Tuesday, November 11, 2014

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi 6.5 Hilang Jugak Seliparku

Assalamua'laikum...

...entry sebelumnya...

Setelah dah bermiqat, kitorang dibawa pulang untuk completekan umrah kedua. Kitorang balik ke hotel dulu untuk bersiap apa yang patut. Hajjah Ibu dan adik-adik aku dah pergi dulu dah. Aku macam biasa lone ranger. On the way ke Masjidil Haram, aku nampaklah ada sorang Pak Arab ni duk bergaduh dengan polis or DBKL versi Mekah, aku pun tak pasti. Gaya macam kena saman pak Arab nih. Tapi, dia punya amarah tuh macam apa je. Kalau gaya dia marah macam tuh kat Malaysia, memang dah bertumbuk dah aku rasa. Ala-ala macam orang bergaduh pasal bola. Tapi, yang aku respeknya, DBKL tu muka rilex jer. Kena maki dan kena marah, muka cool je tak ada perasaan. Orang Arab memang sangatlah hot tempered dan kasar. That's why Allah turunkan nabi akhir zaman dari kalangan orang Arab.



Entah kenapa sebelum masuk ke dalam masjid, aku pergi letak selipar aku di rak kasut dekat luar masjid. Padahal Ustaz Mat dah remind dah selipar atau kasut letak kat rak kasut kat dalam. Mungkin sebab panas dan nak cepat masuk dalam sebab dah lambat, aku main letak je selipar kat luar. Selesai sembahyang zohor, kitorang heading to kaabah untuk menyelesaikan umrah kedua.

Aku sangat suka structure lama Masjidil Haram yang dibina since zaman Uthmaniyah compared to the new one build. Too bad, kawasan ni pun dah nak diruntuhkan untuk dibina baru.

Matahari memang terpacak atas kepala. Peluh meleleh-leleh dah macam air terjun dah. Tuhan jelah tahu macam mana keadaan panasnya. Ini consider transition period nak masuk musim panas. Kalau musim panas betul-betul aku tak tahulah macam mana. Ni atas panas atas dunia, neraka nanti...Orang aku boleh katakan tak ramai mungkin keadaan matahari memacak macam ni kebanyakan jemaah prefer untuk tawaf waktu malam atau selepas Asar yang mana waktu lebih redup dan selesa. Seperti biasa, si Kak Cik akan pair up dengan si Kak De manakala aku dan Hajjah Ibu tawaf secara solo.

Tawaf in broad daylight ni macam-macam jenis orang aku nampak. Ada yang jenis tawaf menyelit-nyelit orang. Tak tahu mazhab apa. Mungkin mazhab diorang ni tak strict tentang keadaan sewaktu tawaf of which kena sentiasa setentang bahu dengan kaabah. Ada yang jenis diketuai oleh seorang ketua dan followers akan ikut bacaan ketua diorang secara kuat. Yang jemaah yang macam ni selalunya akan simply rempuh orang di depan. Mungkin takut terpisah dari group diorang.

Kadang-kadang tak boleh nak salahkan diorang jugak. Some of them are very old and I can guarantee that if they are separated from their group, they'll definitely get lost. Orang muda-mudi macam aku, mungkin tak mempunyai masalah sebab at least we know our whereabouts and alert with the surrounding and stuff. Nak lalu kot mana, masuk pintu mana. Kalau orang tua-tua yang just follow jer mutawwif diorang memang sah-sah memang boleh sesat. Lagi pulak, pintu masuk semua sama je. Itu pun ada certain part yang tengah renovate. Kalau tak, lagi banyak pintu.

Ada aku nampak sorang nenek india nih, umur mungkin lagi tua dari Opah. Pergh, dia punya laju la tawaf. Dah macam nak berlumba.Yang tak menahan tuh siap main cilok-cilok lagi. Nasib tak teralih bahu aku. Ada kemungkinan dia terpisah dari group dia dan sedang mengejar balik mereka.  Teringat Opah pernah cakap, dekat Mekah badan tak berbau which is I couldn't agree more. Kalau berbau pun mungkin sedikitlah. Cuba bayangkan keadaan orang balik kerja dalam LRT yang penuh dengan manusia, kan ada macam-macam bau yang boleh buat migraine kepala. 

Tapi, kat sini its totally different. Secara logiknya, bila dah berpeluh berjeruk-jeruk baju sampai tahap baju basah lencun giler, confirm bau masam bercampur-aduk busuk gilerkan. Dengan keadaan orang ramai yang macam-macam bangsa ada. Even aku dihimpit ramai lelaki semasa tawaf, yang mana boleh nampak peluh menitik-nitik dari belakang diorang. kain ihram pon basah, memang tak ada bau langsung. Aku tak tahulah kalau aku bernasib baik waktu tawaf dikelilingi oleh orang yang tak berbau. Tapi, teringat pulak status kawan aku kat facebook yang baru balik haji. Ada orang komen ,"Suka dengan orang Malaysia, tak ada bau." Kesimpulannya, tang bau-bau ni kena gi sendiri baru tau ada bau ke idak. Hahaha.

Alhamdulillah, selesai tawaf 7 keliling walaupun dengan keadaan panas terik. Dah selesai sembahyang sunat tawaf di belakang maqam Nabi Ibrahim, aku bergerak ke tempat saie'. Too bad sepanjang aku kat sana aku tak sempat pergi menghampiri untuk tengok. Actually, bukanlah maqam sebenarnya tapi tapak kaki Nabi Ibrahim. Entah kenapa orang panggil maqam, aku pon tak pasti.

Yang berwarna golg tulah the so-called maqam Ibrahim. Dalam tu ada tapak kaki Nabi Ibrahim.

Heading to tempat saie', di sebelah kiri sebelum sampai ke Bukit Safa yang mana tempat bermula saie', ada sekumpulan orang bersama dengan kerusi roda. Untuk pengetahuan, bagi sesiapa yang memerlukan khidmat kerusi roda untuk saie', ada disediakan berhampiran dengan tempat start saie' iaitu di Safa. Siap sekali dengan tukang tolak. Harga kalau tak silap aku, quite expensive. Tapi, ride naik mencabar. Orang yang tukang tolak tu, bukannya dia tolak sambil berjalan tapi berlari. Macam racing. Instead of baca doa'-doa' dalam buku doa', aku rasa ada yang mengucap kena tolak untuk saie'.

Brother-brother nilah yang sedia berkhidmat untuk menolak orang yang memerlukan bantuan untuk saie'.

Saie' sentiasa mencabar bagi aku. Lebih-lebih lagi towards the end nak habiskan saie'. Tapi dengan kemudahan yang ada berair-cond dan sepanjang laluan saie' tu ada air zamzam, agak membantu perjalanan saie'. Saie' tak sestrict tawaf. Jadi, kalau letih, boleh berehat sebentar sepanjang perjalanan dan air sembahyang tak perlu dijaga. Even tak ada air sembahyang, saie' masih sah. Selesai saie' dan bertahallul. Aku ambik jalan mudah. Instead of menunggu giliran gunting yang dipinjam dari orang disekitar Marwah, aku rentap je rambut 3 helai untuk bertahallul dan kitorang menuju ke dalam masjid untuk bersiap-siaga untuk sembahyang Asar.

Nampak lampu hijau kat atas tu. Thi is where kaum lelaki digalakkan berlari anak.

Tempat air zamzam yang berada di sepanjang perjalanan dari Safa ke Marwah.

Selesai solat Asar, aku, Hajjah Ibu dan adik-adik aku berpecah memandangkan kitorang datang tadi masuk entrance berlainan. Aku terus menuju ke luar. Selalunya, aku akan mencari-cari nombor rak kasut di dalam Masjidil Haram. Pergi ke satu-satunya rak kasut di luar, aku check ruang yang aku letak tengahari tadi. Memang tak ada. Aku tersangatlah pasti tempat yang aku letak selipar aku tengahari tadi. Memandangkan selipar tu, selipar si Kak Teh, aku usahalah jugak cari. Satu-satu kotak aku check. Kompaun sekitar pun aku check sebab banyak selipar di lantai. Malangnya, memang tak ada. Adoiaii, hilang jugak selipar si Kak Teh. Haritu terselamat dari hilang di Madinah. Memang nak tinggal jejak jugak kat Mekah.

Ada jugak beberapa orang yang senasib dengan aku. Menggagau cari selipar masing-masing. Aku memang dah totally redha. Nasib baik bawak selipar jepun spare kat bilik hotel. Sampai ke Mekah nak jugak pakai selipar jepun. Kali ni, confirm Haji Abah dengan Hajjah Ibu tak bising pakai selipar jepun sebab selalunya mesti diorang bising sebab nampak tak proper. Padahal, selipar jepunlah yang paling senang dan sempoi nak buat berjalan.

Muka pasrah selipar hilang.

Dah kenapa pulak pakcik nih. Aku rasa selipar aku yang hilang.

So, aku tunggu konco-konco aku depan pintu Masjidil Haram. Adik aku nampak aku berkaki ayam dah bantai gelak. Hampeh betul. Tengok-tengok Hajjah Ibu pon senasib dengan aku. Lagilah kitorang bantai gelak. Aku pakai stoking tebal dan sarung kaki yang tebal, jadi, takde hallah nak jalan kaki. Yang penting ade geng nak jalan kaki ayam dengan adik aku sebab dia dah sacrifice selipar dia untuk Hajjah Ibu. Suwit sangat adik aku nih. On da way balik ke hotel, kitorang singgah beli the best ice cream ever di Mekah. Mungkin sebab dalam keadaan selipar hilang, panas dan dahaga, itu yang jadi the best ice cream ever tuh. But, seriously sedap giler expecially perisa mangga.

The best ice cream eva. Perisa boleh campur-campur seperti di atas. Tapi, yang manggo punya is to die for. Harga 3 Riyal jer kot.
Kesimpulannya, kalau di Mekah, jangan letak kasut di rak-rak di luar masjid tapi di dalam dan makesure ingat pintu masuk dan nombor rak kasut yang diletak. Rak-rak kasut kat dalam memang ada nombor. Nanti jadi macam adik-adik aku dengan Hajjah Ibu. Ada sekali tu diorang ingat selipar diorang hilang sebab cari dekat rak kasut yang diorang sangka selipar diorang letak kat situ tapi tak ada. Padahal, aku baru je ambik selipar which is sebelah selipar diorang. Rupa-rupanya, diorang salah rak. Rak yang sepatutnya, ada dekat pintu lain. And one more thing, jangan letak kasut dekat tiang-tiang. Ramai yang buat. Cleaner-cleaner dalam masjid memang sentiasa mencuci. Bila diorang nak cuci sesuatu tempat, diorang akan tolak selipar-selipar yang ada. Bagi pendapat aku, sebenarnya di Mekah, selipar bukanlah betul-betul hilang, tetapi jemaah sendiri lupa letak kat mana dan menyangka selipar yang dicari hilang ataupun selipar dah kena tolak dengan cleaner sebab letak merata-rata. In my case, I guarantee selipar tu hilang.

Aku rasa setakat itu dahulu. Jenuh jugak nak perabis umrah cheapskate nih. Semoga bermanfaat dan dimurahkan rezeki menunaikan umrah dan haji. Btw, aku baru tahu yang nak register haji tak perlu pun minimum RM1300 maintain dalam akaun tabung haji. Dengan syarat ada KWSP dan akaun 1 amount more than RM1300 pon dah boleh daftar. So, sape yang tak daftar lagi, jom pakat-pakat daftar. Aku pun tak daftar lagi. Umur berapalah agaknya baru dapat pergi haji. Till then. Astalavista. Wassalam.

No comments:

Post a Comment