Thursday, November 6, 2014

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi 6.0 Ziarah Tempat Bersejarah

Assalamua'laikum..

...entry sebelumnya...

Seawal 2.30 pagi dah bangun untuk bersedia ke Masjidil Haram. Bangun memang awal tapi, nak melawan setan-setan bergayut kat mata memang susah. Duk dalam masjid pon boleh tersengguk-sengguk. Pagi tu masa sementara menunggu subuh, aku jumpa this one Indonesian lady. Dia duduk sebelah aku dalam masjid. Sempatlah aku berborak dengan dia. Kurang sikit mengantuk tuh.



Nama dia Santi. Kain sembahyang punyalah cantik.. And in fact she is a lawyer. Ni mesti yang stok-stok Indon educated yang kaya. Walaupun kaya, dia tak cakaplah dia kaya tapi aku tau dia kaya. Cara cakap memang humble. Peramah lak tuh. Dia cerita this is third time dia datang buat umrah. And dia datang dengan suami, 3 sons dengan family kakak dia. The fact that dia punya hotel is sebelah Zamzam Tower proves that dia ni memang somebody.

Bukan calang-calang nih. I was so shocked that she mention that dia punya pakej cost them USD3200. Kitorangnye kos pon lingkungan RM3800++. Ringgit Malaysia ye bukan US Dollar. Bayangkan kalau convert duit kita dah berapa. Convert duit Rupiah lagilah. Memang jutawan habis. Tak sempat nak mintak contact no dia sebab pagi-pagi mamai. Kalau tak mana tahu, pergi Jakarta boleh melawat dia. Phone pun tak bawak nak tangkap gambar.

Dah selamat menunaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba, pukul 7.30 pagi bergerak untuk buat ziarah. Memula kitorang dibawa ke Jabal Thur. Tapi, dekat bawah jelah. Sebab kalau nak mendaki sampai ke atas tuh ambik masa sejam lebih gaklah kalau nak tengok Gua Thur. Waktu kitorang dah nak dekat-dekat last day tuh adelah beberapa orang dalam jemaah kitorang request untuk pegi panjat ke sana.

Jabal Thur. Kalau nak pergi kenala memanjat ke atas sana.

Basically, Gua Thur ni adalah tempat Nabi Muhammad dengan Abu Bakar menyorok dari kaum Quraisy waktu nak berhijrah ke Madinah. Sebab waktu tuh ada ugutan untuk membunuh Baginda. In fact, siap ada tawaran 100 ekor unta kepada mereka yang berjaya membunuh Baginda oleh pembesar-pembesar Quraisy. Tapi, Baginda dengan Abu Bakar terselamat sebab ada burung merpati buat sarang dalam tuh dan pintu gua telah ditutupi dengan sarang labah-labah. Kalau melihatkan laluan nak ke atas tuh, pergh... Dasyat jugak. Kalau aku, konpem pancit. Just bayangkan dulu Asma' dalam keadaan mengandung duk berulang-alik bawak makanan turun naik Jabal Thur. Memang dasyatlah.

Setelah hanya beberapa ketika dekat Jabal Thur, kitorang dibawa pulak ke Jabal Rahmah of which located di Padang Arafah. Jabal Rahmah ni titik pertemuan Nabi Adam dengan Hawa selepas diturunkan di bumi. Kat sini dikatakan doa sangat mustajab expecially untuk doa pasal jodoh-jodoh nih. Kitorang tak panjat pun sampai atas tu sebab Ustaz Mat cakap tempat mustajab doa adalah di kaki bukit. So, jemaah kitorang memang tak ada sesape yang panjat sampai atas. Yang single mingle, of courselah berdas-das tembakan doa dibuat,

Ramai orang panjat sampai ke atas. Kitorang kat bawah jelah.

One thing kena berjaga-jaga sikit waktu kat Jabal Rahmah nih. Kat sini berlambak-lambak orang dengan kamera. Ada yang dengan DSLR dan ada yang dengan polaroid. So, contohnya kalau korang agree untuk suruh amik gambo korang, korang agree sekeping je, tapi dia pegi ambik gambo sampai sepuluh dan insist korang untuk bayar untuk semua sekali.This was what being told to us. Nasib baik kitorang bila dia nak offer tangkap gambar DSLR jer kitorang tunjuk kamera kitorang. Tunjuk pulak polaroid nak tangkap gambar, tak nak kalah, bawak keluar jugak polaroid yang kitorang bawak. Jadi, tak berjayalah misi menjual gambar kepada kitorang.

Polaroid telah menyelamatkan kami. The best part is we were at the Jabal Rahmah a day after Haji Abah and Hajjah Ibu anniversary. How sweet is that.

Kerana nak bergambar ku gigihkan juga berlari. Habis keayuan pakai jubah.

Kemudian, kitorang dibawa bersiar-siar dalam bas melalui Arafah, Muzdalifah dan Mina. Dalam bayangan aku jarak antara tempat-tempat yang aku sebut tu jauh gila padahal taklah sejauh sangkaan aku. Selalu kan dengar orang berejam nak boleh ke sampai ke satu-satu tempat kalau musim haji. Umat manusia ramai giler. Aku dulu tinggal kat Damansara yang jarak ke office 10 minit waktu bukan peak hours pun boleh jadi sejam. Inikan pulak kat sini yang juta-juta punya orang time haji. Kalau hilang memang boleh buat jejak kasih.

Kitorang diberitahu bahawa kawasan ni hanya diguna waktu musim haji sahaja. Bila lalu pun, memang totally kosong. Hanya tinggal khemah-khemah sahaja. Khemah pulak bukan sebarang khemah. Tahan api ok. Sebabnya sebelum ni pernah berlaku kejadian khemah terbakar. Yang paling aku amazed siap ada keretapi lagi ala-ala LRT. Musim haji yang baru habis aritu katanya dah start boleh guna dah keretapi tuh. Canggih sangat weh. Even sekarang ni tak silap diorang tengah plan nak buat keretapi laju dari Mekah ke Madinah.
 

Tempat melontar bertingkat. Apa? Ko ingat UiTM je ade parking bertingkat?

Khemah-khemah penuh mengelilingi kawasan. Nasib baik kat atas jalan raya je takde.

Kemudian, kitorang dibawa ke miqat Jaa'ranah yang mana terletak kira-kira 40km dari Kota Mekah. Apa yang aku boleh katakan, tempat sembahyang proper dan toilet proper dan bersih. Bersih tu yang penting. Selesai bermiqat terus dibawa ke pulang untuk tunaikan umrah kedua pulak. Waktu balik kitorang passed by Jabal Nur, tempat Nabi mengasingkan diri yang Baginda dapat wahyu pertama dan melalui second biggest mosque in Mekah, Masjid Bin Laden. 

Miqat Jaaranah. Budak lelaki nih sangatlah comel pakai ihram. Baru 2 tahun. Dahlah dari Malaysia. Gigih parents dia bawak budak kecik-kecik untuk together-gether buat umrah.

Masjid Bin Laden. Bila pulak aku nak ada Masjid Binti Haji Abah.

Tak larat nak sambung dah. I'll continue on the next post. Till then. Astalavista. Wassalam.

Od

No comments:

Post a Comment