Sunday, November 2, 2014

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi 5.8 Budak Si Delivery Air

Assalamua'laikum....

...entry sebelumnya...

Pernah tak korang pergi sembahyang terawikh kat memana surau atau masjid. Lepas tu imam baca lama ya ampun. Dengan keadaan panasnya. Orang ramai. Kipas pulak boleh kira dengan tangan. Sampai tahap dalam hati cakap kalau aku kaya, aku nak sponsor air-cond kat surau nih.Waktu berbuka pulak minum air sikit je. Tekak pon kering gila dahaga nak mampus. Dah macam korang pulak yang jadi imam sembahyang terawikh. Nak minum air pulak kena tunggu habis sembahyang terawikh untuk moreh. Kalau aku, perkara yang paling aku nak adalah, ada orang buat delivery air sirap sejuk ke tempat saf aku supaya aku dapat kembali khusyu' untuk beribadah. Chewahh gitu..



Aku nak cerita pasal budak si delivery air di Masjidil Haram. Lepas dah menyaksikan misteri nusantara di Mekah, petang tu kitorang awal ke masjid untuk mendapatkan port sembahyang yang lebih selesa iaitu kawasan berkarpet. Btw, misteri nusantara tiada kaitan dengan kitorang datang awal ke masjid. Selesai sembahyang maghrib, masing-masing santai je dalam masjid tak berganjak. Dalam keadaan cuaca panas dan kering, even waktu malam pun, tekak memang akan kering expecially kalau lepas sembahyang sibuk berzikir dan baca quran.

Duduk lepak-lepak dalam masjid sambil usha orang tengok macam-macam gelagat manusia. Kemudian, muncul beberapa orang budak kecik berkulit hitam berkeliaran sekitar tempat sembahyang sambil mengolek termos. Kalau kat Malaysia nih, dah kena halau dah suh main jauh-jauh orang nak sembahyang. Serius comel giler tengok diorang. Dengan termosnye sebelah tangan dan dengan cawan plastiknya sebelah tangan lagi. Kalau ikut saiz aku rasa mungkin dalam lingkungan darjah satu or darjah dua. Diorang pergi dari saf ke saf dan dari jemaah ke jemaah untuk offer air teh arab yang ada dalam termos. 

"Kami sedia berkhidmat!! Apa yang penting, KERJASAMA!!"

"Besar termos kau curahkan, Dengan bangga makcik tadahkan."

Bila habis je air dalam termos, diorang akan pergi ke mana entah cari mak diorang untuk refill termos tuh. Dan akan resume round saf untuk kasi minum jemaah-jemaah. I find it so cute and such an awesome idea untuk berbuat baik. Bagus betul idea mak-mak diorang ni. Patut kasi hadiah Noble. Instead of mintak sedeqah kat luar Masjidil Haram lagi bagus diorang berbakti macam nih. Macam give and take. They give and provide drinks for the jemaah and the jemaah sedeqah to them money. Ramai gakla aku nampak duk hulur duit kat diorang. After a while, diorang bawak air kosong pulak. Mungkin air teh dah habis.

Tak pasti diorang ni adik-beradik ke apa. 

One thing I was advised is that rather sedeqah orang yang mintak sedeqah kat luar masjid of which I was informed it was a sindiket terancang, baiklah kasi sedeqah dekat pekerja dalam masjid dan yang bekerja di sekitar masjid. And kasi kat bebudak yang berbakti macam bebudak nih. Berkenaan pekerja-pekerja di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, aku perasan berbeza sikit. Macam kat Masjid Nabawi, kalau kita seluk beg nak kasi duit kat diorang, diorang macam unexpected. Tapi, yang aku perasan kalau kat Masjidil Haram bila orang dah siap sembahyang, diorang macam stop kerja and macam tertunggu-tunggu sedeqah dari jemaah-jemaah nih.

Budak ni cute giler. Kitorang amazed dengan teknik yang digunakan untuk memakai serban. Macam senang giler. Dia belit-belit sendiri je tanpa bantuan mak dengan kakak dia. Siap balik hotel, kitorang try praktik tuh cara pemakaian serban dia. 

Ada one time, aku selukla beg nak ambik duit nak sedeqah. Pastu ada pekerja ni macam dah perasan aku nak buat keluar duit. Pastu pandang-pandang kat aku macam ala-ala ready nak hulur tangan dekat aku. Siap stop buat kerja tuh. Datangla setan dekat aku membuat hasutan. Dalam hati aku, "Dah kenapa kau, sape nak kasi duit kat kau?" Macam riak pulak kan. Korang tau tak perasaan yang macam ko nak kasi duit secara random dengan niat ikhlas lagi murni, tetiba terus jadi cam tak ikhlas sebab gaya dorang macam mengharap dan meminta. Okey, tak adalah meminta tapi dari mata dan air muka diorang aku boleh baca which at the end aku tak kasi pun duit tuh. Bila fikir-fikir balik, ni semua hasutan setan taknak kasi aku berbuat baik kat Mekah. Astaghfirullahalazim.

Keadaan lepas Isyak, kebanjiran manusia di luar masjid.

So, jangan jadi macam aku. Kalau korang nak sedeqah, sedeqah jer. Pejam mata jer. Jangan nak ade doubt ke apa dalam hati tu. Kang tak ikhlas pulak sedeqah korang tuh. It was our first Maghrib and Isyak di Masjidil Haram. Bila selesai nak keluar, umat manusia ramai giler kat luar. Nak keluar pun bersesak-sesak. So, kitorang balik ke hotel, dinner dan tidur. Esok nak kena bangun awal plus ade ziarah sekitar Mekah. Astalavista. Wassalam.

No comments:

Post a Comment