Monday, June 16, 2014

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi : 1.5 Masjid Nabawi dan Raudhah yang Pertama

Assalamua'laikum..

...entry sebelumnya...

Tergendala sebentar post umrah cheapskate ni memandangkan aku sekarang tengah busy untuk prepare akaun untuk auditor. Dulu jadi auditor, tak rasa yang auditor ni irritating. Sekarang, auditor duk chase baru rasa menyampah dengan auditor nih. Tak pasal-pasal termengumpat auditor pulak.

Well, back to the story. Seperti yang aku mention its my first time in Madinah. Rupa Masjid Nabawi pun tak terbayang. Sebelum pergi je baru duk tanya Pakcik Google gambar Masjid Nabawi sebab konon-kononnya nak prepare booklet itenarary. Barulah tau Masjid Nabawi ni ada kubah warna hijau. Nampak tak betapa 'ignorance'nya aku, tempat suci kedua yang terpenting pun aku tak tahu rupanya. Yang aku tahu rupa Masjidil Haram, which is where the Kaabah is. Yang ni kalau ada yang tak tahu, memang lagi teruk dari aku.

So, setelah masing-masing dah settle down ke bilik masing-masing dan berehat after such a long journey, pukul 6 semua orang gather di lobi untuk ditunjukkan arah ke Masjid Nabi. Dari hotel ke masjid dalam 250 - 300 meter. Tak dekat sangat dan tak jauh sangat. Just nicelah. Kalau dekat sangat, tak boleh nak tengok surroundings and orang local. Dari hotel ke masjid akan melalui kedai-kedai yang jual macam-macam barang. Tapi, bila azan je masuk waktu solat, semua kedai tutup. Kalau kat Malaysia, time Maghrib la time peak orang kat pasar malam. 


Ustaz Mat bawak the whole jemaah menyusuri kedai-kedai menuju ke Masjid Nabawi. Bila melalui lorong-lorong kedai, semakin dekat akan nampak satu dataran besar yang penuh dengan tiang-tiang. Aku waktu tu nampak je, masyaallah memang amazed gila. Tak tergambar dengan perkataan. Serius, sangat cantik. Di luar pagar masjid, banyak orang menjual barang-barang. Jubah, tasbih, inai. Semua ada lah. Bila dah masuk perkarangan masjid, kitorang yang pompuan-pompuan ditunjukkan pintu untuk wanita. Lelaki punya entrance is the other side.

Pemandangan dari luar on da way nak masuk ke dataran masjid.

Bila dah masuk , dekat pintu entrance, ada askar perempuan yang tutup litup dengan jubah hitam akan check dalam beg setiap orang yang masuk. Kamera DSLR tak payah mengada nak bawak masukla, besar gedabak confirm tak lepas. Tapi phone dan camera compact biasa memang tak ada masalah. Bila nak masuk, jangan pulak tinggalkan selipar kat luar masjid buat macam kat masjid kita. Kena ambik dan simpan di rak kasut yang disediakan. It's better if kalau ada kantung untuk kasut. Simpan dalam kantung dan letak dalam rak-rak kasut yang disediakan. Just makesure kena ingatlah selipar diletak di rak mana dan dekat di pintu mana sebab memang banyak sangat pintu. Nasib baik kitorang travel agent bekalkan setiap seorang satu kantung untuk simpan selipar.

Bila dah melepasi entrance, basically ada 3 bahagian dalam Masjid Nabawi bahagian perempuan. The first part bila masuk adalah kawasan air zam-zam. Kat sini banyak tong-tong air zam-zam sepanjang masuk kiri dan kanan. Dalam hati aku, "Wah!! Kat sini pun ada air zam-zam. Berlambak pulak tuh tong-tong dia. Ingat kan kat Mekah je ada. Siap ada cold and warm punya." Yang lagi tak tahannya, macam tak pernah habis. Sentiasa direplace tong dia. Dekat tong-tong tu ada disediakan cawan plastik. Tapi, advisable untuk bawak botol sendiri. Senang, bukan apa, boleh bawa ke tempat sembahyang dan bila dahaga tak perlulah bersusah-payah patah balik ke tempat air zam-zam.

The second part pulak kawasan mak-mak yang ada anak kecik dan mereka-mereka yang berkerusi roda. Kawasan ni memang bising sebab ramai budak. Diorang bukan macam orang melayu kita, kalau ada anak-anak kecik memang tak bawak gi masjid. The third part pulak kawasan wanita-wanita dewasa tanpa kanak-kanak. There's a crafted wooden wall ala-ala tirai yang membahagikan kawasan yang boleh dibawa kanak-kanak dan kawasan yang tak boleh bawa kanak-kanak. Reason being mungkin tak nak mengganggu orang nak buat ibadah. Untuk masuk ke the third part ni pun ada askar yang jaga taknak kasi mak-mak yang bawa anak kecik masuk ke kawasan sembahyang tersebut. 

Waktu kitorang sampai tu sebenarnya awal jugak. Tapi, kawasan berkarpet semua dah full. Malam tu memang sangat ramai orang sebab malam Jumaat. Orang ramai mungkin sebab berbuka puasa di Masjid. Tak ada ruang untuk selit masuk. Yang peliknya diorang rilex je letak makanan atas karpet kat tempat sembahyang tu. Kalau kat Malaysia nih, memang sah-sah kena marah dengan Makcik-makcik AJK masjid. Because of there's no place dekat atas karpet, jadi kitorang sembahyang dekat simen je, betul-betul belakang tirai kayu divider tempat sembahyang antara lelaki dengan perempuan which is later memang jadi port semayang kitorang kalau datang lambat tak dapt secure place di karpet.

Bila dah masuk masjid, janganlah lupa niat iktiqaf sebab bila dah niat iktiqaf, apa-apa yang kita buat pun dapat pahala. Pahala kalau beibadat dalam masjid Nabawi adalah 1000x ganda. Dah dapat port kitorang pun perform sembahyang tahiyyatul masjid. Dengaj jer azan dia, pergh, memang menusuk kalbu. Biasa dengar kat tv jer. Ini live weh. It is better to bring along small sejadah untuk alas tempat sujud sebab kena dapat port cam kitorang kat simen kan susah. Sembahyang kat sana memang best gila. Bacaan dia, Masyaallah memang lunaklah. Sembahyang maghrib kat sini diorang selalu baca surah-surah pendek jer. Reason behind it pun aku tak sure, tapi aku rasa mungkin nak kasi peluang orang untuk properly buka puasa.

Masa senggang antara Maghrib dan Isyak diisi dengan perkara berfaedah. Mengumpat tidak termasuk dalam senarai berfaedah.

Bila selesai je sembahyang isyak, aku dengan adik-adik aku mestilah nak ambik kesempatan nak buat sembahyang hajat banyak-banyak. Nak datang ke Madinah ni bukan senang. Baru nak bangun sembahyang, minah-minah berjubah hitam duk jerit-jerit,"Ziarah!!Ziarah!! Ziarah!" Pastu duk halau-halau orang yang dekat area bersimen. Kitorang memang waktu tu blur gila. Aku tanya adik aku," Memalam pun ada ziarah?? Pelik betul orang Arab nih." Adik aku,"Tulah pasal. Dahlah duk jerit-jerit dalam masjid." Dalam hati, dah nak ziarah panggil jelah orang-orang travel agent ko, yang ko nak halau kitorang nak beribadat buat apa kan. Patah semangat nak buat sembahyang sunat. Bukan senang aku yang pemalas ni nak sembahyang sunat.

Tong-tong air zam-zam yang free flow. Karpet zamzam ali kazzam takde yer. Ramainya manusia kat sini.

Kitorang pun heading back to hotel. Malam tu orang extraordinary ramai sebab malam jumaat. Esok diorang kan cuti. Sebelum keluar tuh, sudah pasti refill dulu air zam-zam. Betullah orang kata, air zam-zam minum di sini memang lain. Sedaplah. Kalahlah air Coway atau air mineral. Pukul 9 nak kena gather di lobby untuk ke Raudhah pulak. So, better gerak balik so boleh dinner dulu. Bila balik bilik, Hajjah Ibu dah siap masak nasi impit dan kitorang makan dengan daging dendeng yang dah siap bawak. Hajjah Ibu takleh sembahyang, jadi, beliau telah bawak orang-orang lain yang takleh sembahyang buat ziarah dalaman kawasan masjid sementara kitorang gi sembahyang. Memang macam mutawwif sangat kan.

So, around 9.30 baru bergerak ke masjid. Paham-paham jelah janji melayu nih. Memandangkan its first time. Jadi, kami diiringi oleh dua orang ustazah dari Indonesia. Ustazah Rahmah dan Ustazah Dia. Before that, aku story sikitlah what is raudhah actually. Raudhah ni maksudnya taman-taman syurga. 

Sabda Rasulullah saw . “ Antara  rumahku dan mimbarku adalah  Raudhah di antara taman-taman syurga.” (Hadith Riwayat Bukhari)

Raudhah ni kawasan dia kecik je which is antara mimbar Rasulullah dan rumah baginda which is now dah jadi makam baginda. Nak membezakan antara kawasan raudhah adalah karpet. Kawasan raudhah karpetnya the one and only berwarna hijau as compared to kawasan lain dalam masjid berkarpet merah. Kenapa orang sibuk sangat nak ke raudhah ni? Sebabnya raudhah ni antara salah satu tempat mustajab doa. Untuk jemaah wanita, waktu untuk ke raudhah telah ditetapkan hanya waktu-waktu tertentu sahaja sebab raudhah ni adalah dalam ruangan solat jemaah lelaki. So, takkan sesuka hati time solat biasa jemaah wanita nak gi redah ke kawasan lelaki semata-mata nak pergi raudhah.

Seperti yang aku maklumkan, ada certain time yang dikhusukan untuk jemaah wanita. 

1) Selepas solat subuh sampai pukul 9 tak silap aku. Orang kata waktu ni tak ramai orang compare tu waktu lain. Aku pun tak pasti sebab aku tak pergi pulak raudhah waktu pagi.

2) Selepas zohor. Tapi, kalau pergi waktu ni masa memang singkat sangat.

3) Selepas isyak. Yang ni orang memang ramai. memang memerlukan kesabaran yang tinggi sebab nak membolehkan dapat masuk ke raudhah mungkin akan mengambil masa up to 2 ke 3 jam dan masa yang berjaya dihabiskan mungkin tak sampai 10 minit. 

Menunggu cukup korum baru gerak. Gambar bawah belah kiri adalah Ustazah Rahmah dan Ustazah Dia. Tengok Ustazah Dia muka flawless gila. Sempat lagi telek muka orang kan. Tapi, Indon memang kulit cantiklah.

Sebelum masuk ke Masjid, Ustazah Rahmah dah brief kitorang suruh bersabar. Jangan jadi macam jemaah arab yang berebut-rebut. Well, orang-orang melayu famous for kesopan-santunan. Apa-apa pun stick to the group dan jangan berpisah. Sentiasa ikut arahan Ustazah. Waktu masuk, Ustazah suruh angkut sekali selipar bawak masuk then ikat di beg. Bila masuk je, jemaah dipisahkan mengikut negara ataupun region. Melayu ditempatkan satu group merangkumi orang Malaysia, Indonesia, Brunei dan Thailand. Kat sini kitorang diberitahu dan ditekankan bersabar dan jangan mengeluh sebab mungkin group kitorang lepas masuk dalam pukul 12. Dalam hati aku, "What??? Gila lama." Tapi, sebab dah diingatkan oleh Ustazah suruh bersabar. So, aku cool downlah sikit. Kat sini memang boleh menguji. Untuk isi masa lapang tak nak rasa lama menunggu, Ustazah suruh baca siap-siap doa dalam buku waktu di raudhah dan salam untuk rasulullah dan sahabat baginda Abu Bakar dan Umar. Habis satu buku doalah boleh dikira waktu tuh.

Overall, ada 3 pitstop sebelum dapat masuk ke kawasan Raudhah. Masing-masing dilepaskan ikut region. Aku boleh katakan orang melayu antara yang terakhir yang dipanggil. Mentang-mentang kitorang baik hati dan sopan-santun. Santun ker?? Santunla dari arab-arab ni. Untuk ke second pitstop kena jalan jauh sikit. Dari kawasan jemaah wanita berjalan terus ke kawasan jemaah lelaki. Orang lain siap berlari-lari. Ustazah Rahmah dah remind awal-awal suruh wat lek wat cool jer. Just follow jer diorang. Memang lepakla Ustazah nih. Dekat 2nd pitstop ni yang lama. Kat sinila boleh nampak perangai-perangai jemaah wanita yang macam-macam pesen. Dalam ada askar perempuan yang jaga tu pun, diorang boleh buat dunno jer. Siap boleh gaduh mulut. Heran aku yang first time tengok adegan-adegan macam nih. Yang paling dengar kata dalam ramai-ramai adalah orang melayu. Yang lain aku hanya mampu geleng kepala. Yang tak tahan tuh, ada yang nak pergi cepat, buat penyamaran dalam kelompok negara lain. Ada pulak yang askar tak kasi pergi, dia try nyelit kat kanan, kot kanan tak lepas, dia nyelit ikut kiri. Macam-macamlah lagi.

Pitstop kedua. Orang melayu memang senang dikenali sebab pakai kain sembahyang putih. Kawasan asal Masjid Nabawi adalah kawasan yang ada bulat-bulat kaler hijau tuh. Kecik je sebenarnya. Tapi dari zaman ke zaman pembesaran telah dibuat untuk occupy jumlah jemaah yang makin ramai.

Right below the kubah hijau is where the place where it is used to be Prophet's house which is now the Prophets punya makam.

By the time right before nak masuk raudhah tu, memang payah sebab orang yang existing ada dalam tu taknak keluar. Macam nak pergi berperang masuk dalam tu. Beg dah siap-siap silang dah kat bahu. Buku doa dah simpan siap-siap dalam beg. Mulut memang dah kumat-kamit baca doa. Yang askar-askar tu dah panggil, "Hajjah, masuk!! Hajjah, masuk!!" Cakap  melayu hokeh, jangan main-main. Macam mana nak lepas masuk kalau orang tak nak keluar. Aku nampak je karpet hijau, terus pijak sambil doa. Macam-macamlah doa. Ustazah Dia dengan Ustazah Rahmah dah halau orang-orang yang sebelum tu membolehkan semua ahli jemaah kitorang sembahyang. Aku kat belakang sekali dalam jemaah. Memang dijaga rapilah semua orang. Dah buat sembahyang sunat 2 rakaat, aku bangunlah nak doa. Ustazah cakap apa, "Sujud, sujud. Jika mahu berdoa terus sujud. Jangan bangun. Bila saya suruh bangun, baru bangun." 

Dalam hati, "Huh?? Sujud??" Dan-dan tu jugak terus sujud. Yang lain pun sama. Lama jugak sujud. Tapi rasa tak aman sangat sebab orang duk cross kita kan. Yang askar dah bising dah sebab lama sangat kitorang nak kasi kat orang lain pulak. Ustazah pun pungpang pungpang dalam bahasa arab kowtim ngan askar. Lama lepastu, ustazah suruh bangun dan on da way keluar, tunjukkan kat mana actual mimbar Rasulullah. Yang tak tahan tu, siap suruh amik gambar kalau sapa yang nak amik gambar tapi sorok-sorok. Tak leh duk lama-lama keluar tuh, kena halau dengan askar. Nak jadi askar nih, memang kena hati kering jugaklah sebab orang-orang Arab ni keras kepala.

Nampak sangat jemaah-jemaah semua tak senonoh berebut sampai kena letak signboard besar punya. Btw, signboard bahasa pun ada tapi dalam Indonesialah tapi aku tak sempat ambil sebab nak ambik gambar pun kena curi-curi.

Lampu di kawasan asal masjid Nabawi dan Raudhah lain dari lampu di kawasan lain di Masjid Nabawi.

Dah keluar tu adik aku cerita, dia memang follow betul-betul belakang Ustazah. Dah sembahyang 2 rakaat, Ustazah suruh sembahyang lagi sementara askar tak halau. Pastu boleh sujud lama pulak tuh berdoa. Dahlah tak ada orang nak cross-cross kepala sebab Ustazah dah jaga. Kesimpulannya, pengalaman pertama di Raudhah agak mencabar tapi dibantu dengan superbnya oleh kedua Ustazah. Aku ada jumpa sorang akak ni dari Malaysia jugak tapi dia datang sendiri tanpa travel agent. Dia follow group kitorang. Dia memang puji giler Ustazah kitorang sebab memang cool dan mampu mengawal jemaah dengan rilexnya tanpa gopoh-gapah. Kata akak ni, aku pun dah tak ingat namanya, even jemaah lain yang ada Ustazah yang bawak pun tak seorganize Ustazah kitorang yang mana tak boleh control jemaah which ends up jemaah jadi tak sabar dan ikut berebut macam orang-orang Arab. Berebut dan tolak-menolak ni memang berjangkit tau. Bila kita tengok orang lain berebut dan tolak-menolak kita pun end up buat perkara yang sama even kita tak suka.

Alhamdulillah, selesai urusan ke Raudhah dengan jayanya. Maka, semua pulang ke pangkal jalan.

Lebih kurang pukul 1 pagi kitorang sampai di bilik hotel setelah bersesak-sesak di Raudhah. Hari yang memenatkan. Aku akan sambung lagi episod kedua di hari jumaat penuh barakah di Madinah dengan Raudhah yang lebih mencabar bila aku ada masa. Semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dapat sampai ke Madinah dan Mekah. Astalavista. Wassalam.

Od

No comments:

Post a Comment