Saturday, October 18, 2014

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi 5.5 Perkara Rare Misteri Nusantara

Assalamua'laikum....

...entry sebelumnya...

Alhamdulillah settle umrah wajib lebih kurang pukul 3 pagi habaq hang. Because its near to the subuh time , so, we decide to stay at Masjidil Haram instead of going back to hotel. Kang balik hotel kang alamatnya memang terlajakla jawabnya. Bukan terlajak laris yer. So, sementara menunggu subuh kitorang heading to farmasi terdekat untuk cari certain things. Farmasi pun bukak 24 hours.

Wee hours pon orang berlembang lagi tak tidur. 24 hours dipenuhi dengan orang.



Ada satu bangunan depan masjid nih, dekat luar penuh orang tidur di kaki lima. Lugagge besar-besar gedabak sorang-sorang sorok macam bawah tangga. Aku tanya Hajjah Ibu, "Diorang ni tidur sini je ker?" Macam pelik gila aku sebab tido kat koridor macam tu jer. Hajjah Ibu cakap diorang ni mungkin "hitch & hike". Maksudnya, along the way to Mekah diorang macam tumpang orang or in simpler word I can consider them ala-ala backpackers but then in beg tarik style. Eh??? Macam akula plak.

Later, kitorang menuju ke Masjid dan terbungkam tido secara kuak lentang sementara menunggu subuh. Penat gila kot. Nasib baik tak buat gaya kuak kupu-kupu jer. Sembahyang subuh kat sana terbaik giler dengan bacaan lunaknya. Selesai solat subuh, kitorang balik ke hotel dan tidak dilupa singgah kedai runcit along the way untuk beli roti kegemaran untuk dimakan bersama cheese spread dan madu.

Dah puas berehat, waktu nak menghampiri zohor menuju ke Masjidil Haram. Aku suka gila suasana yang mana semua orang berjalan menuju arah yang sama even an hour before the prayer starts. Macam biasa kalau lambat terpaksa sembahyang dekat area lantai instead of  area berkarpet. Kat sini berbeza giler as compared to Madinah yang lebih teratur  tempat sembahyang wanita memang properly asing.  Mekah, u might be praying next to a guy if u end up late and u need to just filled in mana-mana saf yang kosong.

Masing-masing menuju tempat yang sama untuk bersembahyang jemaah. Sight macam ni boleh nampak hari Jumaat je kat Malaysia.Takpun sembahyang raya.

Setelah selesai solat zohor kitorang ambik peluang duduk di birai kawasan tempat sembahyang. There's one area where u can sit there and see the kaabah straight from that place. Tapi apa yang aku boleh katakan adalah kaabah kelihatan kurang gah disebabkan sekeliling kawasan Masjidil Haram dipenuhi dengan bangunan-bangunan tinggi dan ade mataf bertingkat untuk tawaf. Tapi, its still a great pleasure to see kaabah live lagi pulak even tengok jer kaabah dah dapat pahala kan.

Masjidil Haram sangatlah mesra facilitiesnya untuk mereka yang berkerusi roda.

Birai depan tempat solat ala-ala observation deck yang boleh bersidai kat situ berdoa, baca Quran ataupun melepak usha kaabah jer.

Orang-orang kita ni memang suka dengan perkara-perkara pelik lagi pulak kalau berlaku di Tanah Suci. Dah sebati sangat kot dengan darah daging melayu islam. Lagi pulak dari kecik tiap-tiap bulan duk beli buku Mastika dengan kandungan gambar orang tunjuk "Inilah tempat kejadian". Aku pun ada story rare jugak yang aku witness sendiri masa kat sana.

Sukala tuh nak dengar cerita-cerita gini. Almaklumlah, membesar dengan buku Mastika, penuh dengan cerita-cerita menakutkan tentang hukuman Allah kasi cash bila berada di sana. Gila kau tak takut. Orang yang tak pernah buat dosa je tak takut kan. Tapi, ade ke orang tak pernah buat dosa. Sebelum aku pergi umrah, aku ade beritahu kawan-kawan terdekat.So, those yang pernah pergi macam-macam nasihat diorang kasi. One of the nasihat yang aku dapat adalah, bila kat tanah haram, be it Madinah or Mekah, jangan fikir menda-menda tak elok lagi-lagi menda-menda negatif. So, dalam fikiran ni sentiasa cuba untuk menerapkan pemikiran-pemikiran positif.

Sebelum aku pergi, ada lah jugak aku dengar cerita-cerita mistik dari bos aku, ex-stewardess. Dia cerita masa musim haji yang lampau masa dia bertugas untuk Hajj flight. The whole crew berpeluanglah untuk menunaikan haji tanpa perlu cop tahun nak buat haji dekat Tabung Haji. Bos aku cerita time diorang all the hajj crew nak pergi saie. Tetiba, kawan dia menjerit waktu saie. Katanya, ade dia nampak api besar depan dia sampai tak boleh nak teruskan saie. Sampai situ jer dia cerita kat aku. Kalau dia tipu, maksudnya aku tipulah jugak.

Cerita aku nih takdelah mistik sangat tapi rare giler kot dapat tengok situasi macam tuh. Selesai sembahyang Asar, kitorang pun menuju keluar dari Masjidil Haram. Kali ni kitorang keluar dari pintu utama. Aku macam biasa, mesti akan keluar dulu dan tunggu di luar. Adik-adik aku ngan Hajjah Ibu lambat sikit. Masa on da way keluar, aku dengar orang menjerit kuat gila. Aku yang pada mulanya jalan lenggang kangkung terus jalan ala-ala walkathon nak cari punca suara tu dari mana. Penyibuk memang macam nih. Suka sangat busy body.

Betul-betul depan pintu lepas masuk masjid, aku tengok ramai kerumun dan suara jeritan kuat gila. Aku tengok sendiri depan mata aku, ada sorang perempuan india umur lingkungan 30an ke 40an, aku pun tak berapa pasti umurnya tengah berguling-guling depan pintu sambil menjerit-jerit macam meronta-ronta. Orang disekeliling macam tak boleh buat apa-apa. Dia berguling-guling everywhere macam orang tengah histeria. Muka aku waktu tu memang terkejut gila. Jarak aku dengan dia lebih kurang 4 langkah jer. Dalan hati aku dah memang istighfar banyak-banyak. 

After a while, dia stop berguling dan menjerit. Kelihatan lemah giler. Memang melepek gila atas lantai. Lemah-longlai lepas berguling-guling histeria depan pintu masjid. Baru aku perasan ada beberapa ahli keluarga dia with her lepas dia dah terlepek tuh. Termasuklah seorang wanita tua India. Aku bajet mungkin mak dia. Pekerja-pekerja masjid pun lepas tuh tolak stretcher untuk angkut dia ke hospital mungkin. Aku pun tak tengok sampai habis sebab kesian sangat dan sangat sedih. Nasib baik aku takde to the extent nak tangkap gambar.


It happends right behind the main door behind me. Kelakar giler, Ingatkan nak pakai kain sembahyang colour rare dapatlah easyly recognisable from far. Sekali sama pulak dengan tukang cuci masjid dengan jemaah dari India ke Pakistan sebelah kiri gambar. Dan-dan aku nak tangkap gambar diorang ni interprem. Adik-adik aku dah bantai gelak giler.

Whatever it was, mesti ada cerita disebalik apa yang berlaku which is I, myself pun couldn't explain why its happening. Aku rasa dia mula histeria dan berguling-guling right after masuk masjid sebab kejadian tuh berlaku betul-betul depan pintu masjid. Apa-apa pun kejadian nih jadi iktibar dekat aku dan diharap dapat jadi iktibar dekat korang jugak. Nauzubillah kalau berlaku dikalangan kita. Harap-harap dijauhkanlah. Apa-apa pun. Till the next post. Astalavista. Wassalam.


No comments:

Post a Comment