wajib je. Wajib maksudnya sekali basuhan untuk setiap anggota wajib pun dah cukup. Spraylah kat anggota wajib dan ratakan. Tak payahlah nak rajin nak basuh telinga atau nak kumur. Aku tak boleh bayang nak kumur, then nak ludah kat mana. Memang jawabnya telan baliklah air tuh.

Aku bernasib baik sebabnya right before dia nak announce masuk waktu subuh, tangki aku dah penuh. Full tank. So, terpaksa dikosongkan. Dan-dan waktu aku masih dalam toilet kapten announce masuk waktu subuh. Tak payahlah aku susah-susah nak guna spray ajaib aku untuk amik air sembahyang. Dahlah aku duduk sebelah mamat dari Indon. Nak selak-selak lengan baju kain nak amibik air sembahyang. Lepas aku sembahyang tu, wakil-wakil travel agency masing-masing pun duk round inform jemaah masing-masing suruh buat sembahyang hormat waktu. Aku seriously wonder, sebabnya setahu aku, waktu pergi kursus harituh, ustaz tu cakap kalau tak boleh amik air sembahyang of which diorang tak kasi ambik air sembahyang dalam toilet. Apa-apa pun aku pun dah siap sembahyang, lagipun yang wakil-wakil travel agency tu mungkin jugak ustaz-ustaz yang lebih arif. 

However, still curiosity is killing me. So, aku tanyalah Haji Abah. Haji Abah punya pendapat, dia pun tak setuju dengan ustaz-ustaz nih, sebabnya memang ada kemudahan untuk ambil sembahyang, so, tak perlulah nak sembahyang menghormati waktu sebab memang boleh ambik air sembahyang. Whatever it was, nasihat aku, bawalah spray ajaib supaya lebih mudah untuk ambik air sembahyang. Adik aku cerita pulak, dia nampak pramugara duk cakap ngan kawan dia suruh tolong cover keja dia kejap sebab dia tak sembahyang lagi. Bagus jugak diorang nih. Masih tak melupakan tanggung jawab utama. 

Masa sampai di airport, untuk urusan imegresen, diorang suruh perempuan dulu pergi. Lelaki-lelaki kena stay dekat tempat menunggu. Waktu tu aku macam, "Eh!! Mahram takyah ada ke?? Takkan tak check kot??" Sebab menurut Ustaz Pa, imegresen dia akan cek kita datang dengan sapa untuk ensure ada mahram. Tapi, time tu memang tak check langsung. Just tengok passport dan cop. Memang cepatlah. Walaupun cepat, still kena tunggu yang lain-lain. Dahlah tak boleh tunggu lama-lama dalam tu, dia halau suruh keluar. So, sementara Hajjah Ibu tunggu yang lain, aku keluar dan try kontek Ustaz Mat yang sepatutnya menjadi mutawwif di sana. Dah kontek, Ustaz Mat kasi nombor driver bas kitorang, sorang Indonesia dan dia suruh inform orang yang jaga dekat tempat menunggu tu kitorang dari mana. Aku pun try kontek driver bas, expectation dia cakap melayu, sekali cakap arab da. Nak mampus, aku bukan reti cakap Arab. Yang aku tahu pun Ana Anta Anti pastu benda-benda basic waktu belajar sekolah rendah dulu macam nombor tak pun ibilun unta. Dahla berlambak bas kat situ. Jenuh.

Luar ruang selepas kaunter imegresen. tempat ambik beg.

Haji Abah dah siap, aku inform pasal apa yang berlaku. Haji Abah call balik Ustaz Mat untuk double check takut nombor salah. Nombor yang diberi sama. Apa kes. Drebar ni nak kena cepuk agaknya aku cakap melayu dia pergi cakap arab. Credit pun almost habis. Nasib baik ada satu lagi simcard yang Travel Agent kasi free kat kitorang. Haji Abah kol, barulah drebar Indon tu yang angkat. Dia inform bas mana. Padahalnya bas parking memang depan mata kitorang. Cuma drebar bas tunggu kat lain dan kasi arab mana pegang phone dia.

Luar airport. Yang ni sebenarnya airport haji bukan airport komersial. Airport ni dijaga dan dikawal ketat oleh askar. So, hanya drebar bas je boleh masuk. Even, mutawwif pun tak dibenarkan masuk.

Dah luggage masuk semua dalam bas, ada lagi beberapa orang yang tak ada lagi. Haji Abah patah balik untuk usha apa lagi masalah. Hajjah Ibu memang tengah tunggu diorang. Setelah tunggu beberapa ketika, barulah semua ada. Rupa-rupanya diorang lambat sebab ada sorang dalam group kitorang kena tahan dengan imegresen tanpa alasan. Dahlah dia the only one yang jemaah solo. Sebabnya yang lain semua dengan family. Whatever it was, everything was fine dan pukul 10.30 pagi waktu Arab Saudi, bas bergerak menuju Madinah. Bayangkan 3 jam setengah dari flight landing sampai semua urusan selesai.

Bas tu kapasiti dia ngam-ngam muat 50 orang. Tu pun Haji Abah terpaksa duduk seat co-pilot depan pintu. Ala-ala mutawwif gitu. Dah keluar dari airport, sepatutnya ada mutawwif sekali. So, perjalanan tergendala sebentar, bas berenti sementara tunggu Ustaz Mat sebagai mutawwif. Katanya, teksi yang bawak dia sesat. Jadi, melambatkan sedikit perjalanan. Aku duk bayangkan Ustaz Mat ni dah tua. Dahlah waktu aku cakap phone dengan dia, cakap kelantan yang suara rilex dan lembut. Sekali muda gila. Ustaz ni orang Patani tapi lahir dan membesar di Mekah. Patani, no wonderlah cakap Kelantan. Nasib baikla aku reti jugak cakap Kelantan walaupun kawan-kawan Kelantan aku cakap aku cakap macam Siam, kelakor.

Perjalanan ke Madinah ambil masa kira-kira 6 jam. Tapi, bas ada stop jugak di R&R untuk lunch dan sembahyang jamak Asar dan Zohor. R&R dia memang cikai gila. At least adalah jugak tengah-tengah padang pasir nih. Kitorang berhenti makan. Makanan nasi arab. Sedap jugaklah. Sebab perut lapar, memang sebat licin. Makanan dia memang tak ada kuah. Memandangkan standard orang Malaysia makan nasi tak boleh tak ada kuah, paling cikai pun ada kicap, kitorang order satu gulai daging. So, adalah jugak kuahnya. Tapi, yang paling penting air jus dia. Haji Abah dengan Hajjah Ibu memang 'kipas-susah-mati' (baca die-hard-fans) jus mampelam arab. Air dia memang sedap giler. Memang rich. Harga untuk makanan nasi Arab 10 riyal, jus mampelam 2 riyal (bapak murah weh) dan air mineral 1 riyal. 

Meja makan urus setia. Haha. Urus setialah sangat. Ko tengok Ustaz Mat tuh muda gila. Dahlah dan-dan nak pakai kupiah sebab nak tangkap gambar.

Ni makanan memang terbaik. Aku sebat licin siap tolong habiskan portion orang lain lagi.

Semua dah settle makan sembahyang, perjalanan diteruskan. Tapi, most of the time aku tido je sebab penat satu. Satu lagi, scenery membosankan. Kiri kanan padang pasir. Patutlah aku pernah dengar orang Arab suka datang negara kita sebab cantik. Lalu highway ade pokok-pokok dan bukit bukau. Bersyukur jugaklah aku dengan keadaan highway di Malaysia yang lebih proper dan pemandangan yang lebih cantik. Sebab tu aku tak pernah bosan waktu driving sorang-sorang dari KL ke Kuantan siap selalu ambik gambar awan-awan nano sambil driving. Aku rase aku sorang je ade hobi nih, sambil drive tangkap gambar awan nano disebalik bukit bukau. Aku wonder macam manalah Rasulullah dengan Abu Bakar dulu travel dari Mekah ke Madinah di tengah-tengah padang pasir. Naik kuda pulak tuh. Aku yang naik bas pun letih gila.

Bayangkan nilah pemandangan sepanjang perjalanan. Tanah tandus yang tona kaler sama je. Ni yang orang panggil earth colour.

Setelah 9 jam atas flight + 3 jam di airport + 6 jam merentasi padang pasir, belum campur 6 jam perjalanan dari Kuantan lagi, kami pun sampai di hotel, Mukhtara Al-Amin. Ustaz Mat ada cerita yang Nabi Ibrahim pernah mintak dengan Allah supaya Kota Mekah diberkati. Allah kabulkan doa' beliau. So, waktu Rasulullah membuka kota Madinah, baginda mintak seperti Nabi Ibrahim tetapi supaya Madinah dua kali ganda lebih berkat dari Mekah. Allah kabulkan juga. So, kalau di Madinah, contohnya 1kg beras di Malaysia seminggu dah habis. Tapi, di Madinah 1kg beras lebih 2 minggu pun tak habis lagi. Rezeki memang melimpah ruah. Keberkatan yang Allah kurniakan terhadap Kota Madinah. 

Hotel Mukhtara Alamin atau Mukhtara International yang jaraknya lebih kurang 250-300m dari Masjid Nabawi.

Pukul 4 petang sampai dan 4.30 dah boleh dapat bilik masing-masing. Urusan pembahagian bilik yang dirisaukan Hazim takut caca marba pun smooth gila. Hajjah Ibu dah prepare list bilik baik punya. Alhamdulillah, sebab kata Hazim selalunya kalau kat Madinah urusan bilik selalu problem dan ambik masa. Orang semua berpusu-pusu menuju ke masjid sebab dah masuk waktu Asar tapi memandangkan kitorang semua dah jamak jadi, rehat je di bilik dan pukul 6 Ustaz Mat suruh berkumpul di lobi untuk dibawa ke masjid untuk solat Asar.

Madinah, bilik lebih besar membolehkan satu bilik lebih ramai boleh duduk. Kitorang satu family manage to get one room with 5 beds for all of us.

Aku amazed gila tengok orang berpusu-pusu ke masjid untuk sembahyang asar. Dah macam rush hour kat KL semua keluar ofis dan menuju stesen LRT.

Nanti aku sambung balik cerita tentang pengalaman pertama di Masjid Nabawi dan yang paling penting ke Raudhah. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dapat sampai ke sini. Aminnnnnnnnn. 

Astalavista. Wassalam.

No comments:

Post a Comment