Friday, June 6, 2014

Umrah Cheapskate Berkelass Tinggi : 0.5 Keberangkatan

Assalamua'laikum....


...entry sebelumnya...


Sebelum aku start dengan story pasal urusan keberangkatan kitorang sebelum ke sana, aku nak kongsi a few things pasal visa umrah. Dua perkara penting yang perlu diketahui berkenaan urusan visa iaitu mahram dan dokumen yang diperlukan. Dulu, visa umrah tak sestrict sekarang. In fact, dulu, kalau kita tak ada mahram siap boleh tumpang mahram orang lain lagi. Sekarang memang strict gila. Kalau tak ada mahram, jangan berangan nak pergi.
Berikut adalah perkara-perkara yang perlu untuk urusan visa :

1) Lelaki yang berumur 18 tahun ke atas
Tidak memerlukan mahram. Bahkan boleh menjadi mahram bagi isteri, anak dan adik-beradik perempuan dan adik lelaki bawah 18 tahun.

2) Lelaki yang berumur 18 tahun ke bawah
Mesti mempunyai mahram. Sama ada abang atau ayah. Dokumen yang diperlukan salinan surat beranak yang disahkan Jabatan Pendaftran Negara.

3) Wanita bawah 45 tahun
Bagi wanita berumur bawah 45 tahun, mereka memerlukan mahram untuk turut serta. Mahram mereka sama ada suami, ayah atau adik-beradik lelaki yang berumur lebih 18 tahun.

Untuk isteri mengikut suami, perlu ada salinan surat nikah yang disahkan pejabat agama.

Untuk anak perempuan yang follow bapaknya, kena ada salinan surat beranak sendiri dan salinan IC bapak yang mana dua-dua dokumen perlu disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Untuk kanak-kanak perempuan is a must mak kena ikut jugak.

Kalau adik-beradik perempuan pergi dengan adik lelaki atau abang yang berumur lebih 18 tahun, kena ada salinan surat beranak kedua-duanya dan salinan IC adik lelaki atau abang yang jadi mahram. Dokumen kena disahkan oleh JPN jugak.

4) Wanita lebih 45 tahun
Untuk akak-akak yang melebihi 45 tahun. There wouldn't be much problem sebab tak perlukan mahram. So, no additional documents needed. 

Basically, yang kat atas ni semua info on jemaah yang memerlukan mahram dan dokumen yang diperlukan mereka which varies depends on categories. Walaubagaimanapun, still, ada 3 dokumen wajib untuk sesape sahaja yang nak apply for umrah iaitu yang paling penting sekali sah-sahlah passport. Kalau tak ada passport memang awal-awal lagi tak lepas. Just make sure ade 6 muka surat yang still kosong dan passport tu still boleh pakai another 6 months dari tarikh departure. Perkara kedua adalah 2 keping gambar yang background putih. Selalunya kalau pergi kedai gambar diorang dah sedia maklum tentang perkara nih. Just mention nak tangkap gambar untuk visa umrah. Jangan pulak tersilap tangkap gambar passport biasa. Makesure siap-siap pakai tudung berwarna gelap, tak pasal-pasal kalau pakai kaler cerah kena pulak tukar pakai tudung dekat kedai gambar.

Inilah rupanya visa umrah yang telah siap. 'Not Permitted to work' , just for ibadah only.. Memandai je kan menambah.

Last but not least, kenala ade buku atau surat suntikan vaksin. Yang ni memang compulsory kena cucuk vaksin dulu before pergi. Bukan semua klinik ada buat suntikan nih. So, kena tanya dulu. Kalau based on rate di Kuantan waktu sebelum aku pergi harituh, RM120-RM150. Aku tak pasti pulak rate tempat lain. Suntikan ni valid for 2 years. So, kalau in case next year nak pergi lagi, tak payah dah nak cocok. The cost is surely bear by ourselves. Banyak cekadak travel agent nak tanggung. Sebelum aku terlupa, dokumen-dokumen yang aku mentioned sebelum ni yang perlukan sama ada pengesahan JPN atau Pejabat Agama, juga memerlukan pengesahan Wisma Putra. So, it depends on travel agent masing-masing untuk uruskan atau kita perlu serahkan kepada diorang dokumen lengkap dengan pengesahan sekali. Macam kitorang, pengesahan JPN dan Pejabat Agama dibuat sendiri tapi pengesahan Wisma Putra travel agent yang uruskan. 

Nilah surat yang klinik issue bila pergi cocok. Ade sesetengah dia kasi buku. Nama injection pun payoh no nak sebut.

Ada rules baru yang mana jemaah hanya dibenarkan pergi semula menunaikan umrah selepas 6 bulan dari waktu last pergi. Aku tak pasti rules ni baru efektif 2014 atau 2013 lagi. Rules ni mungkin tak effect kat kita tapi effect dekat Travel Agent sebab mutawwif-mutawwif yang bawak orang dari Malaysia hanya boleh pergi 6 bulan sekali yang mana sebelum ni memang pergi sokmo ke sana. Hanya owner travel agent sahaja yang tak ada restriction untuk keluar masuk Arab Saudi.

Back to the story, setelah urusan visa semua dah beres, legalah rasanya. Beres je visa, Hazim terus whatsapp Hajjah Ibu gambar visa. Semua orang lega gila. Cuti aku pun alhamdulillah bos dah approved tapi seminggu sebelum baru aku ingat nak beritahu bos besar. Nasib beliau okey jek. Beberapa hari sebelum berlepas, travel agent buat taklimat ringkas pasal trip umrah nih dan penerangan ringkas pasal urusan ibadah kat sana. Lagi plak, memang tak ada orang diorang yang bawak, hanya sampai LCCT sahaja untuk pass passport. Last minute nak brush up ilmu pasal umrah ni bolehlah. Ade kemusykilan waktu ni pun boleh tanya. 

*******************************************

Tersebutlah kisah on the 2nd of April. Kitorang pagi tu pun tak habis lagi duk packing. Bapokla tak tahunya nak bawak apa. In fact, aku masih lagi sibuk duk menganto email kerja kes nak tinggal lama punya pasal kerja. Dahlah tak ada orang cover. So, before we depart from home, Haji Abah suruh buat sembahyang sunat musafir bagi memudahkan perjalanan. Basically, sembahyang sunat musafir ni macam sembahyang sunat biasa, cuma niat lain sikitlah.

"Sahaja aku niat sembahyang sunat musafir 2 rakaat kerana Allah Taala." 

Baca Al-Kafirun then surah Al-Ikhlas. After salam, doa'lah bagi memudahkan perjalanan.

Pukul 3.45pm the whole Hajjah Ibu's department pun gather dekat Esplanade untuk naik bas. And luckily the bus was sponsored by the boss. Habis segala sedara-mara, ofismate semua pakat mengantar dah macam gaya mengantor pegi haji dah. Yang tak tahannya, mentang-mentangla nak kena naik kapal angkasa pukul 2.45 pagi, perjalanan memang lepak gila. Memula, bas stop dekat R&R Temerloh untuk sembahyang Asar. Then, berenti pulak dekat R&R MEX. Sekali berenti tu yang tahannya lama gila. Ada yang makan dululah, ada yang minum kopi dululah. Kalau naik bas expres biasa nih, memang alamat kena tinggal dah. Tapi kan, masakan panas dekat R&R MEX memang sedap kot. Jarang sekali ada makanan sedap dekat R&R. So, we arrived at LCCT at 9.45pm. 6 jam kot perjalanan.

Tempat berkumpul, Esplanade. Poyo sangat nama "Esplanade". Padahal dulu orang panggil Benteng jer.

Bila dah sampai tuh, sebagai so called 'organizer', Haji Abah pun brieflah semua sikit-sikit sambil upacara pass boarding pass. Waktu tu kitorang adik-beradik busy jugak duk inform orang lain pasal seat arrangement yang kitorang dah ubah. After an hour, kitorang gather balik untuk check-in bag. At first, the plan was masing-masing check in luggage sendiri ikut group booking. But then, wakil dari Travel Agent, Isham (bukan nama sebenar), abang kepada Hazim dengan baik hati nak tolong. Kitorang dah macam travel agent duk menguruskan luggage orang lain. Yang pergi under pakej lain, semua rilex jer sebab everything Travel Agent uruskan. Dah settle everything, passport pun dah serah. Isham brief kitorang pulak. Actually Haji Abah ngan Hajjah Ibu jer. Kitorang ni menyemak jer. Almaklumlah busy body. Dia kasi contact number mutawwif yang perlu dihubungi kat sana. Pastu siap kasi simcard Saudi lagi suruh jual untuk jemaah kalau diorang nak pakai kat sana.

Si mata sepet Zara pun nak ngantor makcik-makcik tapi pakai sexy sangat nak ngantor gi umrah.

The only AirAsia X that morning.

Dah masuk dekat departure hall, satu lagi masalah sebab all the seat arrangement yang dah tulis dekat boarding pass dah dikoyak. Aku pun busylah pergi dari satu keluarga ke satu keluarga. Thank goodness adik aku dengan canggihnya telah save documents pasal seating arrangement dalam Google Drive. So, boleh cek through phone jer seating arrangement. Barulah aku yang bongok IT ni tau kewujudan Google Drive. Macam canggih jer.

Sesi briefing dan peninggalan amanat-amanat terakhir.

So, the journey begins. I actually thought that pramugari AirAsia ke Jeddah akan pakai tudung or something macam flight Haji. Namun, sangkaan meleset. Cumanya diorang taklah pakai skirt yang menjolok mata, pakai seluar panjang. Mengucap kang Pak Haji atas flight. Dahlah ramai pramugara handsome and jambu. Sempat lagi mengusha kan.Memang istighfar banyak-banyak nak gi buat umrah nih. The journey took longer than it was supposed to be. Pukul 7 pagi  ++ waktu Arab Saudi baru sampai. The time difference dengan Malaysia, waktu Arab Saudi kena tambah 5 jam. Yang kelakarnya, ada pakcik nih tanya dekat stewardess, "Lama lagi ke nak sampai?" Stewardess tuh gi jawab,"Kita lalu jalan kampung, tu yang lama sikit nak sampai." Aku dengar dah bantai gelak gila tapi dalam hati jelah sebab duduk sebelah orang tak kenal. Nasib baik lepas tu dia explain kat pakcik tuh. Yang lagi tak tahan tuh, pramugara nampak Hajjah Ibu bawak bantal, siap tegur, "Bawak bantal. I like." Sila baca dengan intonasi excited. That's all for now. Next episod aku story pasal journey menunaikan umrah dari Jeddah ke Madinah dan sembahyang subuh dalam flight.

Nasib baik behave semua beratur. Orang melayu memang sopan santun. Dah pegi Arab baru tahu.

Hopefully bermanfaat. Ko, ko, ko dengan akak, abang dengan makcik and pakcik yang tengah baca tuh, aku doakan dimurahkan rezeki untuk diberi kesempatan untuk menunaikan haji dan umrah. Jangan lupa untuk doakan aku dan family aku jugak. Astalavista bebeh. Wassalam.  

Dah nampak padang pasir tandus buat pertama kali. Gila, tak excited.

Od

No comments:

Post a Comment