Wednesday, September 30, 2015

Kembara Ramadhan di Medan 3.0 : Berangan Anak Raja Sultan Deli

Assalamua'laikum...

Untuk hari ketiga di Medan, the plan is to go to Istana Maimoon. Istana Maimoon nih terletak dalam 200 meter jer dari Masjid Raya. Kalau dari hotel Madani, lintas jalan , then straight jer sampailah nampak Istana Maimoon tersergam indah. Kitorang jalan kaki jer ke sana memandangkan its just within walking distance. Even sangat panas tapi still okay sebab pagi lagi.

Istana Maimoon dari luar pagar.

Wednesday, September 16, 2015

Kembara Ramadhan di Medan 2.0 : Pesantren Assundaniyah

Assalamua'laikum....

Pepagi lepas sahur di hotel, kitorang gerak ke masjid berhadapan hotel. Selesai subuh, dah boleh nampak peminta sedeqah yang mostly terdiri daripada orang tua duk bersila berbaris depan pintu utama masjid. Bapakla efficient diorang nih. Pepagi lagi dah start beroperasi dah. Aku bajet nih mesti sindiket. Kalau kerja nih, boleh jadi pekerja berdedikasi sebab tak pernah lewat pergi kerja.

Makcik-makcik sebelah kiri aku nih gigih bangun pagi mintak sedeqah. 

Memandangkan trip kali nih bukanlah seperti trip-trip sebelumnya. Misi hari nih adalah untuk melawat pesantren. Pelik giler kan datang Indon pergi pesantren. Basically, tujuan ke pesantren adalah sesaje nak visit sambil-sambil nak menyampaikan sumbangan. Sebenarnya, pesantren yang kitorang nak tuju nih dimiliki oleh seorang Ustaz from Medan yang pernah datang ke surau dekat rumah aku untuk mintak sumbangan dana untuk dia bangunkan pesantren nih. Kira pesantren nih yang privatelah, tak dapat bantuan dari kerajaan. Ustaz nih memang cari dana sendiri. Dia buat CD selawatlah untuk jual bagi menampung kos pesantren nih.


Tuesday, August 18, 2015

Kembara Ramadhan di Medan 1.0 : Ramadhan Fair

Assalamua'laikum...

Perjalanan bermula dari rumah Ablong selepas sahur. Dan-dan nak turun dari parking, Ablong dah tergores kereta Haji Abah sebab kereta yang panjang tak boleh nak bajet. Ditambah pulak kereta belakang yang tak menyabo duk horn kereta suruh cepat. Bunyi macam teruk gaklah. Konpem Ablong cuak giler. Nasib Haji Abah dan Hajjah Ibu bising sekejap jer dengan kecuaian Ablong. Adekah ini petanda permulaan perjalanan yang tidak baik. Awan gelap berarak beserta kilat sabung-menyabung. Over sangat effect aku kan. Banyak sangat baca komik.

Kitorang berhenti untuk sembahyang subuh di Masjid KLIA. It was first time aku bersolat kat situ. Cantik dan besar. Siap kain telekung disimpan dalam bilik persalinan khas. Proper gilerkan. Dalam tu siap ade vending machine. Sebab puasa punya pasal air dalam vending machine pon boleh tempting. Siap ade air Coway lagi di koridor. Banyak giler pahala orang yang infaq Coway dekat masjid nih. Yang lagi tak menahan siap ade kerusi mengurut yang masuk duit tu lagi. Btw, masjid tu sangat bersih dan cantik of which a good first impression considering bila orang touch down di airport, the first masjid yang akan di jumpa adalah Masjid KLIA.

Saturday, July 4, 2015

Kembara Ramadhan di Medan 0.5 : "Bulan Puasa orang buat Ibadat bukan Pergi Berjalan"

Assalamua'laikum...

Aku, adik aku,Ain dan both parents aku, Haji Abah dan Hajjah Ibu berkesempatan merasai suasana berpuasa di perantauan untuk 4 hari. Baru jer balik last weekend dari Medan. It was random trip that aku dan Hajjah Ibu decide to book the ticket biler Pak Tony buat offer for Big ID members. Basically, aku selalu berangan nak try puasa kat tempat orang, nak tengok suasana berpuasa, nak rasa makanan dan nak feel terawikh in other place. So, because of that aku suggest Hajjah Ibu booked during Ramadhan ke Medan. Kenapa Medan? Entah. aku pon tak tahu kenapa. Tak tahu pon ada apa kat Medan. A random pick.

Thursday, July 2, 2015

Negara Muka Fake 6.0 : Hari Terakhir di Seoul

Assalamua'laikum...

Lima hari di negara muka fake dirasakan sangatlah pantas berlalu. Hari ni dah hari ke- enam di kota Seoul. Rasa macam baru jer kitorang bersama-sama sesat di Apgujeong. Kitorang tiada specific plan for today. Makanya, upacara penghabisan duit won. Macam banyak sangat je duit.

Dengan manager Dalkom kot, yang sangatlah membantu before we depart to airport.